"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Ke Mana Hendak Di Bawa Golongan Pemuda UMNO??

Sedutan daripada berita yang tersiar di akhbar Utusan;

DR Mohd Khir MB Selangor, Hishammuddin dan Abdul Aziz melancarkan pasukan Gerak Khas bermotosikal dianggotai golongan belia yang berminat dengan aktiviti lasak dan pada masa yang sama bersemangat tinggi berjuang untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Menurut mereka, pasukan Gerak Khas akan memakai jaket, seluar jeans serta topi keledar merah hitam lengkap dengan kaca mata hitam yang menggambarkan kegagahan, ketampanan dan kegigihan pasukan itu dalam melaksanakan apa saja wawasan kerajaan.

“Tiba masanya kita mewujudkan pasukan seperti ini untuk menarik minat golongan muda berjinak-jinak dengan politik mengikut selera masa kini.

NTzalim ingin mengulas laporan utusan berhubung dengan stratergi 'mengembalikan kekuatan'  ahli Pemuda UMNO sebagaimana yang tersiar di akhbar Utusan semalam yang telah dilancarkan oleh oleh MB Dato' Mohd Khir Toyo beserta pimpinan Pemuda UMNO, Hishamuddin dan Abdul Aziz bertempat di Dataran Shah Alam.

Apa yang ingin diulas adalah berkenaan stratergi baru yang dipelopori oleh pemuda UMNO ini telah sendirinya menggambarkan 'lemahnya' daya pemikiran serta perancangan ahli-ahli UMNO di kalangan pemudanya yang jelas tidak mendatangkan sebarang faedah kepada UMNO sendiri mahupun kepada bangsa, agama dan negara. Apa tidaknya, di dalam pada ketika golongan intelek dan mahasiswa pusat pengajian tinggi sebagai warisan kepimpinan masa hadapan telah mula mahu kembali kepada  falsafah, pemikiran dan cara hidup yang lebih jelas dan bertepatan dengan cara hidup Islam dengan tatacara budaya bangsa yang lebih menyakinkan, memelihara sifat-sifat murni dan membudayakan sikap serta akhlak yang mulia ke arah pembentukan masyarakat yang dinamis dan cemerlang, para pimpinan pemuda UMNO yang kununnya sebagai pewaris kesinambungan pimpinan UMNO dan kerajaan kini cuba pula berusaha untuk mengembalikan mereka kalangan pemuda (yang diharap sebagai penyokong dan pendokong UMNO masa depan) kepada cara hidup serta budaya yang melekakan dan tidak memberikan gambaran sebenar hala tuju perjuangan mereka sebagaimana yang mereka selogankan untuk bangsa, agama dan negara.

Apakah  sikap tahan lasak, bersemangat tinggi, berjuang untuk kepentingan bangsa, agama dan negara dengan berimejkan 'pasukan bermotor' itu dapat mengembalikan kewibawaan UMNO beserta perjuangannya?? Cukupkah dengan gambaran kegagahan, ketampanan serta kegigihan laksana 'pelakon Hindustan' itu  sebagai suatu pertunjuk kepada 'kembalinya kekuatan dan sokongan' golongan muda terhadap UMNO?? Perlu diingat bahawa minat dan berjinak-jinak sahaja tanpa diiringi dan disuntik oleh kekuatan akal fikiran, keilmuan, kesedaran dan keinsafan terhadap nilai sesuatu perjuangan adalah laksana sejenis pokok tumpang yang menumpang pada dahan-dahan pokok dan hanya akan kuat dan bersemangat sekiranya dahan tersebut kuat sebaliknya jika dahan itu sudah mula reput maka pokok tumpang juga lambat laun akan binasa dan kering kelayuan.

Wahai anak-anak muda pewaris perjuangan bangsa dan agama, berpautlah pada dahan yang kukuh dan kuat yang berakar umbikan akidah yang benar, keimanan yang kuat serta ber'bi'ah'kan kesolehan, insyaAllah kamu tidak akan jatuh terkulai layu. Perjuangan kamu bukanlah perjuangan untuk mendapatkan habuan dunia semata tetapi habuan akhirat sebagaimana yang dijanjikan. Oleh itu, letakkan diri kamu bersama perjuangan Islam dan perjuangan keadilan dan kebenaran. Kerana itu yang lebih menyakinkan.

kita ingin bertanya, apakah golongan muda bangsa melayu ingin terus dilekakan dengan suatu cara kehidupan yang tidak memberi manfaat?? Adakah pemuda MIC, MCA dan GERAKAN juga ingin menyontohi perjuangan UMNO terhadap bangsanya?? Kalangan mereka manakah yang lebih efisien memperjuangkan dan menaikkan taraf hidup bangsanya?? Itu di dunia, untuk akirat bagaimana????

Ke Mana Hendak Di Bawa Golongan Pemuda UMNO??

ntzalim
24/1/01