Mukadepan: Dr M tidak berterima kasih 'Ekstrimis' Cina & Rakyat

Oleh RAKYAT
27 November 2000

JITRA, Ahad – Rakyat hari ini membidas Dr M kerana tidak berterima kasih kepada Ekstrimis Cina yang membantunya, terutama melalui kutipan-kutipan cukai dan rasuah termasuklah harta milik rakyat seperti Petronas supaya tidak menjadi bankrap.

Rakyat berkata, mereka percaya Dr Mahathir dan Kroni akan menjadi bankrap jika Rakyat tidak membantu mereka ketika kegawatan ekonomi sebelum pilihan raya umum 1999 lalu.

“Rakyat menolongnya tapi inilah balasan yang rakyat terima daripada Dr Mahathir dan Kroni. Mereka dapat untung daripada itu tapi tak pernah berterima kasih kepada Rakyat bahkan mereka meminta kenaikan gaji sebagai Perdana Menteri.

“Kita tolong Dr Mahathir, Mirzan dan Kroni cukup banyak. Sebelum pilihan raya yang lepas, Menteri dan Kroni hampir bankrap, tapi kalau tidak kerana duit rakyat dan rasuah, mereka sudah pasti bankrap.

“Kalau benar Dr Mahathir bertanggungjawab dan boleh hidup tanpa wang rakyat, esok dia minta kat Kroni, jangan minta kat rakyat. Dia boleh terus jadi PM dengan syarat tidak salah guna kuasa sehinggakan habis wang rakyat."

“Anda nak pertikaikan jasa rakyat, usah harap dapat penghormatan dan sanjungan rakyat,” kata mereka kepada pemberita di tempat-tempat tumpuan rakyat selepas membaca laporan di muka hadapan Berita Harian.

Rakyat yang kecewa dengan sikap Dr Mahathir dan pimpinan UMNO/BN yang tidak faham dengan masalah rakyat terbanyak sehingga  bersekongkol dengan mereka yang berkepentingan (Kroni).

Ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir kononnya pembangkang mempertikaikan perlaksanaan projek pembangunan di sesuatu kawasan apabila wakil rakyatnya meninggal dunia bertujuan meraih undi apabila pilihan raya kecil diadakan, Rakyat berkata:

“Memang benar, kalau tengok di sini (di Lunas) sudah pasti terbukti, pembangunan begitu drastik dan amat mustahil perkara yang sama boleh berlaku di luar masa pilihanraya. Di tempat lain wakil rakyat belum mati, ada pembangunan tetapi pembangunan berpilih-pilih dan kebiasannya mengambil waktu yang lama sehingga kadang-kadang sehingga wakil rakyat tempat berkenaan mati seperti di Lunas ini."

Rakyat turut mempersoalkan atas dasar apa pembangkang dituduh oleh Dr Mahathir dan Umno cuba menyemarakkan api perkauman antara Melayu dan Cina sedangkan seringkali di dalam ucapan pemimpin-pemimpin Umno telah jelas bersifat perkauman seperti menuduh Suqui sebagai komunis, berhimpun secara 'halal' di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan sebagainya.

“Dia yang main isu perkauman, Rakyat tak main isu perkauman.