"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
MARA: Lagi penganiayaan tanpa disedari

Isu Pusat Asasi Sains UM yang akan ditutup mendapat liputan luas dalam akhbar tempatan. Kita tahu pusat tersebut dibina atas kehendak untuk memajukan kaum bumiputera dalam bidang sains.

Begitu juga dengan agensi MARA. Memang banyak telah MARA lakukan untuk membantu bumiputera dalam bidang pelajaran. Namun, ada beberapa perkara MARA lakukan menganiaya bumiputera sendiri tanpa disedari ataupun sengaja tutup mata.

MARA akan membentangkan cadangan untuk mewujudkan universiti sendiri yang bakal dinamakan Universiti MARA. Universiti ini akan lebih mengkhusus kepada bidang-bidang teknikal. Gabungan institut-institut teknikal di bawah seliaan MARA akan menjadi kolej-kolej ataupun fakulti-fakulti bagi universiti ini.

Penganiayaan I:

German Malaysia Institut (GMI) telah menjalankan program yang dikatakan bertaraf ijazah dalam bidang teknikal. Pada mulanya, program ini dikatakan akan mengeluarkan ijazah teknikal kepada para lulusan. Tetapi malangnya sekarang pihak pengurusan GMI terpaksa menghentikan program ini sedang para pelajar tidak akan diaganugerahkan ijazah. Sebabnya GMI bukan institut bertaraf universiti. Kementerian Pendidikan boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak GMI mengeluarkan ijazah.

Penipuan terhadap pelajar-pelajar dalam kes I:

1. Para pensyarah tidak berkelayakan.

2. Alasan pensyarah berijazah sarjana muda dengan pengalaman kerja layak untuk mengajar tidak boleh diterima.

3. GMI gagal menyediakan para pensyarah yang berkelayakan.

Siapa yang mesti bertanggungjawab?
1. Pihak kerajaan- telah mengarahkan MARA mengeluarkan ijazah.

2. Pihak atasan MARA-mengarahkan institut dibawahnya mengeluarkan ijazah tanpa mendapat restu Kementerian Pendidikan.

3. Pihak pengurusan GMI-mengikut arahan MARA tanpa menjalankan kajian terlebih dahulu.

Siapa yang mesti mendapat pembelaan?
1. Pelajar-pelajar yang kini mengikuti program ini terutama bumiputera.

Penganiayaan II:

Malaysia France Institut (MFI) juga dalam proses melakukan kesalahan seperti GMI. Tetapi MFI lebih licik dari GMI. Institut ini bakal menjalankan program yang dikatakan bertaraf ijazah dengan kerjasama sebuah universiti di Perancis. Padahal di universiti tersebut tidak ada program yang akan dikelolakan oleh MFI. Cuma gabugan beberapa program di sana dan diwujudkan program tersebut di MFI seperti pepatah syampu ‘2 dalam 1’. ‘Ijazah’ berkenaan entah iya bertaraf ijazah sebab sistem di Perancis agak pelik berbanding sistem-sistem pendidikan negara lain seperti UK, Germany dan USA.

Penipuan dalam kes II:

1. Program tersebut belum tentu benar bertaraf ijazah berbanding ijazah universiti tempatan.

2. Ia sudah tentu susah untuk mendapat pengiktirafan pihak berkenaan, maka lulusan program ini tidak dapat bersaing secara  normal. Contoh: Lulusan sampai kiamat tidak akan dapat menerima anugerah ‘Ir’ atau Professional Engineer.

3. MFI gagal menyediakan pensyarah berkelayakan.

4. MFI enggan menyediakan peluang belajar kepada pensyarah untuk mendapat kelayakan teknikal yang lebih tinggi atas alasan jimat.

Siapa yang mesti bertanggungjawab?

1. Pihak kerajaan- telah mengarahkan MARA mengeluarkan ijazah.

2. Pihak atasan MARA-mengarahkan institut dibawahnya mengeluarkan ijazah tanpa mendapat restu kementerian Pendidikan.

3. Pihak pengurusan MFI-mengikut arahan MARA tanpa menjalankan kajian terlebih dahulu.

Apa yang mesti rakyak Malaysia lakukan?

1. Memastikan pihak atasan MARA tidak membuat sesuatu yang boleh memudaratkan bumiputera. Gaji yang besar dibayar kepada pihak atasan MARA adalah untuk membuat keputusan yang bertaraf bijak bukan ikut sedap mulut dan hanya mencanang dalam akhbar. 2. Mempersoalkan pihak pengurusan MFI kerana mereka dalam proses bertindak bodoh terang-terangan tanpa mana-mana pihak boleh mempertikaikan apa yang mereka lakukan. 3. Mempersoalkan pembaziran wang oleh pihak pengurusan MFI kerana beberapa kali berulang-alik Perancis tanpa hasil yang menguntungkan institut.

Sekian- AntiPenipuan