"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
MIC Dakwa DAP Pengkhianat bukan DAP Dakwa KeAdilan Jahat

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Krisis pakatan pembangkang bukanlah seruncing yang di dakwa oleh BN/MIC  sebagaimana yang dilaporkan.  Dan tuduhan mengatakan bahawa DAP mendakwa Parti Keadilan Nasional  berniat jahat mahu menyingkirkan  calon-calon parti itu pada pilihan raya-pilihan raya akan datang, dengan menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri Lunas sebagai tapak awal adalah bohong dan merupakan taktik kotor BN/MIC dalam kempennya.

Rakyat tidak perlu emosional di dalam menanggapi dakyah BN/MIC ini kerana mereka telahpun memikirkan dengan lebih teliti dan melihat kepada keutamaan sesuatu keputusan dicapai oleh pimpinan BA. Apakah rasionalnya DAP menuduh Keadilan berniat jahat sedang MIC sendiri yang menuduh DAP tidak ikhlas perjuang kaum India Lunas, tidak jahat??? Tuduhan jahat memang sering dilemparkan oleh parti yang jahat kepada lawannya sedang ke'jahatan'nya sendiri tidak pernah dipersoalkan. Samada MIC, UMNO dan sekutunya sama sahaja, mereka berpolitik jahat sehinggakan kejahatan merekapun sudah diangkat martabatnya menjadi kebaikan. Kalaulah mereka tidak jahat sudah pasti mereka memberi peluang sama kepada BA untuk menggunakan segala kemudahan awam sebagai bahan kempen. Kalau mereka tidak jahat, tidak perlulah calon dan orang-orang serta pengampunya dikawal oleh FRU dan POLIS dalam pemilihan calon tempohari. Bukan mengawal rakyat kerana rakyat yang membayar cukai sebagai gaji mereka, bahkan mengawal segelintir pimpinan yang angkuh yang juga dibayar gaji mereka oleh rakyat!