"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Krisis Istana / Kerajaan Kelantan: Sultan Sakit Kepala

Krisis Istana dengan Kerajaan Kelantan nampaknya semakin Hebat. Kerana berbagai pihak sedang mencari untung dari Krisis ini.

Shukri Mohamad, walaupun membuat kenyataan atas nama Presiden Persatuan JP Kelantan, semua orang tahu siapa Sebenar nya Shukri Mohamad. Bekas Ketua Bahagian S46 yang menyertai UMNO dan masih terkapai-kapai mencari Kedudukan dalam UMNO. Peluang ini di ambil untuk Menjadikan beliau saorang wira dalam UMNO Kelantan.

Di pihak yang lain- Hussin Ahmad memainkan peranan agar Krisis ini lebih meruncing.Tujuan nya hanya semata-mata Untuk memalukan Sultan Kelantan kerana pernah menarik Balik gelaran “Dato” yang di anugerahkan kepada beliau.

Raja Perempuan di lihat sebagai pihak yang paling banyak Mendapat faedah daripada krisis ini. Pertama , di harapkan Bapak Sedara nya akan dapat merampas semula Kelantan Dengan wadah UMNO. Kedua Tuanku Raja Perempuan Mempunyai satu ajinda yang sangat besar di sebalik krisi ini Iaitu “ syer kosong dalam satu syarikat perlombongan “.

Memang ada kebenaran nya kenyataan media yang Telah di buat oleh Tim. SUK, Mohamad Konok Bahawa “ Tuanku Sultan Tidak pernah memohon Walau se-inci tanah pun.Mungkin ada pihak lain yang Menggunakan nama Tuanku Sultan “

Sumber daripada Kerabat Di-Raja di sebelah Tuanku Sultan telah mendedahkan bahawa. Raja Perempuan Sedang berusaha untuk mendapatkan sebidang Tanah di-Gua Musang .Bukan tanah itu yang menjadi idaman nya. Tetapi hasil dalam perut bumi itu. Kawasan itu mempunyai satu khazanah yang amat berharga “emas”. Melalu saorang kroni nya “Tian Hoe “, saorang Towkay Cina daripada Singapura telah bersetuju untuk mengusaha Lombong itu. ( tidak mustahil towkay itu mempunyai Kaitan dengan Ku Li kerana kita semua tahu siapa isteri Ku Li ).Tengku Anis ( Raja Perempuan ) akan mendapat Syer kosong sekurang-kurangnya 20%.

Kini Tuanku Sultan semakin sakit kepala dengan kerenah Raja Perempuan. Bukan setakat Tanah, tetapi
yang lebih Membingungkan Baginda ialah- Tengku Anis sedang Memaksa supaya “ salah satu Anugerah JP yang akan di-kurniakan sempena Ulangtahun Keputraan Tuanku nanti, di berikan kepada Towkay Cina itu “ Tetapi pihak kerabat sebelah Tuanku Sultan dan Majlis Perajaan mahu Anugerah itu di berikan kepada “ melayu”. Sumber itu juga menyatakan bahawa kedegilan Tengku Anis amat susah untuk di-atasi.Tuanku Sultan sering kelaur bersendirian untuk menghilang Tekanan ini.

Sebagai langkah terakhir, Raja Perempuan Perlis Telah di- datang kan ke Istana Kelantan untuk Memujuk Tengku Anis. Sama ada Raja Perempuan Perlis berjaya atau tidak. Ini belum pasti.

Berdasarkan kepada faktor di atas, adalah di harapkan Semua pimimpin PAS, terutama Pemuda, agar Berhenti daripada membuat sebarang kenyataan Yang boleh memburukan lagi keadaan. Jangan lah Ikut menari dengan rentak yang di mainkan ini. UMNO memang mengharapkan tindak balas yang Sebigini daripada PAS. Semoga ianya boleh di jadikan Isu politik untuk menjatuhkan PAS. Biar lah YAB Dato` Menteri Besar menyelesaikan krisis ini mengikut Cara nya. Kita percaya Dato` Menteri Besa mempunyai Cara yang terbaik untuk meyelamatkan semua pihak.

kalijagat@yahoo.com