"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
PEMISAHAN POLITIK DENGAN ISLAM
 

Tajuk hangat di h-net iaitu ‘One Ummah …’ dan di jihad egroup iaitu pemisahan politik dgn islam saya rasakan amat sinonim. Justeru itu izinkan saya memberikan pendapat, dan terlebih dahulu saya memohon maaf jika pendapat saya ini menyinggung mana-mana pihak.

1. Kebanyakkan org bila disebut politik, maka secara otomatik akan mengaitkannya dgn parti-parti politik. Bagi mereka, politik hanya berkisar kpd parti politik, undi dan p/raya. Mereka yg tidak terlibat dgn parti politik maka akan dikatakan tidak berpolitik.

Sebenarnya, kalau politik atau siasah itu dikaitkan dgn satu kaedah / strategi pentadbiran dan pengurusan, maka secara tak langsung kita semua sedang berpolitik. Bagaimana kita mengurus jemaah, mengurus organisasi, menyusun strategi pemasaran, mentadbir personel, hatta pengurusan r/tangga juga semuanya itu dikatakan berpolitik. Bukankah setiap individu menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya kpd keluarga atau diri sendiri?

2. Bila merujuk kpd politik demokrasi bagi merebut kekuasaan dan pemerintahan negara, jarang kita mempersoalkan apakah sistem demokrasi itu sendiri berasal dari islam ataupun tidak. Adakah pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat ataupun tidak?

Seringkali bila membincangkan isu tareqat dan tasauf, maka akan ada mulut-mulut gatal yg mengatakan tiada contoh dari Rasulullah saw. Begitu juga bab maulid, zikir dsbnya. Semuanya itu bid’ah. Bagaimana dgn politik demokrasi? Mungkinkah ia juga bid’ah.

Pasti akan ada yg akan menempelak saya bahwa saya tidak faham maksud bid’ah.  Satu hal ibadah dan satu hal dunia. Benar! tetapi jika ada yg beranggapan demikian, maka secara tak langsung mereka juga berfahaman sekular kerana memisahkan antara hal-hal dunia dgn ibadah. Secara tak langsung juga memisahkannya dari Islam. Jika demikian, maka sia-sialah anda yg berparti politik kerana usaha anda tidak dianggap sebagai ibadah.

3. Apabila dikatakan yg politik demokrasi itu bukan dari Islam, maka apakah boleh umat Islam menubuhkan parti politik dan menyertai p/raya? Jawabnya, ada yg mengatakan boleh, dan ada yg mengatakan tidak boleh. Masing-masing ada nas dan dalil. Wallah hua’lam.

Tapi apa yg lebih penting, adakah penyertaan parti Islam itu telah benar-benar menurut hukum syara’ dan kaedah Islam? Apakah matlamat, pendirian, strategi dan perjalanan pentadbiran dalaman parti sudah benar-benar Islam? Ini yang perlu ditekankan. Kalau diambil contoh parti Islam dirantau ini, boleh dikatakan terlalu banyak kelemahannya.

4. Ada yg mengatakan juga bahawa politik itu tidak kotor. Tidak keji. Tetapi org-org politiklah yg menjadikan ianya keji, kotor dan jijik. Jika itu benar, maka kita harus berfikir sekali lagi, apakah yg perlu diubah? Adakah sistem demokrasi itu sendiri,kerusi tampuk pemerintahan negara atau negeri, atauhati org-org politik itu sendiri? Selagi hati-hati orgpolitik itu masih kotor, apa juga tindakan atau program yg mereka laksanakan pasti akan menjadi lebih mirip kpd maksiat dan kehancuran.

5. Ada juga pihak yg beranggapan bahawa hanya dgn berpolitik sahaja yg sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang pada masa ini. Jika kaedah berpolitik ini diharamkan, mungkin kaedah lain terpaksa dilaksanakan. Ie jihad bersenjata. Apakah itu satu pandangan yg bijak? Adakah hanya itu sahaja kaedah perjuangan Islam?

Sebenarnya anggapan sedemikian timbul secara tak langsung apabila tertubuhnya parti Islam, ie PAS. Sesetengah ahli dan pemimpin PAS mengatakan bahawa menyertai PAS adalah wajib. ‘Hizbullah’ telah dimaknakan dengan Parti Islam Se Malaysia. Jika demikian benar, apakah jemaah Islam yg lain tidak tergolong dlm golongan hizbullah? Dgn anggapan ini jugalah maka umat Islam hanya didedahkan dgn ideologi ‘perjuangan Islam hanya melalui parti politik PAS’. Terlindunglah jasa dan perjuangan jemaah lain. Tertutuplah pintu perjuangan Islam melalui bidang pendidikan, ekonomi, sastera, perubatan, sosial dll termasuklah perjuangan Islam melalui DAKWAH.

Keduanya, mereka yg beranggapan spt diatas juga harus menyoal ke dlm diri masing-masing, iaitu ‘sampai bilakah aku harus berjuang melalui kaedah ini? sampai bilakah aku akan beroleh kejayaan?’. Bukankah tanpa disedari masa terus berjalan. Selama 43 tahun, betapa sedikitnya kemajuan dan penerapan Islam yg dilakukan oleh pemerintah umno dan BN, maka sedikit itu jugalah kejayaan yg PAS perolehi.

6. Malah lebih teruk lagi ada yg mengatakan bahawa PAS itu Islam, dan Islam itu PAS. Mereka ini sudah tidak dapat membezakan antara Islam, agama yg murni dan satu-satunya agama yg diredhai Allah swt, dgn PAS, satu parti politik dlm sistem demokrasi di Malaysia.Mereka tidak takut dgn implikasi dimana segala kelemahan PAS akan dikatakan kelemahan Islam. Pendapat ini bukan lahir dari ahli bawahan, tetapi dari ahli yg mendapat tarbiyah dari usrah-usrah PAS, serta mempunyai kelulusan dari ILHAM.

7. Seperti yg dikatakan oleh beberapa sahabat, parti politik Islam harus merenung balik kandungan Al Quran yang mengisahkan ‘kemenangan golongan yg sedikit mengalahkan golongan yg besar’. Adakah kisah tersebut relevan dgn perjuangan melalui politik demokrasi yang mengharapkan kemenangan undi majoriti? Adakah perjuangan Islam hanya boleh dilakukan pada setiap 5 tahun sekali?

8. Perlantikan pemimpin melalui parti politik juga secara tak langsung telah menggugat keyakinan umat kpd qada’ dan qadar Allah swt. Yang menang dilantik menjadi pemimpin, menjadikan ia seorang wakil rakyat. Bukan wakil Allah, bukan khalifah Allah.

Yang kalah menuding jari kpd pihak lawan di atas segala taktik kotor yg diamalkan. Rakyat dan umat beranggapan bahawa sang pemimpin dilantik menjadi pemimpin kerana menang dlm p/raya setelah diundi oleh majoriti rakyat. Jadi, di mana peranan Allah? Bukankah Allah yg melantik seseorg sbgi pemimpin, memberikan seseorg kekuasaan, dan juga menjatuhkan seseorg dari tampuk pemerintahan?

Sebagai contoh, bukankah Allah yg melantik MM sbgi PM Malaysia ke-4? Mengapa MM? Adakah ia sebagai kurnia Allah ke atas rasa hamba dan kesyukuran kita selama ini, atau sbgi suatu bala’ dan ujian ke atas kelalaian dan maksiat yg kita lakukan selama ini?

Kerana asyik menuding jari kpd pihak umno dan BN, maka pemimpin PAS pun lupa utk menyeru seluruh ahli utk muhasabah diri. Sbgi contoh, maka diadakanlah program-program solat hajat beserta dgn qunut nazilah, tapi alpa dgn solat sunat taubat dan tasbih. Memohon kepada Allah akan menghancurkan musuh, tetapi enggan merayu dan mengadu kpd Allah akan kelemahan dan dosa-dosa sendiri. Lantas, bagaimana Allah ingin memberikan kemenangan dan memperkenankan doa-doa kita jika hati kotor dgn maksiat dan enggan bertaubat.

9. Seringkali juga mereka yg tersasar akan matlamat perjuangan sebenar. Mereka menjadikan tampuk pemerintahan sbgi matlamat akhir, bukan lagi sekar sebagai alat. Justeru itu maka digemblenglah segala kekuatan dan strategi utk mencapai matlamat ‘kuasa’ tadi.

Kalau kita sedar bahawa politik Islam itu hanya sekadar suatu kaedah perjuangan, sebaliknya matlamat akhir kita ialah untuk mengajak umat / rakyat kepada kehidupan islam, mengembalikan nilai kehambaan diri, memburu cinta Allah, meninggikan syiar Allah, maka kekuatan dan sumber-sumber parti akan diagihkan kepada beberapa tujuan yg bukan setakat utk memancing undi p/raya.

Contohnya, saya ambil PAS, cuba kerahkan satu unit dakwah yg bertujuan utk membuat kerja-kerja dakwah di pedalaman Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Dekati org-org asli. Juga kpd pelumba-pelumba haram, kaki video game, golongan artis. Seru mereka kpd Islam. Ajar mereka solat. TAK UNDI PAS PUN TAK APA, yg penting mereka dpt amalkan Islam, kembali kpd cara hidup Islam, menjadi insan yg soleh. Bukankah perubahan diri seseorg drp tak baik kpd baik, drp tak solat kpd solat itu lebih bererti drp sekadar lompat parti atau memberikan satu undi.

Cuba kaji sirah Nabi saw hijrah ke Thoif, balingan batu penduduk Thoif sekadar di balas dgn doa kerahmatan dan kasih sayang kpd anak keturunan bumi Thoif.

Secara peribadi, saya tetap menyokong perjuangan Islam melalui politik pilihanraya. Ia sbgi suatu kaedah perjuangan. Namun saya amat mengharapkan agar pendokong-pendokong politik ini berubah sikap. Pendirian perlu konsisten. Kenal siapa musuh, siapa kawan. Jangan asyik menuding jari kpd pihak lawan,tetapi harus perbaiki kelemahan ahli dan pentadbiran dalaman. Banyakkan program kebajikan. Perbanyakkan usaha dakwah bagi mengajak masyarakat kpd Islam, bukan sekadar merayu undi semata-mata. Insyaallah, Islam akan bangkit ditangan tuan-tuan.

Yang baik dari Allah, sebaliknya yg buruk, yg salah itu dari kelemahan saya sendiri, dari nafsu saya sendiri. Hanya keampunan para sahabat dan keampunan Ilahi yang saya harapkan.

Wassalam.