"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
Wilayah Persekutuan Yang Ketiga

Kalau dahulunya ketika pemerintahan YTM Tengku negara kita pernah kehilangan sebuah negeri kepada kuasa pemerintahan bangsa Cina, iaitu Singapura. Kemudian keadaan yang hampir sama dengan Selangor kehilangan Kuala Lumpur manakala Sabah akan Labuan yang kononnya dijadikan Wilayah Persekutuan.

 Kini kedua-dua kawasan itu duduk di bawah kuasa tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat – di bawah pemerintahan regime UMNO(Baru) oleh Sang Gila Utama Yang Mahazalim MAHAFIRAUN.

Memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua daerah yang luas itu tidak mengheret kepada terkeluarnya dari negara Malaysia sepertimana Singapura tetapi yang mengdukacitakan ialah kekayaan dan hasil bumi negeri itu terlepas dari penguasaan kuasa kerajaan negeri – Menteri Besar.

 Dalam erti kata lain, semua kekayaan yang ada pada negeri tersebut yang sepatutnya diagih-agihkan dikalangan rakyat negeri itu sendiri telah terlepas dan hanyut begitu sahaja lalu tentunya majoritI bersetuju jika saya katakan kebanyakan kekayaan hasil negeri itu jatuh ke dalam poket orang yang mempunyai kuasa terhadap negeri itu - siapa yang berkuasa ke atas negeri itu?

Mari kita bincangkan perkara ini secara sepintas lalu, mungkin di kalangan penulis ekonomi boleh menghuraikannya secara lebih terperinci lagi.

Kita ambil contoh di sini dengan keadaan Negeri Selangor, Selangor adalah sebuah negeri yang berada di bawah pentadbiran Menteri Besar. Beliau akan membuat segala keputusan yang berkaitan dengan negeri yang di bawah tadbirnya dengan bantuan nasihat dan pandangan dari ahli EXCO negeri.

Namun begitu tidak setiap keputusan yang dibuat dari majlis mesyuarat akan diberitahukan kepada Kerajaan Pusat, malahan tidak akan ada campur tangan dari pihak Kerajaan Pusat. Kalau adapun hanyalah sekadar menasihati dengan memberi pandangan sahaja.

 Kuasa atas sesuatu keputusan itu tidak ada atas Kerajaan Pusat ini kerana mereka tidak ada kena mengena dalam hal pengurusan kerajaan negeri, semuanya terletak atas bahu Menteri Besar dan para EXCOnya sahaja.

Dalam pada itu rakyat berhak untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan segala perancangan pentadbir negeri tersebut secara ringkas sahaja. Tidaklah rakyat sampai dibentang secara keseluruhan pembangunan atau perancangan yang dipersetujui ata yang dibincangkan.

Oleh itu, kejayaan atas setiap perancangan dan pembangunan yang dilakukan akan diperolehi oleh kesemua rakyat negeri itu tanpa sebarang kehilangan bahagian dari perolehan hasil kemajuan negeri itu. Itu jika negeri itu di bawah tadbir Menteri Besar sebagai memerintah, bagaimana pula jika negeri itu di bawah tadbir bukan Menteri Besar…..?

Dipendekkan cerita tentu ianya duduk di bawah ….Kerajaan Pusat. Siapa yang berkuasa atas sebarang keputusan dari Kerajaan Pusat tentunya si Yang Maha Zalim lagi Menzalimi itu.

Jadi, persoalannya ke mana perginya kekayaan sesebuah negeri itu jika kuasa tadbir negeri itu ada di bawah kuasa si mamak gila ini. Jawabnya - para kroninya dan kuncu-kuncunya serta suku-sakatnya. Mungkin rakyat merasakan ini semua hanyalah khabar angin dan fitnah dari internet….

Tetapi di sini saya mencabar jika ada mana-mana pihak yang ingin mengetahui perkara sebenar yang tentang isu MSC yang akan dijadikan Wilayah Persekutuan Yang Ketiga, tanyalah sendiri pada Abu Hassan Omar, jika anda bernasib baik beliau akan bocorkan segala apa yang dalam perancangan si mamak nyanyuk itu.

Sudah berapa banyak projek-projek dan pembangunan negeri Selangor yang telah jatuh di bawah kuasa si mamak gila itu. Begitu juga dengan bangunan bangunan yang didirikan disekitar kawasan MSC, nama siapakah yang paling banyak mempunyai harta persendiriannya di situ?

Tahukah anda berapa banyak yang telah digunakan kekayaan dari hasil bumi kita ini semata-mata bagi memuaskan hati nafsu si mamak gila itu. Berbillion ringgit habis begitu sahaja yang kebanyakannya dari kazanah wang PETRONAS, semuanya hanya kerana nafsu sarakah si mamak gila itu.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia betapa kita akan melalui hidup yang amat memeritkan suatu hari nanti bila si mamak ini dah mampus. Sanggupkah dan bersediakah anda untuk menghadapi kedatangan hari itu. Fikirkanlah sendiri….

Jaguar
20 September 2000