"Laman Reformasi Anti Kezaliman"


TRAGEDI SAUK : AL-MA'UNAH DIPERANGKAP OLEH SB

Assalamualaikum wbk,

Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang saya ketahui mengenai kes rompakan senjata di Gerik dan Al-Ma'unah secara khususnya mudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang dari kedua-dua belah pihak.

Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Ma'unah semenjak penubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif, walau bagaimanapun saya mengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang juga ditangkap setelah diperangkap di Gerik baru-baru ini, saya juga merupakan salah seorang dari kalangan professional dalam Al-Ma'unah. Saya akan cuba menjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Ma'unah dan bagaimana kumpulan Al-Ma'unah di Gerik baru-baru ini di PERANGKAP oleh pihak yang berkuasa untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya Parti PAS, ringkasnya serampang dua mata.

Persoalan Pertama:

Adakah Al-Ma'unah mengamalkan ajaran sesat dan apakah ilmu dalam "kebatinan" yang dipelajari oleh ahli-ahli? Kami diberitahu bahawa semua manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman "ruh" semenjak kita dilahirkan, cuma kita tidak pernah mendidik apatah lagi tahu cara menggunakannya. Al-Ma'unah telah mengajarkan bahawa untuk mengaktifkan kuasa dalaman, mendidik dengan cara Islam seterusnya menggunakannya untuk tujuan yang baik sebagaimana kita menggunakan anggota fizikal seperti kaki untuk berjalan dsb. Kuasa dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat dan bermunajat kepada Allah SWT seterusnya dilatih dengan latihan pernafasan dengan kalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali tarik/lepaskan nafas.  Antara kuasa ilmu dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh dan senjata gagal menghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb. Cara menggunakannya insya-Allah saya akan sampaikan di lain masa. Walaupun nampak mudah tidak semua orang dapat mengeluarkan kuasa (menguasai) ilmu ini kerana syarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau pengamal sembahyang tak cukup 5 kali sehari, pakai seluar pendek diluar dan melakukan maksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat. Aqidah pun clear, tak ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli yang berlatar belakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi latihan dan ahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama di masjid/surau dan sembahyang berjemaah. ADAKAH AL-MA'UNAH SESAT? Periksa dahulu, ingatlah hadis yang menyatakan sekiranya pihak yang dituduh SESAT tidak sesat maka hukum sesat/kafir tersebut jatuh pada DIRINYA.

Persoalan Kedua:

Benarkah Al-Ma'unah melancarkan JIHAD? Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan utamanya sebagai salah satu cara untuk mengajak individu Islam mengamalkan Islam disamping memiliki ilmu mempertahankan diri disamping tujuan am Al-Ma'unah hanyalah untuk menyediakan kalangan umat Islam yang bersedia dengan kekuatan bila tiba masanya JIHAD itu wajib (bila keadaan menjadi tidak aman) dan menyediakan kalangan orang Islam yang bersedia mempertahan Islam dan umat Islam pada masa akan datang. Sebab itu Al-Ma'unah cuba mengumpulkan seberapa banyak orang Islam menyertainya dan telah pun cuba mendapatkan pengesahan JAIS dan disahkan pun dan mendaftarkan pertubuhan agar orang ramai tidak ragu dengan pertubuhan dan sebab itu juga ramai professional dan kakitangan awam termasuk tentera dan polis termasuk SB masuk menjadi ahli.

Persoalan Ketiga:

Adakah Al-Ma'unah pertubuhan HARAM dan MILITANT? Sebahagiannya telah dijawab di atas.Al-Ma'unah bukan pertubuhan underground dan tidak mengadakan aktiviti secara sembunyi2, Al-Ma'unah menyiarkan iklan di akhbar2, membuka ibu pejabat, menyampaikan maklumat dimajalah2, dan ahlinya pernah muncul TV3 (majalah3). Aktiviti termasuk latihan diadakan di tempat terbuka di siang hari dan orang awam boleh melihat dan sekiranya tertarik boleh menyertainya. Semua ahli dikehendaki menyediakan gambar dan salinan I/C selain alamat. Sekiranya ada 1000 ahli maka akan ada 1000 keping gambar ahli, dan saya fikir tak banyak pertubuhan lain yang boleh ikut, UMNO Bahagian pun belum tentu ada kesemua gambar AJK cawangan di bahagian tsb. Al-Ma'unah juga mempunyai web site rasmi yang boleh dicapai oleh siapa saja termasuk MEDIA dan SB. Pendek kata ada ke dalam dunia ini pertubuhan HARAM dan MILITANT yang berani buat macam Al-Ma'unah. Ringkasnya tindakan BUNUH DIRI. Sekali lagi adakah Al-Ma'unah pertubuhan HARAM dan MILITANT? TIDAK. P

Persoalan Keempat:

Adakah benar ahli-ahli Al-Ma'unah ditangkap di Gerik? Benar, sebahagian besar mereka adalah dari kumpulan Al-Ma'unah.  Walau bagaimanapun mereka telah diperangkap dengan KEJAM. Kepercayaan dan analisis saya dari maklumat yang saya terima mereka TIDAK terlibat dengan ROMPAKAN Senjata secara langsung. Teman saya memberitahu memang mereka menggunakan hutan di Sauk sebagai markas aktiviti tahan lasak selama ini.  Beberapa bulan lepas teman saya sering ke sana 2/3 malam untuk meningkatkan ilmu dalam kerohanian dan latihan lasak. Memang sebahagian mereka mempunyai pakaian baju celoreng.

Persoalan Kelima (terakhir dan penting):

Adakah kumpulan Al-Ma'unah di Gerik MEROMPAK SENJATA dan MEMBUNUH tebusan? Anda sendiri tentukan.. lihat point saya di bawah.

1.Sumber tentera mengatakan 3 pajero bersama 15 orang berpakaian celoreng membawa lari senjata2 tersebut dalam masa 15-30 minit. Sedangkan bila mereka tentera) membawa keluar senjata2 tersebut ke balai polis Kati menggunakan 1 trak tentera dan 1 pajero (NTV7 tayang gambar tsb).

2.Badawi mengatakan tebusan telah dibunuh kejam dengan mengatakan mendiang Mathew ditembak kaki hingga hancur, setelah post mortem didapati 1 peluru sahaja menembusi betis dan 1 di dada (sumber akhbar kroni). Bertujuan untuk menghasut orang ramai bahawa kumpulan Al-Maunah kejam. Hakikatnya kita tidak tahu siapa yang menembak dan kenapa ditembak.

3.Maklumat rahsia tentera yang menyertai operasi menawan kumpulan tsb pada peringkat awal polis/tentera tidak berani masuk ke ke kawasan tsb sehingga hari terakhir setelah 2 orang dari kumpulan tsb menyerah diri dengan tawaran tidak didakwa dan seterusnya memberi maklumat sehingga membolehkan Jen Zaini masuk dan berdialog. Kemungkinan ialah 2 orang atau lebih yang melarikan diri dari kumpulan tersebut pada peringkat awal ialah SB ataupun ahli Al-Ma'unah (SB) yang memerangkap kumpulan tsb. Maklumat soal siasat daripada mereka berdu menyatakan bahawa 2 tebusan dibunuh oleh Amin dan seorang ahli kumpulan tsb juga ditembak oleh Amin dan mereka juga melaporkan kekuatan dan mencadangkan tindakan yang harus diambil oleh pihak tentera kerana kumpulan tsb tidak percaya polis kerana kalau polis yang masuk mereka tahu polis akan terus membunuh mereka kesemuanya dan mereka harus mempertahankan diri mereka dengan membalas serangan. Sekiranya tentera yang masuk mereka (tentera) tidak akan menembak mereka kerana mereka tahu pihak tentera tidak terlibat untuk MEMERANGKAP mereka. Untuk kepastian Amin meminta berunding dengan Jen Zahidi dan akhirnya menerima berdialog dengan Datuk Zaini dan tidak menembak komando tentera yang menghampiri dan menawan mereka.

PANDANGAN SAYA: Kita tidak tahu jumlah sebenar mereka yang berada di markas Al-Ma'unah di Grik pada masa tersebut. Kemungkinan ialah jumlah mereka lebih 29 orang, mungkin lebih 2 atau 3 orang lagi menyerah diri tetapi berita digelapkan untuk menyelamatkan mereka daripada tindakan mahkamah. 2/3 orang inilah mastermind yang berjaya memerangkap kumpulan Al-Ma'unah termasuk Amin (presiden) di Gerik, saya berkeyakinan SB/polis ini adalah juga ahli Al-Ma'unah yang aktif.

Perancangan mereka (fakta dan analisis):

1.Semua orang diterima untuk mempelajari/menjadi ahli Al-Ma'unah termasuklah askar dan polis (niat baik dan jahat) dan Amin tidak menyedari adanya SB yang akan memerangkap mereka.

2.Mereka (SB jahat) aktif dalam Al-Ma'unah dan mendapat kepercayaan Amin (presiden)

3.Sebelum ini telah membekalkan baju celoreng kepada pimpinan Al-Ma'unah untuk aktiviti lasak dalam hutan

4. (Saya dengar) Juga pernah meminjamkan/menunjukkan senjata api mereka kpd yang lain.

5. Berkemungkinan menghasut Amin dan lain-lain untuk berlatih menggunakan senjata api yang mereka bawa semasa latihan di hutan.

6. Ramai ahli Al-Ma'unah telah didesak untuk pergi ke markas di Gerik walaupun tidak bersedia seperti teman saya di Lembah Klang (tidak mahu tetapi dijemput juga disamping temannya meninggalkan sedikit wang kepada isterinya utk perbelanjaan semasa peninggalannya) dan yang lain-lain seperti di Kelantan. Maksudnya supaya ramai yang ditangkap dan rompakan adalah tidak mustahil.

7. Kebetulan ramai ahli Al-Ma'unah adalah orang yang berpegang dengan agama dan sudah tentu menyokong pihak yang mahu menegakkan negara Islam, PAS.  Point kuat untuk mengambil tindakan terhadap PAS dan menakutkan bukan Islam dengan PAS supaya memihak BN.

8.Senjata bukan dirompak, sebaliknya dibawa oleh pihak SB (ahli Al-Ma'unah) dari kem 304 dan disorokkan berhampiran kawasan markas mereka.

9. Amin dan kumpulannya kemudiannya diberitahu bahawa mereka ada senjata untuk latihan pada kali ini yang disediakan oleh SB tsb tanpa menyedari bahawa kali ini jumlahnya bukan SELARAS M16 sebaliknya lebih SERATUS MESINGAN dan beribu peluru. Mungkin mereka tidak mengesyaki sesuatu sebab itu mereka mencuba MESINGAN tersebut, malangnya dengan bunyi tersebut pihak berkuasa yang mencari senjata tsb dapat mengenalpasti lokasi mereka. Dan mereka tahu nyawa mereka dalam bahaya kerana pihak polis boleh membunuh mereka kerana bersama mereka ada banyak senjata api.

10.Dalam pada itu 2 polis yang membuat tinjauan kawasan telah ditangkap bersama 2 orang lagi untuk disoal siasat oleh kumpulan tsb. Akhirnya 2 polis tersebut dibunuh, kemungkinan cuba melarikan diri ditembak oleh SB tsb kerana mereka mengetahui rancangan SB tsb ataupun supaya Amin dan Al-Maunah dituduh kejam. Sebab soalsiasat polis drpd mereka mengatakan Amin yang membunuh kedua-duanya.

11 Beberapa orang ahli Al-Maunah yang terbunuh dan cedera ditembak berkemungkinan ditembak oleh SB dari kumpulan yang sama semasa mereka cuba melarikan diri dari kumpulan Al-Maunah tsb di Grik. Setelah mereka berjaya melarikan diri nama mereka tidak diumumkan kpd media.

12. Amin dan kumpulannya tidak keluar dari markaznya untuk menyerah diri pada peringkat awal kerana khuatir keselamatan mereka, setelah tahu mereka telah diPERANGKAP. Kemungkinan mereka akan ditembak mati sebaik sahaja dilihat pihak polis kerana telah tahu perangkap polis SB. Sebab itu Amin mahu berunding dahulu dengan Jen Zahidi untuk memberikan gambaran sebenar dan menjamin keselamatan mereka.

13. Mereka terpaksa bersedia dengan senjata api setelah dikepong, kerana sekiranya polis yang mara mereka yakin polis akan menamatkan riwayat mereka, sebab itu bila Jen Zaini masuk bersama komandonya kumpulan Al-Maunah bersetuju menyerahkan senjata mereka melainkan parang perguruan mereka sebelum Amin dan Zaini duduk bersila berdialog.

14.Kalau mereka mahu dengan izin Allah tanpa senjata mereka, ilmu dalam boleh menewaskan Jen Zaini dan komandonya apatah lagi dengan senjata api ditangan tetapi mereka tidak berniat jahat dan tidak mahu melakukan 2 kali kesilapan sebab itu mereka hanya mahu menyerah diri secara selamat.

15. Kalau merekalah yang merompak senjata2 tsb sudah tentu mereka akan terus menggunakan senjata tersebut dan sesudah terkepong dan tahu mereka bersalah tentu mereka lebih sanggup berdepan dengan pihak berkuasa dan kalau mati pun tak kisah sebab "mati syahid"

16. Kalau mereka merompak senjata tsb mengapa disimpan ditempat markaz mereka Bukit Jenalek yang telah diketahui umum sejak berbulan2 lepas, orang kampung pun sering melihat mereka sebelum peristiwa tsb.

Kita harap Jen Zaini berkatalah yang benar dan menunaikan janji yang dibuat dengan Amin. Janganlah takut dengan manusia sebaliknya takutlah kpd Allah sahaja. Janganlah menganiayai puluhan orang Islam dan jutaan yang lain dengan tidak menjelaskan kisah yang sebenarnya. Saya kenal Amin dan sahabat2 yang lain.