"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
RENONG Renungkanlah

Assalamualaikum;

Siapa tidak kenal Renong. Salah satu badan perusahaan Melayu yang meningkat maju dibawah arahan dan pengurusan Halim Saad dan oleh sokongan kuat kerajaan. Sahamnya sentiasa melambung tinggi dan pulangannya sentiasa berjumlah billionan ringgit.

Disamping mempunyai syarikat2 yang maju, Renong juga mempunyai sekolah dan anak tajaan sendiri. KYS (Kolej yayasaan Saad) Di melaka dan KYMS (Kolej Yayasan Matrikulasi Saad) adalah 2 institusi di bawah renong.

Secara dasarnya begitulah kehebatan renong ini. Tetapi, sekiranya kita dalami apa yang berlaku di kedua-dua pusat pengajian ini kita akan dapat lihat 'najis' yang busuk lagi membusukkan.

Salah satu undang-undang tidak bertulis (unrwriten law) di KYS di Melaka ialah pelajar perempuan TIDAK dibenarkan memakai tudung. Sebarang aktiviti Islam atau yang berkaitan dengannya adalah dilarang. Yang dibenarkan hanyalah beribadat yang dimaksudkan dengan definisi yang sempit.

Begitu juga anak tajaan Renong selepas dari sekolah menengah di KYS. Mereka tidak dibenarkan memakai tudung atas alasan 'kurang profesional' dan melanggar perintah ini bermaksud pinjaman mereka dalam bahaya. Rata-rata mereka ini adalah melayu dan diberikan elaun yang tinggi serta janji pekerjaan yang hebat.

Usaha renong ini adalah kesinambungan dari usaha MCKK yang pada suatu ketika dahulu adalah sekolah tajaan penjajah dari sebelum sehingga selepas merdeka bagi mengekalkan idea sekularisme di kalangan bakal pemimpin masa depan. Halim Saad adalah salah seorang pelajar yang merasai zaman tersebut yang meneruskan tradisi MCKK yg telah lupus untuk diaplikasikan di KYS.

Inilah hakikatnya yang berlaku di Malaysia. Dikala kita sibuk melihat kemajuan dan kekayaan materislime yang ibarat fatamorgana ini, namun kita tidak sedar ada dikalangan anak umat Islam kita yang dipaksa untuk meninggalkan syariat Islam demi atas dasar kemajuan yang syirik oleh mereka yang munafik!

Apa tindakan kerajaan yang mendakwa memperjuangkan Melayu Islam?! Najis belaka!

Wassalam
TJ