"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
WACANA MINDA UNTUK MELAYU DAN LAIN KAUM DI MALAYSIA
SIRI 3

Sambungan dari siri terdahulu :-

Kalau dalam wacana yang lalu kita telah melihat KeADILan bertambah dewasa dan UMNO@BN telah 99% dibogelkan oleh rakyat marhaen … kini kita boleh meletakan kedudukan Mahathir@Mahafiraun sebagai Maharaja di Malaysia telah rapuh serta menunggu masa untuk rebah dan dihantar ke Sungai Buloh mengantikan tempat DSAI….dan bakal menjadi " SI AYU KEPADA TAIKO KAT SUNGAI BULUH ".

1. Apabila BA menghantar pelawaan kepada BN untuk berbincang meja bulat isu " Saat Genting Negara " … terkejut beruk puak-puak UMNO@BN …. Kerana gagal nak balas balik isu ini …. Kerana BA jemput BN …dan ini bermakna UMNO@BN tak boleh suka-suka nak tukar fakta .. nanti marah pulak MIC@BN , MCA@BN , GERAKAN@BN serta rakan-rakan yang sewaktu denganya….tapi macam mana nak bincang … BN hanya bergerak waktu pilihanraya aje … mufakat atas kertas mereka diwaktu ini sehaja … lepas itu hal masing-masing … kita lihat sewaktu isu SUQIU dan Sekolah Wawasan …. UMNO@BN lah yang menjadi pelalak kesana dan kesini tapi MCA@BN & GERAKAN@BN sunyi sepi tak berdetik dalam isu yang diciptakan oleh UMNO@BN …kerana mereka tahu ini adalah sandiwara semasa sehaja ….???? Tetapi mereka tak mampu menjadi BA kerana … BA bergerak seiring disepanjang masa untuk kepentingan rakyat marhain.

2. Makin hari makin sensasi isu Perpaduan Melayu … pasal media kroni begitu bermurah hati memberi ruang kepada isu ini …. Hari ini (14/1/2000) hampir separuh ruang dalam akbar kroni memberikan ruang kepada isu ini …. Kalau kita berniaga … kita akan lebih cepat mengesan kenapa sebabnya rugi dari bagaimana tiba-tiba kita boleh untung banyak ….??? Kini UMNO@BN telah jadi peniaga … kerana ia begitu cekap mengesan perpecahan Melayu dalam UMNO@BN dan mereka cepat sedar itulah hakikatnya kini … dan mulalah cari formula untuk perbetulkan cara perniagaan mereka..bagaimana nak bagi orang Melayu kembali jadi pelanggan mereka … kerana pelanggan UMNO@BN dulu telah yakin dengan dasar perniagaan BA yang lebih telus dan adil dari dasar UMNO@BN YANG MENIPU TIMBANGAN (dacing) ….??? Kini perniagaan UMNO@BN yang telah merosot teruk dan akan diistiharkan muflis dalam tempoh terdekat ini…..??? ini lah yang amat menakutkan Mahathir@Mahafiraun ….dan ia sentiasa menghantui seluruh hidupnya kini.

3. Dalam waktu yang sama Si KITUL dan PATIH KARMA WIJAYA dalam UMNO@BN terus memainkan peranan mereka …. Kalau dahulu si WIRAWAN berjaya diaibkan dan dizalimi ….maka dengan itu dalam tempoh terdekat ini beberapa orang lagi akan menjadi mangsanya….??? GERAKAN MAMAK UNITED kini makin kuat berkuasa .. beberapa individu dari kroni Mahathir@Mahafiraun telah mengambil alih sektor korporat negara, mereka ini terdiri dari golongan mamak united yang dipengerusikan oleh si Maharaja Tua…dalam tempoh terdekat ini juga rombakan kabinet akan diumumkan … dan sekali lagi peluang golongan anak mami dan mamak united terus menguasi kabinet Malaysia … dan tentunya mereka ini lebih percayakan golongan mereka dari orang Melayu / Cina / India untuk berurusan dalam kepentingan peribadi MAMAK UNITED ….. dan ini telah disahkan oleh Mahathir@Mahafiraun dalam temuramah pemberita sekembalinya dari Nepal & Myanmar …..?? " Kita akan membawa lebih ramai lagi rakyat NEPAL dan MYANMAR untuk berkerja di Malaysia ….???? " apakah tujuan dan maknanya kata-kata Mahathir@Mahafiraun dah tak mampukah Melayu Indonesia / Thailand / Kemboja melaksanakan tugas di Malaysia sekarang .. dan tak berkualitikah orang Bangladesh / India / Cina yang masuk secara sah atau haram ke Malaysia mencari perkerjaan …. ??? sehinggakan terpaksa cari orang NEPAL dan MYANMAR pulak … wah bukan main sadisnya seorang Perdana Menteri pujaan pejangga barat terpaksa menjadi wakil kerajaan untuk mencari pekerja dari negara JUNTA TENTERA dan bekas Tentera British …. Kat mana menghilangnya pengimpot pekerja luar yang begitu professional seperti suku-sakat Megat Junit & Keluarganya….???

4. Makin hari makin lagi muflis UMNO@BN …. Dengan tipu muslihat dan sandiwara semasa mereka masih mahu mencuba mempermain-mainkan minda orang Melayu / Cina / India dan lain-lain kaum, bahawa mereka adalah golongan pembela dan peneraju negara yang ulung…. Tapi selama manapun mereka lakonkan …. Kini ia telah jadi bahan ketawa rakyat marhaen … seperti dakwaan penulis laman pro-reformasi … setiap patah perkataan yang disebut atau ditulis oeleh juak-juak UMNO@BN ..lebih-lebih lagi kalau yang bersuara itu Mahathir@Mahafiraun sendiri … bagai nak rak dibuatnya ketawa berdekah-dekah rakyat marhaen melihat perbuatan pencacai UMNO@BN ini … bak kata orang " Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorang "….padan muka hampa la labu….???

5. Dan hari ini juga … Kerajaan Malaysia telah mengesahkan akan mengeratkan hubungan dengan CUBA (Fidal Castro-kawan baik Mahathir@Mahafiraun, siap peluk-peluk kalau jumpa ) satu dunia tahu CUBA negara blok komunis totok dan pengeluar dadah (serum) terbesar dunia dan tempat penganas dilindungi ….???? Apakh rasionalnya kerajaan BN nak berkawan rapat … mentang-mentang kedutaan Malaysia dah buka di HAVANA…so kira okaylah kita ada hubungan rapat dengan Raja Komunis Sedunia ini ….??? Kalau Mahathir@Mahafiraun kata kat Negara Junta Tentera Myanmar amat sesuai nak melabur dan kini CUBA pulak akan dirapat-rapatkan lagi dengan kerajaan BN ….!!!! Tapi inilah kulit sebenarnya Mahathir@ Mahafiraun dan bentuk dasar Kerajaan BN sekarang .. dan tak mustahil dahulu Mahathir@ Mahafiraun pernah melantik seorang ejen komunis sebagai Setiausaha Sulitnya .. tak caya tanya Dolah Komunis….!!! Jadi siapa sebenarnya komunis kat sini makin diserlah … kalau dia sanggup kata Suqiu dan Al-Maunah Komunis …. Apakah rakyat marhaen tak boleh kata Mahathir@Mahafiraun ini adalah suku sakat KOMUNIS DUNIA ….???? Kat mana nak sorok rahsia ini ….!!!!

6. Peranan negara Blok Komunis dan Junta Tentera telah meresap kedalam jiwa serta dasar kerajaan BN pimpinan Mahathir@Mahafiraun … dan adalah tidak logik serta wajip bagi PAS nak berbincang dengan kumpulan UMNO@BN yang mencaci Islam dan BN yang mempunyai rahsia besar dengan negara Blok Komunis serta hubungan sulit dengan ISRAEL….kerana perbuatan para pendokong BA memberi peluang kepada BN akan menyempitkan ruang pergerakan serta pengaruh BA sendiri, itulah hakikat yang sebenarnya. Dan sikap pecah dan perintah BN … rasanya tak perlu kasi tahu lagi … anda semua tentu faham kesanya kepada rakyat marhaen…..???? dan kalau BA mahu memberi ruang kepada UMNO@BN serta rakan yang sewaktu denganya….percayalah hasrat menjadikan BARISAN ALTERNATIF sebagai ALTERNATIF kepada rakyat marhaen selain dari Barisan Najis Yang Zalim …. Ia sebenarnya akan tinggal mimpi dan angan-angan Mat Jenin di zaman moden … kerana BA dengan sengaja memperbodohkan diri serta ahli demi sesuap nasi basi baki makann itik dan ayam puak-puak UMNO@BN ……kalau tak percaya kital ihat hasilnya…..kalau BA tunduk dengan kerenah dan perangkap BN … kalau 43 tahun UMNO@BN boleh menipu rakyat dan bangsa Malaysia … apalah besar sangat nak tipu PAS / KeADILan / DAP & PRM … parti nyamuk buat Mahathir@Mahafiraun sehaja. Perbuatan BN mengalingkan tiang gol disaat akhir ini…kalau masih tak dilihat oleh BA sebagai penipuan dan perangkap … maka sia-sialah pengorbanan dan perjuangan rakyat Marhaen bersama BA selama ini … ?????

7. Kalau Pemimpin BA masih mahu melihat UMNO@BN , MIC@BN , MCA@BN , GERAKAN@BN dan rakan-rakan sewaktu denganya sebagai satu kumpulan yang boleh bertolak ansur dan diajak berunding untuk kepentingan rakyat dan bangsa serta kemajuan Malaysia …. Kita semua dari pendokong gerakan REFORMASI MALAYSIA SERTA AHLI BA boleh mengesahkan bahawa Pemimpin BA telah dikenakan dan disantau oleh ubat guna-guna ciptaan UMNO@BN yang diuruskan oleh Mahathir@Mahafiraun .. .dan kita boleh mengkelaskan bahawa pemimpin BA telah diperbodohkan dengan satu pukulan batin mandarum "tok cha" upahan UMNO@BN … ????? kalau bukan …. Kerana apa pulak Pemimpin BA sanggup jadi pak sanggup dengan kerenah anjing tersepit UMN@BN ini ….??? Jawapan yang sukar dijawap .. tapi kita masih lagi yakin dan teguh bersama Pimpinan BA … tapi ia akan rapuh kalau mereka telah berjaya dipengaruhi oleh UMNO@BN .. kita lihat bagaimana Allahyarham Datuk Asri Muda telah mengadaikan dasar PAS kerana dapat jawatan Menteri Kabinet sedikit masa dulu …dan perbuatan duduk semeja dengan penyagak / penipu / penzalim / penaya & kroni Israel adalah satu perbuatan bodoh dan sia-sia sehaja .. kerana golongan ini ibarat kaum Nabi Nuh dan Nabi Isa yang engkar dengan perintah serta larangan Allah dan rasulnya…..kalau tak pecaya kita tunggu sedikit masa lagi kepura-puraan UMNO@BN ini akan terbongkar dengan sendirinya ….kta tunggu…!!!!!!!

 8. Kalau kita lihat di Malaysia ini … dan satu-satunya dalam dunia … KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA  .. tak de kementerian macam ni dalam dalam mana-mana kerajaan didunia ni… kan Malaysia Boleh … apakah peranan Kementerian ini … apa khabar Kak Siti Zaharah ( jadi calon mangsa Mahathir@Mahafiraun dalam rombakan kabinet akan datang ) lama tak dengar berita … tak de komen ke Pasal Perpaduan Melayu … apa Pegawai Rukun Tetangga buat …. Dia orang makan gaji buta ka….??? Tapi Rukun Tetangga ni tak sama dengan KEMAS ( NGO UMNO@BN) yang asyik nak mengemas orang Melayu dan Cina serta India di Malaysia ini … jadi Rukun Tetangga tak cukup baguskah untuk melaksanakan tugas Perpaduan Kaum …. Sehingga Bapak Presiden Kak Siti Zaharah terpaksa turun gelanggang untuk bersama khadam-khadamnya yang dungu memperbodohkan Pemimpin PAS serta BA.

9. Kita lihat sejarah Allahyarham Tun Abd.Razak ( dah 25 tahun meninggalkan kita semua - Al-Fatihah) kalau ia di Gelar Bapa Pembagunan … dan hasilnya kita boleh lihat hari ini … dimana segala perancagan Malaysia Pertama sehingga ke 8 (betul kot) adalah berasas dari tink-tank yang memikirkan hak rakyat dan bangsa Malaysia ….. tapi bila ada sekumpulan sepsis UMNO@BN (barua) ditubuhkan pada 1987 … semua perencanaan Allahyarham Tun Abd. Razak telah diubah suai mengikut selera Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun serta juak-juak UMNO@BN .. maka bangkitlah ISU DASAR EKONOMI NEGARA Dan WAWASAN 2020 yang nyata ia dicipta berasaskan kepada KRONISME dan NEPOTISME puak-puak pencacai UMNO@BN … dan kalau Allahyarham Tun Abd Razak masih hidup lagi …dia lah orang pertama yang akan sedih serta meraung pilu melihat anak bangsa dan negaranya dimiliki dan dijajah oleh sekumpulan manusia zalim yang mengaku Melayu Islam tapi bertuhankan syaitan laknatullah.

Apa yang ada kini, kita rakyat dan bangsa Malaysia telah dijadikan mangsa serta hamba abdi untuk melayan nafsu serakah golongan pencacai UMNO@BN … dan tak mustahil anak isteri atau suami kita akan dirampas kalau mereka dah berkenan macam cerita dongeng dahulu kala … kalau raja dah suka kat bini ka.. kat anak…kat mak kamu ka…..janggan disanggah … faraitkan aje kat Maharaja ini … kalau engka … maka akan berpisahlah kepala dari badan … percayalah … saat itu akan tiba jika rakyat dan bangsa Malaysia rela dan sanggup ditipu dan diperbodohkan oleh UMNO@BN untuk selama-lama…..!!!!!! kerana Fidal Castro (Cuba) dan Ketua Junta Tentera (Myanmar) kini ibarat kuku dan kulit kini … woi bukan main rapat … boleh makan sepinggan lagi….!!!! Sikit hari lagi dua ekor ni akan dapat pangkat Datuk ke , Tan Sri ke .. .kerana berjaya membantu menghapuskan golongan REFORMASI di Malaysia … kita tungggguuu……..?????

"RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN"
15hb.Jan.2001-bersambung di siri 4

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL