"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Polis Bertindak Ke Atas Peserta Walkathon

Penganjur Walkaton untuk membantu murid sekolah SRJK Damansara yang di anjurkan olih DAP menghadapai ratusan FRU  di Pudu, Kuala Lumpur pagi ini.

Perarakan yang sepatut nya bermula dari Pudu, Kuala Lumpur hingga ke Sekolah SRJK Cina Damansara bermula pada Jam 8.00 pagi tadi dan sepatut nya tiba di Damansara pada Jam 11.00 pagi nanti. Walaubagaimana pun sebahagian dari peserta telah berlepas dan Polis dan FRU telah menahan seramai 30 orang termasuk pemimpin DAP David dan Ronnie Liew dan Mohd, Azmibeserta 30 orang pemimpin DAP yang lain dan kini mereka adalah dalam perjalanan ke kontinjen polis Dang Wangi sebelah Stadium Merdeka, Kuala Kumpur.

Mereka merayu semua pemimpin BA dan penyokong DAP dan mereka yang bersimpati dengan penduduk Damansara supaya datang ke Balai Polis dengan secepat mungkin. Merkea juag telah di pukul dengan teruk dan di heret di jalan sebelum di tahan dalam terak FRU.

Laporan Live dari PUDU