Percanggahan antara Dr. Mahathir ~V Norian

     Oleh Pena Suasa

     Percanggahan antara Dr. Mahathir –
     Norian

     DALAM satu wawancara dengan wartawan, Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Norian
     Mai nyata lebih telus berbicara berbanding dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.
     Mahathir Mohamad yang nyata "bercelaru" ketika memberi kenyataan.

     Norian menjawab satu pertanyaan; "Sebenarnya dalam bentuk memperjuangkan matlamat
     yang sama, saya tidak ada bukti pada peringkat ini yang menyatakan mereka ini
     mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan lain dalam negara kita.

     Mereka sedar selama ini bahawa ramai yang bercakap mengenai mati syahid, perjuangan
     menentang kerajaan dan sebagainya, jihad, mereka menganggap kumpulan ini akan
     membantu kalau peristiwa huru hara ini dimulakan Al-Ma’unah tetapi apa yang berlaku
     sebagaimana kita sedia maklum itu tidak berlaku di negara kita.

     Beliau menjawab pertanyaan; "Jadi maknanya perancangan ini agak profesional adakah
     bermakna kumpulan Al-Ma’unah ini mempunyai sokongan di luar bukan setakat di Sauk
     tetapi di seluruh negara, apakah ini akan mengancam keselamatan negara ketika itu?"

     Dengan jawapan Norian ini tersasarlah kenyataan Dr. Mahathir yang selama-lamanya
     bercakap kononnya Al-Ma’unah ini ada hubungkait dengan PAS. Dari manakah beliau
     mendapat maklumat itu?

     Apakah Dr. Mahathir menyiasat sendiri, seperti yang pernah beliau lakukan ketika
     memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dahulu?

     Satu percanggahan lagi antara ‘niat’ akhbar kebangsaan yang mengaitkan letupan bom di
     Klang, Kilang arak di Petaling Jaya dan sebuah kuil di Selayang juga membuktikan mereka
     (media massa) mempunyai agenda tersendiri.

     Norian berkata; "Kemungkinannya tidak ada, ini saya tidak pasti tetapi kita masih lagi
     menunggu laporan, masih lagi menyoal saksi yang nampak dan kerana itu tidak dapat
     membuat kesimpulan sama ada berkaitan dengan Al-Ma’unah atau tidak."

     Pihak polis sepatutnya menyiasat pihak media yang sudah awal-awal lagi mempunyai
     kesimpulan terhadap letupan di beberapa tempat, mengambarkan mereka mendahului
     siasatan polis dan mengatasi kemampuan polis menjalankan siasatan.

     Kita tunggu, apakah Norian akan disambung kontraknya sebagai IGP atau ditamatkan oleh
     Dr. Mahathir kerana bercakap tidak ‘sealiran’ dengan Perdana Menteri.

     Dr. Mahathir seboleh-bolehnya mahu mengaitkan Al-Ma’unah dengan PAS dan mudah
     baginya mencari jalan membuang perkataan Islam pada PAS seperti yang dicadangkan
     oleh Rais Yatim, Menteri pengampu nombor satu selepas ketiadaan Ibrahim Ali.

     Dr. Mahathir mahu rakyat terus bercakap soal Al-Ma’unah dan jangan menyentuh lagi soal
     rasuah Pewaja-Eric Chia dan kes Ali Abul Hasan Sulaiman seperti yang dikatakan oleh
     bekas Ketua Pengarah BPR, Dato’ Shafiee Yahaya.

     Dr. Mahathir juga mahu melindungi cerita krisis dia dengan Tun Daim Zainuddin dan kini
     beliau teruk diserang oleh ahli-ahli Umno yang semakin berkurangan kerana melantik
     Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

     Ini semua upah beliau kepada orang-orang yang membantunya menjatuhkan Anwar
     Ibrahim. Khabarnya, dalam masa terdekat, Aziz Shamsuddin (bapa konspirator) akan
     dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri atau Menteri Luar. Orang-orang Aziz sudah
     memainkan peranan yang cukup membawa cerita Dato’ Seri Syed Hamid Albar akan
     melepaskan jawatannya setelah kalah sebagai Naib Presiden Umno dan kemudiannya tidak
     dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

     Itulah sebabnya, Aziz dihantar mewakili Kerajaan Malaysia ketika perundingan
     membebaskan tawanan penculikan Abu Sayyaf di Jolo.

     Mengapa tugas ini tidak diberikan kepada Syed Hamid? Satu sumber memberitahu, Syed
     Hamid takut untuk ke sana dan Perdana Menteri memang sudah tidak mempercayainya lagi
     kebelakangan ini.

     Baca semula tulisan bertajuk Menteri-menteri Malaysia Sebenarnya Pernakut! (6hb.
     Julai 2000- di semua laman pro reformasi) mengenai perkara ini.

     Aziz sudah pasti diupah dengan lantikan sebagai menteri. Sebagai kepala konspirator, dia
     menuntut upah.

     Tengku Adnan juga sedemikian. Dia yang menyusun siapa yang patut jadi Pengerusi
     Perhubungan Umno Negeri-negeri dan siapa yang patut jadi timbalan. Perdana Menteri
     yang sudah bercelaru terima sahaja cadangan Tengku Adnan kerana "bimbang" tauke judi
     ini akan membocorkan rahsia bagaimana mereka berkonspirasi menjatuhkan Anwar.

     25-7-2000



BACK