"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
PANDANGAN SEORANG VETERAN UMNO PERIHAL MAHAFIRAUN

Bulan Syawal ini terlalu banyak jemputan jamuan Hari Raya yang saya perolehi. Jemputan dari BA mudah saja kerana dapat diperolehi dari program BA yang disiarkan dalam internet dan dari rakan-rakan seperjuangan BA yang rapat mengenali saya. Manakala jemputan dari pemimpin, bekas pemimpin UMNO ini pun banyak juga saya terima. Mungkin kerana dulu saya merupakan rakan rapat mereka yang pernah bersama di PWTC mereka masih menjemput saya kerana mereka tidak kenal siapa sebenarnya Liang Lahad MAHAFIRAUN. Nampaknya penyertaan saya dalam salah satu parti BA mereka tidak begitu perasan.

Kad-kad jemputan mereka dari UMNOshit ini yang saya terima bersama kad hari raya sungguh hebat dan mahal pula. Ada mereka yang bisnes hampir bankrap tapi kad raya dan jemputan jamuan masih hebat dan mahal. Pastinya adalah duit dari sumber haram yang mereka selongkar dapat.

Ini saya nak khabarkan bagaimana semasa di jamuan raya di rumah seorang veteran UMNO yang juga bekas menteri. Bagaimana veteran UMNO ini begitu benci, marah dan meluat dengan MAHAFIRAUN yang begitu liat untuk turun dari jawatannya. Kata veteran UMNO ini, "Betul juga kata Dr Harun Din Al Hafiz, manusia sekor ini jenis daun pisang, dah la tua, layu pula tu, patah tangkai pun masih tak mahu gugur. Nampaknya kena ada orang lain mai ragut rentap baru dia boleh gugur kot."

Katanya lagi ketika kami mendengar sembang-sembang darinya, "Dalam UMNO sekarang kena ada orang yang berani bersuara supaya turunkan Mahadey (cara sebutannya). Bila ada sorang yang sanggup bersuara, yang lain mesti nada seiring tekankan Mahadey. Yang masalahnya depa nie takutkan sangat kat dia."

"Dulu nie.. Tun Hussin Onn bukan mahu turun sangat.. Mahadey lah guna orang-orang dia, gunakan orang-orang akhbar dia hebohkan Tun Hussin tak sihat dan tak boleh lagi menerajui negara. Malu besar Tun masa tu.. nak tak nak kena turun juga. Tu dia hang pa nak tahu kerja Mahadey."

Isu perpaduan Melayu bekas menteri ini sentuh juga.

"Apa yang tak kena dengan perpaduan orang Melayu nie.. semunya ok kan. Engkau orang percayalah orang Melayu tak berpecah. Isu perpecahan orang Melayu ini timbul bukan kerana apa.. semuanya kerana "borang mengenal pasti ahli-ahli UMNO yang setia bersama UMNO" yang diedarkan kepada setiap ahli melalui cara pos itu tidak di isi oleh ahli-ahli UMNO akar umbi dan tidak dipulang balik. Sikit sangat yang balas balik. Jadi maksudnya ramai dah ahli UMNO yang lari tinggalkan parti ini."

"Ini yang Mahadey terkejut besar... borang UMNO tidak dipulangkan.. 70% lebih ahli UMNO dah cabut lari meninggalkan UMNO.. Hah.. inilah puncanya isu perpaduan itu ditimbulkan."

Dari gaya cakap veteran UMNO ini yang juga bekas menteri itu, memang nyata dia amat suka Mahadey diheret ke Mahkamah berdasarkan lapuran-lapuran polis Sdra Ezam. Dia sendiri terkejut dan dia sendiri tidak tahu begitu banyak rahsia/penyelewengan disebalik Mahadey yang digembar-gemburkan kehebatannya.

Veteran UMNO ini macam suka pula gayanya apabila diminta pendapatnya jika BA memerintah negara. "Elok juga tu.. kita @ UMNO pun boleh rasa juga duduk di kerusi pembangkang."

Nampaknya Reformasi yang dipeluporkan oleh Sdra Anwar Ibrahim telah mula merebak dalam UMNO sendiri.

LIANG LAHAD MAHAFIRAUN