"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
DEKLARASI PERPADUAN RAKYAT

PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT 20 JANUARI 2001

KEMBALIKAN HAK RAKYAT

Menyedari bahawa suara rajyat adalah suara keramat dan rakyat adalah penentu masa depan negara;

Menginsafi bahawa usaha untuk mengerat perpaduan rakyat, perpaduan nasional yang tulen adalah teras kepada
keadilan dan kebenaran;

Memahami bahawa hanya sistem yang menghormati suara rakyat demi keadilan dan kebenaran adalah sistem yang
dapat mengembalikan hak rakyat;

Mengakui hanya kerajaan yang telus, amanah, jujur & bersikap adil terhadap rakyat, negara & kepentingan semua
dapat mengembalikan demokrasi negara yang kian terhakis;

Dalam negara yang:-

Mempunyai kepimpinan diktator yang menafikan rakyat mengamalkan hak mereka dan mengakibatkan krisis politik
yang paling teruk dalam sejarah negara apabila Timbalan Perdana Menteri dipecat dengan begitu kejam dan hina;

Masih mengalami krisis ekonomi serta penyelewengan kuasa dan pemunggahan kekayaan yang membebankan rakyat
tetapi menguntungkan kroni dan segelintir mereka yang yang rakus kuasa dan kekayaan;

Sedang mengalami keruntuhan sistem sosial yang ketara akibat pengabaian dan penetapan prioriti yang tidak mengikuti
keperluan rakyat sebaliknya hanya unutk kepentingan segelintir hinggakan instrumen kerajaan kerajaan disalahagunakan
dan rasuah menular;

Berterusan berlaku pencabulan hak asasi dan menyimpang daripada hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia
terutamanya dalam mengamalkan hak asasi rakyat untuk bersuara, berkumpul secara aman dan berpesatuan;

Memmpunyai sistem pemerintahan yang telah memushnahkan kewibawaan pelbagai institusi masyarakat seperti
parlimen, kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan dan media yang membawa kepada penghakisan
kepercayaan rakyat;

Maka kerana itu rakyat diseru untuk:-

Bangkit menyatakan hak kebebasan untuk bersuara tanpa selatan dan tanpa ancaman yang membantut kebebasan
media dan idea;

Bangun bersatu padu menyelamatkan Malaysia daripada cengakaman pimpinan rakus yang bermaharajalela mencemar
hak rakyat dan membebankan ekonomi negara;

Bersama memulihkan sepenuhnya keyakinan terhadap kebebasan sistem kehakiman dan perundangan;

Berdiri teguh menuntut hak mendapat maklumat yang tellus memalui media yang bebas dan bertanggungjawab;

Berganding bahu menegaskan hak rakyat bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan adalah mereka yang memegang
amanah dan mesti dipertanggungjawabkan kepada rakyat;

Bersatu padu memerdekakan jiwa daripada penindasan dan kezaliman sistem dan pimpinan korup kepada sistem yang
mebangun keinsanan jiwa-jiwa ke arah ciri-ciri kemanusiaan yang unggul.

Dengan itu

Rakyat diseru untuk berazam dan berikrar bagi:-

memastikan pengembalian hak sebenarnya kepada rakyat;

memastikan pimpinan yang korup dan tidak bertanggungjawab dinyahkan;

memastikan pimpinan yang bertanggungjawab dan memperjuang keadialan, kebenaran dan hak rakyat
dibebaskan dan ditempatkan sebagai pemimpiin sebenar rakyat;

memerdekakan rakyat daripada belenggu sekatan dan ancaman palsu kerajaan untuk menyatakan suara rakyat
melalui perhimpunan dan demonstrasi aman;

meneruskan perjuangan REFORMASI menegakkan kebenaran dan keadilan serta menghapuskan kezaliman.



Deklarasi dengan ihsan Penganjur Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat

Laman NTzalim