"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Penterjemah: -MT-

Rencana Pengecut Super Bumiputera yang Semakin Mengecut

(The Super Bumiputra's Hot Iron: The Plot Chickens)

Timbalan Perdana Menteri, Dato. Sri Abdullah Ahmad Badawi, naik berang kerana pelajar-pelajar berdemo untuk menyelamatkan sekolah mereka. Dia menuduh para ibubapa pelajar itu mengajar anak-anak mereka dengan kelakuan yang tidak senonoh. Tetapi, menteri pendidikan, Tan Sri Musa Mohamed telah pun membuat keputusan bahawa SRJK(C) Cina di Damansara itu tidak perlu dipindahkan lagi. Mengikut menteri itu, kalau 1,000 pelajar yang telah berpindah ke kawasan sementara tidak mampu memujuk100 pelajar yang bertegas enggan berpindah mereka semua terpaksa berpindah balik ke sekolah lama. Tanpa syarat itu bolehkah beliau berlembut? Lagi pun polis sedang berkawal di depan pintu masuk sekolah untuk menyekat yang 100 pelajar itu daripada memasukinya.

Kisah pengalihan sekolah ini, sebenarnya menguntungkan satu kumpulan manusia yang bergelar 'Super-Bumiputra' ataupun (aka) seorang peniaga antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya, yang bernama Tan Sri Vincent Tan dan adiknya Dato' Daniel Tan. Inilah caranya mereka menimbun satu empayar hutang besar di Darul Boleh. Inilah caranya mereka bermuka-muka untuk menjadi kroni yang diperbadankan. Peranan Super Bumiputera dalam usaha mengaibkan Insan yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara jua mesti didedahkan. 'Kejayaaan' yang dicapainya secara berkesinambungan dalam Darul Boleh bergantung kepada beberapa peranan yang terpaksa dilakukannya untuk menerima kerugian dan kekalahan. Demikianlah 'kejayaan' yang dicapainya setiap projek penswastaan yang diserahkan kepadanya di atas dulang kencana menghadapi kegagalan, dan seperti kisah Oliver Twist, dia akan datang mengadap lagi untuk mendapatkan habuan baru lagi. Dia terus disokong dan diberikan kemudahan kerajaan walaupun dia kerap menunjukkan kebebalan untuk melaksanakan janji-janji yang dituturkannya.

Kenapa?

Dasar yang dirangka oleh kerajaan adalah laksana sebiji bawang. Pada kulitnya, ia kelihatan seperti sesuatu yang dilakukan untuk kepentingan awam. Tetapi apabila kulit itu dikopek dan isinya dilihat, seseorang akan dapat melihat penglibatan peribadi pihak yang memegang kuasa. Setiap kali sesuatu lapisan isi itu diperiksa, persis mengopek bawang, akan semakin jelas kereputan dan kepentingan diri pihak yang sedang berkuasa, yang melibatkan para kroni, suku-sakat dan juak mereka. Pada satu ketika kerajaan terlalu angkuh terhadap sesiapa yang menyanggah mereka. Kini, keangkuhan itu tidak laku lagi. Setiap dasar rasmi kerajaan menjadi satu titik pendedahan yang melumpuhkan pihaknya kerana disanggah. Lagi banyak kisah mempertahankan kepentingan peribadi, lebih banyak lagi arang keaiban yang akan terconteng di muka ketokohan kerajaan.

Kumpulan Super Bumiputera dan para kroni, suku-sakat, dan juak mudah mengeluarkan belanja sogokan untuk membuat yang memperlekehkan rakyat marhaen dengan tujuan memberi ruang kepada orang lain untuk meraih keuntungan besar daripada projek itu. Kerana itu, walaupun dia diaibkan dalam kisah SRJK (C) itu, dia masih mampu berlenggang ke bank untuk menyelesaikan hutangnya. Ada lagi cerita dalam kisah ini yang membabitkan padang sekolah yang luasnya hanya 0.38 hektar. Di sebelah padang itu terletak satu kampung setinggan yang luasnya sekitar enam hektar. Ini adalah satu perkampungan setinggan yang dihimpunkan di situ di zaman darurat dulu sebagai taktik mengnyahkan bekalan makanan kepada kumpulan pengganas. Seperti penghuni perkampungan baru (kem perkampungan darurat), mereka menetap di situ atas syarat pajakan sementara, yang sudah pun pupus tarikhnya. Para penduduk di situ, sepatutnya diberikan hak milik tanah mengikut hukum undang-undang, tetapi dalam hal ini, mereka dinafikan hak itu. Kerajaan memang tidak berminat melunaskan janji-janji lama kepada setinggan itu kerana adanya kumpulan terpilih yang akan meraih keuntungan maha besar dalam perkara itu. Saya diberitahu betapa semua geran hakmilik telah sengaja diperam. Apa tidaknya, kalau harga semasa tanah di situ adalah sekitar RM300 bagi setiap satu kaki padu.

Pengalihan sekolah di situ adalah langkah pertama untuk menjolok penduduk di situ keluar dari situ. Tanpa melakukan tindakan itu, ibu bapa kanak-kanak yang terbabit sudah tentu merasa tergigit oleh kenaikan tambang bas yang naik menyungkit. Sekolah yang baru dijanjikan itu sepatutnya akan dibina berdekatan dengan Tropicana Resort yang terletak beberapa kilometer jauhnya daripada sekolah yang ada. Pemiliknya ialah kumpulan Super Bumiputera itu. Inilah caranya yang dilakukan dengan jayanya di masa yang lalu. Kali ini ia tidak mudah dilakukan kerana semua kejijikan ini telah didedahkan dalam akhbar bertulisan Cina. Akhbar media yang lain tidak mempunyai agenda begini kerana lebih suka memberi tumpuan kepada berita dongeng yang dikatakan lebih sensasi.

Semakin jelas kini, apa yang diluahkan oleh Menteri Pendidikan itu adalah sesuatu yang tidak berniat suci. Begitulah juga kalau ada pembabitan kementerian yang lain. Itu sebabnya semua orang tertanya-tanya kenapakah MCA, Gerakan dan para menteri sekelian tiba-tiba bersikap berdolak-dalik ataupun bersikap mengelak semata.

Kalaulah benar kerajaan merancang memindahkan sekolah itu disebabkan laluan lebuh raya yang diperbesarkan, kenapakah sekolah yang baru itu tidak mula dibina sebaik sahaja kerja-kerja persediaan membina lebuh raya itu bermula? Bukankah para pelajar itu sudah boleh dipindahkan di sekolah yang sudah siap terbina? Buat masa ini, perpindahan dilakukan kepada kawasan sementara, dalam satu sekolah cina kerajaan yang padat dan tumpat kesesakannya. Yang lebih mengaibkan siapa boleh memberi jaminan bahawa sekolah yang dijanjikan itu tidak akan terbina langsung?

Sebagai perbandingan cuba kita lihat cerita lama membabitkan Sekolah (terkenal) MGS di bukit Bintang. Tapak tanah sekolah itu telah pun diagihkan kepada seorang kroni bernama Tan Sr Francis Yeoh yang amat memerlukan tapak tanah itu dengan segera. Sebaliknya dia mengambil satu masa yang panjang untukmembina satu sekolah gantian yang baru di Cheras. Kerajaan terlalu kerap memberitahu kita bahawa pendidikan ialah 'nadi pendidikan negara'. Kalau begitu kenapakah saluran darah itu selalu sangat dicemari oleh AIDS?

-MGG Pillai-
18 Januari, 2001.