"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
BN kalah di Lunas,
Norian Mai minta maaf pada Mahathir!
dengan ehsan: Laman Mahazalimtwo

Ketua Polis Negara meminta maaf kepada PM berikutan kegagalan pasukan polis memastikan kemenangan BA di Lunas. Ini dijelaskan oleh Tan Sri Norian Mai emasa persidangan PJP/KP/Komander Brigade Komandan 2/2000 pada 19 Disember 2000 Bertempat di Bilik Mesyuarat Cawangan Khas, Bukit Aman.

Menurut Norian beliau telah dipanggil ke pejabat PM pada 14/12/2000. Dalam pertemuan itu beliau juga meminta maaf atas kelamahan polis dan berjanji akan memastikan calon-calon BN tidak tewas di masa hadapan.

” Beberapa pegawai dan aggota polis yang pro pembangkang telah pun diambil tindakan dan ditukar serta-merta dari Lunas” kata Norian.

Norian juga berkata beliau bersyukur kerana setakat ini anggota polis masih menujukkan kesetian kepada etika PDRM iaitu setia kepada kerajaan BN. “Di sini saya melihat Dato'-Dato' dan tuan-tuan berperanan mengukuhkan lagi fikiran dan pandangan anggota bahawa kita benar dari segi pandangan dan tepat dari segi perlaksanaan undang-undang” kata Norian lagi.

Norian mengakui kekuatan pembangkang tidak reda malah bertambah selepas pilihanraya yang lalu. “ Trend sedemikian akan berleluasa kecuali berlaku satu perubahan besar senario politik negara, iaitu tersingkirnya PM contohnya. Di sini saya sedar bahawa KPD terhimpit antara kecenderungan diatas dengan kecenderungan kerajaan supaya perhimpunan politik dihentikan sama sekali seperti mana dinyatakan oleh Datuk Abdullah Badawi baru-baru ini” ujar Norian .

Norian juga mengaku banyak masa polis dihabiskan untuk politik daripada memikirkan soal jenayah.

Ikuti ucapan penuh Norian Mai pada persidangan tersebut.

UCAPAN PENUH NORIAN MAI

Amanat Ketua Polis Negara Semasa persidangan PJP/KP/Komander Brigade Komandan 2/2000 pada 19 Disember 2000 Bertempat di Bilik Mesyuarat Cawangan Khas, Bukit Aman

ARAHAN PM

1. Persidangan pada hari ini sebagaimana Dato'-Dato' dan tuan-tuan sedia maklum, diatur secara tergesa-gesa sempena rancangan YAB PM untuk bercakap dan mengadakan dialog di Bukit Aman ini. Saya berpendapat sesi perjumpaan dengan YAB PM juga diberi peluang kepada semua KP dan Komander kerana saya yakin bahawa amanat beliau nanti akan menyentuh perkara-perkara berhubung kait dengan keselamatan, tanggung jawab asas pasukan kita. Yang demikian kita akan menumpukan sebahagian besar daripada agenda persidangan hari ini kepada soal-soal keselamatan, begitu juga juga pertemuan ini saya tumpukan kepada perkara yang sama. BANYAK MASA DIHABISKAN UNTUK POLITIK

2. Banyak perkembangan yang berlaku sejak kita mengadakan persidangan yang pertama tahun ini akhir mac lampau. Perkembangan keselamatan ini mengambil banyak masa dan perhatian sehingga kadang kala mengujudkan rasa kebimbangan bahawa terlalu banyak masa dihabiskan dengan hal-hal berkaitan isu politik dan kurang tumpuan kepada tugas-tugas asas polis seperti jenayah, dadah dan lain-lain gejala sosial. Sejak pilihanraya yang lepas, kempen-kempen politik khususnya di kalangan parti pembangkang tidak reda seperti masa lampau. Perkembangan ini memanaskan susana politik negara dan rakyat umum ghairah berpolitik. Politik membenci kerajaan yang berlandaskan hujah-hujah keagamaan pesat berkembang di smping isu-isu perkauman juga diketengahkan melalui saluran politik.

RAKYAT BENCI PDRM

3. Rasa kebencian memuncak terhadap kerajaan ini atas alasan keagamaan ini dilihat jelas melalui isu Bukit Jenalik. Walaupun jelas fakta-fakta peristiwa ini didedahkan kepada masyarakat , namun masih ramai yang tidak dapat menerima sebagai satu perbuatan jenayah. Malah peranan kita diperkecilkan, dipersendakan. Keraguan yang ditimbulkan ini menimbulkan kesan negatif kepada PDRM. Kita didakwa mempunyai kecenderungan iaitu berubah kepada sautu alat kerajaan kepada diperalatkan oleh kerajaan. Kerana itu kebencian kepada kerajaan boleh diterjemahkan kepada kebencian kepada PDRM.

SETIA KEPADA BN

4. Jika tanggapan ini benar kita berhadapan dengan ancaman keselamatan yang 'real', dari kumpulan yang sangat komitted sayu politik berlandaskan fahaman agama yang militan. Ini bukan satu cabaran mainan, ia setanding dengan fahaman komunis satu ketika dulu. Di samping itu terdapat tanda-tanda bahawa sifat-sifat aggressive secara fizikal ini menular menyusupi parti politik tertentu. Mereka juga berjaya menyebarkan pegangan politik sedemikian iaitu membenci kerajaan -dikalangan kakitangan kerajaan , terutama di peringkat bawahan. Ini satu fenomena, yang jika tidak dibendung akan meruntuhkan sistem Kerajaan dan Negara yang sedia ada. Dalam hubungan ini , Alahamdullialh saya bersyukur kerana setakat ini anggota kita masih kesetian kepada etika PDRM iaitu setia kepada kerajaan BN. Di sini saya melihat Dato'-Dato' dan tuan-tuan berperanan mengukuhkan lagi fikiran dan pandangan anggota bahawa kita benar dari segi pandangan dan tepat dari segi perlaksanaan undang-undang.

INGAT PESAN ABDULLAH BADAWI

5. Ekoran daripada kegiatan politik secara mengadakan perhimpunan oleh parti pembangkang dan NGO , kita berdepan dengan cabaran baru untuk melaksanakan peruntukann di bawah seksyen 27 Akta Polis. Parti pembangkang dan NGO membuat pendirian bahawa hak mengadakan perhimpunan adalah mutlak berdasarkan peruntukan perlembagaan , kerana itu sudah kelihatan kecenderungan perhimpunan diadakan tanpa mendapat permit atau sebarang syarat. Mereka berhujah bahawa ini adalah hak asasi sejagat. Dalam nada politik sekarang ini , trend sedemikian akan berleluasa kecuali berlaku satu perubahan besar senario politik negara, iaitu tersingkirnya PM contohnya. Di sini saya sedar bahawa KPD terhimpit antara kecenderungan diatas dengan kecenderungan kerajaan supaya perhimpunan politik dihentikan sama sekali seperti mana dinyatakan oleh Datuk Abdullah Badawi baru-baru ini .

TOLAK PERMIT PEMBANGKANG

6. Cabaran tugas ini harus kita tangani secara berhati-hati oleh sebab kebelakangan ini kerajaan sensitif berhubung dengan pengeluaran permit perhimpunan awam. Ada KPD kita yang didakwa pro pembangkang. Saya sarankan sebagai jalan keluar kita berpegang kepada seksyen undang-undang sek. 27 AP iaitu sesuatu permohonan hanya dibenarkan dengan alasan-alasan dan menolak permit pembangkang dengan alasan juga. Ini bererti menerima dan menolak atas dasar pertimbangan yang professional.

Sebarang keputusan yang dibuat mesti dipertahankan , sebarang perubahan atas fakta yang sama akan dilihat sebagai satu kelemahan. Perasaan tidak puas hati akan wujud seperti masa-masa yang lampau tetapi ia boleh dikurangkan jika KP sendiri sanggup berdepan dan bagi menjelaskan keputusan yang dibuat. Saya telah beberapa kali menerima faks dan telegram meminta campur tangan malah meminta penjelasan di atas keputusan-keputusan di bawah.

Setakat ini saya belum mahu campur tangan. Dalam keadaan sesuatu lesen dibenarkan , persiapan bagi 'men power' dan logistik perlu disediakan di peringkat IPK , tidak mencukupi membiarkan KPD bersendirian. Jika sesautu permohonan ditolak , kita mesti bersedia menguatkuasakan keputusan tersebut . Kegagalan melaksanakan keputusan yang dibuat akan memberi kesan bahawa kita akan dianggap lemah oleh parti pemerintah. Sementara pembangkang akan melihat sebagai satu galakan kepada mereka untuk terus mencabar keputusan polis dan hal-hal yang serupa di masa-masa akan datang.

JAGA KERAJAAN SEKARANG

7. Sekiranya permohonan pembangkang ditolak, strategi baru mereka ialah untuk membawa perhimpunan ini kejalan raya dan tempat-tempat awam. Ini merupakan perubahan besar dalam strategi melumpuhkan penguasaan polis yang tidak akan sanggup berbuat apa-apa jika penunjuk perasaan berlipat ganda jumlahnya dari bilangan anggota polis. Konsep people power di Filipina dan Indonesia menjadi model kumpulan ini dan contoh terbaru ialah di jalan Kebun, Kelang dan KESAS Highway pada 5 November 2000. Strategi sama digunakan dalam pilihanraya di Sanggang dan Lunas. Walaupun kenderaan-kenderaan kita dilambakkan dijalan raya, tetapi kita gagal menakutkan orang awam. Dalam keadaan begini timbul keraguan di kalangan orang awam dan mengesahkan pula mereka mendapat sokongan ramai. Saya mencadangkan kepada Dato'-Dato' dan tuan-tuan supaya berhati-hati agar kedudukan kerajaan sekarang tidak terjejas, kerana sekiranya ini berlaku, buruk padahnya kepada kita semua.

FRU PERLU PERLATAN BARU

8. Perkembangan sedemikian memaksa kita merenung kembali kemampuan untuk melatih anggota biasa melaksanakan tugas anti rusuhan , LSF dengan bilangan yang kecil bagi seunit tidak lagi efektif malah saiz PORU dan Unit FRU juga dikaji semula . Dalam hal ini KDN/KA adalah dalam peringkat mengemukakan cadangan , sementara kerajaan dimaklumkan tentang rancangan kita untuk menambah kekuatan personel, anggota bagi tugas anti rusuhan. Kerajaan pula sedah menyampaikan arahan bahawa unit FRU kita hendaklah dilengkapi dengan perlalatan baru yang lebih canggih bagi berhadapan dengan tunjuk perasaan yang lebih ganas.
 
BIMBANG PENGARUH PEMBANGKANG

9. Kesediaan kerajaan secara segera melayani cadangan kita agar memperkuatkan Unit Rusuhan sebagai satu bukti jelas tentang kebimbangan kerajaan menghadapi pembangkang. Faktor berikut menjadi alasan utama.

a. Kejayaan BA membawa jumlah penyokong yang besar.
b. Keberanian mereka berani menghadapi risiko
c. Sedia menggunakan apa cara sekali pun untuk merayu undi.

Oleh kerana ancaman penunjuk perasaan dan perhimpunan haram dijangka berterusan, langkah-langkah pendakwaan perlu diteliti semula. Umumnya dari pengalaman-pengalaman yang lepas, pihak pendakwa raya tidak berminat untuk mendakwa kes-kes yang berkaitan dengan perhimpunan awam lebih-lebih lagi jika berlaku semasa pilihanraya. Kelihatan bagi kita bahawa kesalahan tersebut dianggap sesuatu yang tidak serius, kertas siasatan tinggal kertas siasatan saja, tanpa ada keputusan. Pada hemat saya dalam situasi yang kita hadapi , pendirian ini sudah tidak sesuai lagi, pihak ibu pejabat akan mengamukakan perkara ini ke pihak atasan supaya satu pendirian baru diambil ke atas penganjur perhimpunan awam , jika kerajaan mahu tindakan yang lebih efektif bagi tujuan ini saya sarankan supaya semua KP mengadakan perbincangan dengan DPP negeri masing-masing supaya menentukan langkah-langkah yang perlu bagi menyediakan satu kertas siasatan yang kemas.

HAKIM

10. Dalam perkara mengumpulkan keterangan , saya kira kita masih lemah dalam pengumpulan keterangan dukomen khususnya audio video dan gambar. Team yang terlatih perlu diwujudkan di bawah unit FRU, PORU , Cawangan Khas dan CID. Mood kehakiman InsyaAllah akan memihak kepada kseperti yang dirancangkan melalui perbicaraan kes yang berlaku di Jalan Kebun Kelang tidak berapa lama lagi.

LUNAS JADI PENGAJARAN

911. Beralih kepada perkara keselamat yang spesifik, kita perlu melihat ketiga-tiga by election yang
diadakan selepas pilihanraya umum iaitu di Port Dickson, Sanggang dan Lunas. Ketiga-tiga siri pilihanraya ini telah menunjukkan dengan jelas kesediaan pembangkang mengenepikan peraturan pilihanraya ,]menggunakan tindakan yang aggresif mempengaruhi pengundi dan kesedian melakukan jenayah dalam mencapai maksud politik . Di Lunas berlaku jenayah halangan salah, merusuh, mencabar polis dan petugas SPR , merosakkan harta benda yang dilakukan di hadapan mata atau dalam pengetahuan pegawai polis. Penguatkuasa undang-unang pilihanraya dan jenayah lemah pada hari tersebut disebabkan parti pembangkang medominankan Lunas dngan beribu-ribu penyokong .

PM KECEWA DENGAN KITA

Di Lunas buat pertama kali kita dianggap gagal dan mengecewakan PM. Ini dinyatakan sendiri oleh PM pada 14/12/2000 apabila saya berjumpa beliau dipejabatnya untuk memohon maaf atas kegalan kita dan berjanji akan memastikan calon-calon BN tidak tewas di masa hadapan. Beberapa pegawai dan aggota yang pro pembangkang telah pun diambil tindakan dan ditukar serta-merta dari Lunas.

SIAPKAN DATA-DATA AHLI PEMBANGKANG

12. Sementara itu kemenangan BA di Lunas merupakan suntikan baru kepada mereka dan sudah pasti akan menggunakan taktik yang sama apabila ada pilihanraya kecil lagi. Oleh itu adalah wajar semua KP membuat persediaan dari segi mental anggota bawahan sementara Cawangan Khas memperkemaskan data-data berkaitan ahli politik pembangkang. Saya berdoa supaya kegagalan kita di Lunas tidak berulang dan kita tidak dicemoh oleh masayarakat umum dan kerajaan kerana tidak berjaya mengahalang kebangkitan pembangkang. Sangat wajar bagi semua KP dan Komander mengambil iktibar daripada Sanggang dan Lunas suapaya pisang tidak berbuah dua kali.

KEKASARAN POLIS PERLU PEMBELAAN

13. Seterusnya perkara yang saya ingin sentuh ialah isu hak asasi manusia yang beberapa tahun kebelakangan ini diperjuangkan oleh beberapa badan NGO. Secara umum kegiatan mereka ialah menimbulkan kesedaran menyeluruh di kalangan masyarakat yang bersifat positif seperti dalam isu alam sekitar dan kebebasan bersuara. Perjuangan kumpulan ini tidak menadapat perhatian kita sehinggalah apabila hak asasi telah diakui kerajaan dengan penubuhan Suhakam di bawah akta parlimen. Suruhanjaya ini diberi kuasa untuk mengadakan penyiasatan atas sebarang pengaduan prang awam atau individu , juga boleh atas inisiatif suruhanjaya sendiri apabila ada sesuatu isu yang mewajarkan penyiasatan. Dalam begitu banyak pengaduan yang diterima , Suhakam telah memutuskan untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan kekasaran polis semasa melaksanakan tugas menyuraika perhimpunan 5 November di Kelang dan Kesas Highway. Peluang ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh mereka yang menjadi mangsa polis, yang rata-rata terdiri dari penyokong pembangkang untuk menuduh pihak polis menggunakan kekerasan. Percakapan mereka telah telah disiarkan di akhbar seolah-olah tuduhan mereka ialah satu fakta yang sahih. Akibatnya ia telah dapat mempengaruhi masyarakat umum untuk mempercayai bahawa polis sengaja berlaku kasar. Penyiasatan ni juga menimbulkan kebimbangan kepada anggota yang bertugas di masa-masa hadapan.

PUBLISITI NEGATIF

14. Dalam menghadapi penyiasatan ini dan publisiti negatif yang kita terima, saya telah mengambil pendirian bahawa kita harus berdepan dan menuntut hak kita untuk membela diri dan hak kita untuk didengari. Dengan cara ini saja kita berpeluang menjelaskan hak-hak kita dalam menegakkan Law and Order. Konsep Minimum Force dan Reasonableness mestilah menjadi landasan kita menjelaska prilaku polis pada hari tersebut. Pegawai kita mesti membuat persedian sewajarnya, termasuk dengan mengemukakan bukti-bukti gambar dan video. Keputusan atau pandangan Suhakam akan diumumkan dengan perakuan tertentu kepada pihak tertentu. Walaupun ia tidak ‘binding’ ke atas pihak yang dialamatkan, ia sudah cukup untuk mempengaruhi pandangan ramai. Ia akan menjadi lebih buruk sekiranya Suhakam berjaya membuktikan kekasaran pegawai-pegawai kita, ini yang membimbangkan
saya.

 SUHAKAM JANGAN ANTI POLIS

15. Perlu dijelaskan, dalam pemerhatian saya, Suhakam cenderung untuk memajukan kepada kerajaan, cadangan perubahan kepada peruntukan sekarang yang membataskan perhimpuanan awam. Walaupun begitu adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa Suhakam bersifat anti polis dan hasil siasatan 5 November akan meletakkan kesalahan kepada polis kerana saksi polis akan dipanggil tahun depan. Kita juga yakin bahawa ahli-ahli Suhakam yang bayak pengalaman perundangan dan keselamatan mampu mampu melihat realiti ancaman perhimpunan yang tidak terkawal itu.

16. Mengakhiri ucapan, marilah kita berdoa di bulan yang mulia ini bagi kesejahteraan anggota, pasukan dan negara kita.

17. hal-hal yang bersangkut bagi jabatan akan diulas ringkas oleh pengarah masing-masing pada petang ini jiak kecukupan masa.

Fail: Md:ucapan/18/12/2000

TSNM/zai

#Terima kasih Korporal