"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
SYARAT PERPADUAN

Rancangan untuk mengadakan dialog tentang usaha menyatupadukan orang-orang Melayu sepatutnya mengambil kira kes fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Sebab perpecahan Melayu yang sangat ketara mulai dapat dirasakan setelah Mahathir dengan kejamnya memecat DSAI dari birokrasi dan parti. Jadi sekarang masalah yang menjadi sumber perpecahan ini mesti diungkit kembali.

Saya berharap kepada tokoh-tokoh Pas, terutama presidennya, mesti mengajukan syarat kepada UMNO bahawa salah satu syarat untuk mengadakan perbincangan tentang perpaduan Melayu mesti mengambil kira kes DSAI. Ini penting.

Sekiranya UMNO ingin melihat Melayu bersatu semula, DSAI mesti dibebaskan dari semua tuduhan fitnah. Dan Mahathir mesti minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia harus mengaku semua kerja-kerja konspirasi politik untuk menyingkirkan DSAI kerana diacum oleh orang-orang tertentu yang tidak senang kepada DSAI. Dalam hal ini termasuk Aziz Shamsuddin, Daim Zainuddin dan konco-konconya.

Sekiranya langkah itu tidak diambil, saya rasa mustahil perpaduan Melayu dapat diwujudkan.

Limah Gemuk