"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Kenyataan akhbar PAS Mengenai Pertemuan UMNO-PAS

KENYATAAN AKHBAR

NASHARUDIN MAT ISA
SETIAUSAHA AGUNG
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
5 FEBRUARI 2001
 

PAS TUBUH JAWATANKUASA TEKNIKAL PAS SEBAGAI PERSIAPAN MUZAKARAH UMNO-PAS

PAS akan meneruskan usaha-usaha ke arah pembelaan seluruh kaum di negara ini dan bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO. PAS amat menekankan perbincangan tersebut bukan di atas dasar perkauman tetapi atas dasar isu-isu nasional yang melibatkan seluruh kepentingan rakyat negara ini.

Rentetan daripada itu, Jawatankuasa Teknikal PAS (JTP) telah ditubuhkan untuk berbincang dengan UMNO mengenai tarikh, tempat, dan waktu yang ditetapkan bagi perbincangan tersebut. Dalam pertemuan itu nanti, PAS akan menghantar jawatankuasanya yang terdiri daripada YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS selaku ketua jawatankuasa yang akan diiringi oleh Dr. Haji Mohd. Hatta Mohd Ramli, Dato’ Hishamuddin Yahya, dan Dr. Abdul Wahab Ismail. Perjumpaan jawatankuasa teknikal ini akan hanya membincangkan perkara-perkara bersifat teknikal sahaja seperti agenda perbincangan, format perbincangan, tempat dan tarikh perbincangan tersebut.

Beberapa isu utama akan dimaklumkan kemudian setelah persetujuan format, agenda dipersetujui diperingkat teknikal oleh UMNO dan PAS.

PAS benar-benar mengharapkan pertemuan ini akan dapat menyelesaikan beberapa permasalahan negara khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Nasharudin Mat Isa
Setiausaha Agung PAS Pusat.
5 Februari 2001