"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
          Khir Toyo Mesti Mohon Maaf Atau Letak Jawatan MB Selangor -- Kit Siang

          Latihan untuk perarakan hari kemerdekaan ke-43 di Shah Alam yang akan disertai oleh 53 kontigen, 55
          kumpulan pancaragam, 15 kumpulan berkenderaan dan 17 kereta berhias kini diawasi oleh 4
          jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri (berkawat, berarak, bersatu dan anjuran).

          Perarakan Hari Kemerdekaan diadakan di Dataran Merdeka, Shah Alam buat pertama kali dan
          sepatutnya seiring dengan Tahun Melawat Selangor 2000.

          Walau bagaimanapun, Jawatankausa Perayaan Bulan Merdeka dan pengerusinya, Menteri Kebudayaan,
          Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir harus mempertimbang untuk menukarkan
          perarakan itu dari Shah Alam ke Kuala Lumpur supaya tidak menjejaskan tema bulan kemerdekaan
          yang memupuk "perasaan bersatu hati di kalangan 22 juta rakyat Malaysia".

          Mohamad Khir Toyo yang baru terpilih sebagai ADUN selama 8 bulan mungkin dipilih oleh veteran
          UMNO dalam Selangor untuk memegang jawatan kerajaan tertinggi di Selangor, tetapi ini tidak
          bermaksud bahawa Mohamad ialah orang yang paling sesuai dan berkelayakan untuk menjadi pemimpin
          rakyat Selangor.

          Sebenarnya, dalam pernyataan pertamanya selepas pelantikan itu pada Sabtu lalu, Mohamad Khir telah
          melakukan kesilapan besar dengan mengatakan bahawa UMNO sedia berkorban untuk "mempertahan
          hak istimewa Melayu".

          Nampaknya Mohamad Khir cekap bagi kepemimpinan Pemuda UMNO tetapi bukan untuk rakyat di
          Malaysia.

          Mohamad Khir harus memjelaskan sebab mengapa beliau mengemukakan pernyataan yang bermandi
          darah sebaik sahaja menjadi Menteri Besar Selangor?

          Masa telah berlalu, tetapi Mohamad Khir tidak berasa kesal atas pernyataannya dan tidak minta maaf.

          Dalam keadaan ini, perarakan hari kemerdekaan tidak sesuai diadakan Shah Alam kerana beliau
          sanggup mengemukakan pernyataan itu di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, pernyataannya
          harus dianggap sebagai suatu taboo, dan tidak dibenarkan untuk menjejaskan perarakan hari
          kemerdekaan.

          Pernyataan beliau menandakan "pengasingan" dan bukan "bersatu hati". Jika perarakan itu masih
          diadakan di Shah Alam dan Mohamad Khir masih enggan meminta maaf atas pernyataan, rakyat
          Malaysia harus boikot perarakan.

          Saya menyeru Mohamad Khir supaya menarik balik dan meminta maaf atas pernyataannya demi
          menunjukkan bahawa beliau adalah rendah hati untuk mengakui kesalahan dan memberi contoh kepada
          semua pemimpin politik iaitu pernyataan dan ancaman yang bermandi darah adalah suatu taboo.

          Jika Mohamad Khir tidak sedia menarik balik dan meminta maaf atas pernyataannya, perlantikannya
          sebagai Menteri Besar Selangor harus dibatalkan.