"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Assalamualaikum......
 
 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara
 yang ke 43. Saya adalah seorang anak Malaysia yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Jadi
 tak tahulah bagaimana perit jerih dan susah payah menuntut kemerdekaan tersebut. Tapi
 dilihat dari cara kita menyambut hari kemerdekaan tersebut, seolah-olah menuntut
 kemerdekaan itu mudah. Seminggu sebelum 31 Ogos di war-warkan didalam media radio dan
 akhbar.... sipolan akan menganjurkan pesta kemerdekaan, syarikat yang itu menganjurkan
 pesta joget lambak, syarkat ini menganjurkan sambutan dengan mengadakan parti bersama
 para artis. Apakah ini mentaliti kita merayakan sesuatu yang kita dapat dengan susah
 payah? Itu ler payahnya apabila kita diterapkan dengan budaya berhibur dan berlalai
 seperti yang UMNO galakkan.
 
 Tak boleh ke kita anjurkan majlis tahlil dan membaca yassin MEGA, dibuat di Dataran
 Merdeka ataupun di stadium Bukit Jalil serba canggih itu untuk dihadiahkan kepada para
 pejuang yang telah pergi. Untuk ugama lain pula dianjurkan majlis ugama mengikut ajaran
 masing-masing. Bagi para pejuang ni yang dah kembali kerahmatullah, kalau diorang dapat
 tengok ler cara kita menyambut kemerdekaan.... pening kepala diorang tu. Sedih... Pada
 malam 30hb Ogos lepas saya ke Shah Alam kerana mengambil adik balik bercuti sebab
 UITM cuti seminggu. Saya perhatikan anak-anak muda yang berhimpun seolah-olah cukup
 bebas, dengan pakaian menjolok mata, lelaki dan perempuan seperti tiada batasan. Apakah
 ini slogan Melayu Baru yang diimpikan Mahathir? Semoga ini menjadi iktibar kepada kita
 semua.
 
 Wassalam.
 
 Hj Muda