USAH PEDULIKAN 'PROVOKASI' TIDAK SIUMAN ITU

Jumaat – Rakyat berkata, tindakan Perdana Menteri dan menteri kabinetnya menggunakan taktik ‘perkauman’ atas alasan 'tuntutan Suqiu' adalah untuk memberi gambaran kununnya hanya kerajaan BN yang boleh berlaku adil dan dapat menyelesaikan pertikaian kaum yang ditimbulkannya sendiri.

 “Kita tahu tujuan mereka. Tak lama lagi mereka menonjolkan diri sebagai 'hero' kepada masalah perkauman. Sebagai hasil, kununnya orang-orang melayu 'bersatu' kembali di bawah payung UMNO yang telahpun nazak itu.

“Mereka cuba kaitkan isu 'Suqiu' ini dengan 'kepentingan orang-orang melayu'  , sedangkan Rakyat telahpun memahami Rayuan Suqiu yang dianggap sebagai tuntutan itu. Rakyat yakin tidak akan terkeliru dengan mainan politik Mahathir yang sudah kehabisan modal itu.

Kita RAKYAT MALAYSIA bukan Rakyat satu Kaum
15/12/00