"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Perutusan WEBMaster
- Perhimpunan Raya 100 Ribu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua rakyat pendokong reformasi

Hari Ini, Sabtu 20 hb Jan 2001, 2.30 pm adalah suatu tarikh yang dinantikan oleh pendokong reformasi dan rakyat amnya yang telah mula sedar dan bangkit untuk menyuarakan kebenaran dan hak mereka di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Lebih menyakinkan tentang kejayaan perhimpunan ini adalah berlandaskan sikap 'keterbukaan' pasukan keselamatan, POLIS yang telah memberikan permit dan kebenaran kepada penganjur untuk terus mengadakan perhimpunan. Meskipun dengan bersyarat tanpa sebarang ceramah politik diadakan sewaktu perhimpunan di adakan. Alhamdulillah, mudah-mudahan.

Namun, sejarah lalu telah kerap membuktikan bahawa 'sikap keterbukaan keprofessionalan' mereka sering 'diganggu' dan mendapat tekanan dari pihak tertentu sehinggakan mereka tidak mengendahkan lagi 'tugas' dan 'pernan sebenar' mereka sebagai anggota keselamatan yang seharusnya keselamatan rakyat yang diutamakan dan bukan keselamatan segelintir 'ahli politik' yang ketakutan. Sebagai contoh, perhimpunan yang sama anjuran KeADILan Sabak Bernam yang pada peringkat awalnya telah dibenarkan oleh Polis sendiri, namun pada ketika perhimpunan tersebut akan berlangsung maka pasukan FRU/PGA dikerah untuk menyekat dan menghalang rakyat dan orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua KeADILAN Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Bahrom di dalam aduannya kepada SUHAKAM kelmarin. Maka bukankah patut rakyat juga mempersetujui dengan tanggapan bahawa pasukan POLIS tidak profesional dan tidak berrtamadun sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.Badrul Amin itu??

Oleh yang demikian, kepada seluruh pendokong reformasi dan rakyat amnya seharusnya sentiasa berwaspada dengan apa jua kemungkinan akan berlaku lewat petang ini. Jika tidak berlaku sebarang keganasan pun, apakah tidak mungkin rakyat akan kecewa lagi dengan kemungkinan tindakan mereka menyekat serta menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan ini nanti?? Bagaimana seharusnya menanggapi andaian kekecewaan itu?? Maka pendokong reformasi serta rakyat semua harus menggunakan kaedah terbaik dan tidak menimbulkan sebarang bentuk kekecohan dan ketidakketenteraman sehinggakan dengan mudah pihak keselamatan mengeksploitasikan suasana yang berlaku dengan melakukan tindakan ganas dan tidak bertamadun itu.

Perlu diingat bahawa perhimpunan ini sebagaimana yang ditegaskan oleh pihak penganjur, adalah merupakan perhimpunan perpaduan kaum dengan meraikan sambutan hari kebesaran sebagai tanda muhibbah dan saling hormat menghormati di antara mereka dan bukan perhimpunan POLITIK sebagaimana tanggapan sesetengah pihak yang cemburu dengan sambutan dan sokongan segenap lapisan rakyat di negara ini.

Sebagai akhirnya, selamat berhimpun dan selamat menjamu selera.

AYUH BERAMAI-RAMAI & JANGAN LEPASKAN PELUANG PERHIMPUNAN INI!!

Wassalam

Laman NtZalim 2001