"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Tragedi Kg.Medan Dieksploitasi Untuk Halang Perhimpunan BA?

 " Police ban public gatherings, talks in Malaysian state -KUALA LUMPUR, March 13 (AFP) - Malaysian police said Tuesday that all public gatherings and speeches would be temporarily banned in the central state of Selangor following ethnic clashes near Kuala Lumpur....... "

Demikianlah sebagaimana yang dilaporkan oleh AFP hari ini......Dan yang pasti UMNO melalui pasukan keselamatan 'meraih keuntungan' dari tragedi yang berlaku. Meskipun ada rasionalnya diharamkan sebarang bentuk perhimpunan dan ceramah di dalam suasana yang 'tegang' seperti itu, namun satu persoalan timbul berkenaan dakwaan-dakwaan pimpinan kerajaan dan polis secara berterusan melalui media bahawa suasana telah kembali aman dan normal serta orang ramai telah menjalani aktiviti kehidupan seperti sediakala. Lebih mengelirukan lagi dengan kehadiran beberapa orang pimpinan kerajaan ke tempat kejadian dan sekitarnya disertai dengan perhimpunan-perhimpunan umum sebagaimana yang dapat disaksikan melalui media-media pro-kerajaan. Gambaran umum yang dapat dilihat adalah menunjukkan bahawa keamanan dan keharmonian penduduk telah kembali kepada asal.

Itu berita semalam, hari Isnin. Hari ini, Selasa sebagaimana yang dilaporkan tindakan Polis menghalang sebarang bentuk ceramah dan perhimpunan di 'Central State' seolah-olah sebagai tindakan serampang dua mata terhadap perhimpunan dan ceramah anjuran Barisan Alternatif yang sememangnya terus berjalan mengikut yang diagendakan....kerana hanya itulah saluran menyampaikan maklumat di samping mendekati rakyat dan penyokong mereka. Soalnya, adakah ada pihak tertentu yang bertindak mempengaruhi pihak polis bertindak demikian? Jika benar tanggapan ini, maka Umnolah sebenarnya dalang disebaliknya.

Dua persoalan yang boleh dikaitkan sebenarnya. Pertamanya; kenapakah pengharaman perhimpunan tidak di tempat berkenaan sahaja dan mengapakah perhimpunan dan pertemuan dengan penduduk oleh pimpinan kerajaan dibenarkan? Keduanya; apakah kaitan pengharaman perhimpunan dan ceramah anjuran Barisan Alternatif, adakah ia berbentuk perkauman atau hasutan??

Nampaknya, tragedi yang berlaku cuba dieksploitasikan untuk menghalang usaha penyaluran maklumat sebenar kepada rakyat. Pasti dengan cara ini boleh menjejaskan pengaruh BA dan memalingkan rakyat dari menumpukan isu-isu nasional yang lain juga isu penahanan reman Sdr Ezam yang sepatutnya berakhir hari ini, 13 Mac selepas tambahan 4 hari reman sebagaimana yang ditetapkan sebelumnya.

Sebenarnya, berlakunya tragedi Kg.Medan telah banyak mengalihkan pandangan rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang Shah ALam, PJaya dan KL walaupun media massa bertindak memesongkan pelbagai fakta kejadian. Pelancaran Kempen Membebaskan Wang rakyat  dengan pelbagai pendedahan penyelewengan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional agak reda dan kurang mendapat tumpuan sedangkan ianya telah dilancarkan. Liputan kezaliman terhadap kepimpinan BA seperti Ezam tidak mendapat tempat kecuali sebahagian kecil sahaja di dalam alam Siber, internet.

Soalan kepada pimpinan Barisan Alternatif, adakah wajar perhimpunan dan ceramah yang telah dijadualkan dihentikan atas muslihat Umno/BN itu?

Yang Memerhati
Anak Puchong
13/3/200