"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU
-Kajian Rambang oleh Laman NTzalim

Soalan Kuiz : Siapakah sebenarnya yang menjadi punca perpecahan di kalangan orang-orang Melayu?
Jawapan :
1. Pemimpin & Media Umno- 81%
2.Pemimpin BA PAS/Keadilan/PRM & DAP -9%
3.Alim Ulama & Cendikiawan Agama -5%
4.Guru-guru/pendidik -1%
5.Tidak Pasti -4%

Jumlah undian - 257

Laman NTzalim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung kerana telah memberikan sokongan terhadap kajian rambang yang dilakukan. Dan hasil dari kajian ini mudah-mudahan akan membantu pihak-pihak tertentu khususnya dari kalangan parti-parti Barisan Alternatif PAS/KeADILan/PRM dan DAP untuk terus berusaha segigihnya memastikan sokongan dan dokongan rakyat berterusan sehinggalah menjelangnya pilihan raya umum tahun 2004 akan datang. Secara rambang, keputusan Kuiz telahpun membenarkan segala kajian,pandangan, pendapat yang telahpun dipaparkan di laman-laman pro-reformasi bahawa bukan parti-parti komponen BA sebagaii punca perpecahan orang-orang Melayu.

Kajian sebegini adalah penting dilakukan dari masa ke semasa sebagai kayu ukur sokongan rakyat terhadap parti-parti komponen Barisan Alternatif. Justeru itu, mereka pula haruslah mencari dan meneliti pendekatan-pendekatan serta formula baru bagi memenagi hati rakyat keseluruhannya tanpa mengira kelompok, kaum dan kedudukan mereka.

Laman Ntzalim juga berpendirian bahawa segala usaha dalam berbagai bentuk yang dilakukan oleh laman-laman pro-reformasi seharusnya terus disokong kerana mereka telah berikrar dan memastikan bahawa perjuangan mereka adalah untuk Malaysia negara tercinta selain mengharap ganjaran besar di sisi Allah swt untuk memastikan SyariatNya tertegak meskipun berhadapan dengan berbagai risiko.

Syabas diucapkan kepada seluruh Laman Pro-Reformasi, teruskan perjuangan ANDA dan elakkan dari perselisihan dan persengketaan.

AllahuAkbar
Reformasi! Reformasi!Reformasi!

Bahagian Kuiz/Culaan

http://izzrail.tripod.com