Pelantikan
Dr Mohamad Khir, 35, seorang doktor pergigian lulusan Universiti
Malaya,
diumumkan oleh Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob dalam
persidangan
media di pejabatnya kira-kira 6.30 petang.
Khalil
membacakan kenyataan akhbar tiga perenggan Perdana Menteri
Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai pelantikan itu.
Pelantikan
Dr Mohamad Khir dibuat lapan hari selepas Abu Hassan meletak
jawatan
atas sebab-sebab peribadi selepas memegang jawatan itu selama
tiga
tahun.
Dr
Mohamad Khir mencipta sejarah sebagai Menteri Besar paling muda bagi
Selangor,
negeri yang termaju di Malaysia, di samping memeranjatkan
kerana
nama beliau sebelum ini tidak disenaraikan di kalangan 11 nama
anggota
Dewan Undangan Negeri yang dikemukakan oleh Umno Selangor
kepada
Dr Mahahir sebagai pengganti Abu Hassan.
Beliau
juga bukan seorang anggota Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (Exco).
Calon
terkemuka yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar yang baru ialah
Timbalan
Menteri Besar Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Dalam
kenyataan itu, Dr Mahathir berkata: "Saya telah memaklumkan
perkara
ini kepada Pemangku Raja Selangor dan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan
Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selaku Sultan
Selangor.
Duli-Duli Tuanku telah perkenan pelantikan berkenaan." Dr
Mahathir
menghadap Yang di-Pertuan Agong selama sejam untuk
memaklumkan
nama Menteri Besar yang baru itu kepada Seri Paduka di
Istana
Selangor di Jalan Sultan Salahuddin di sini.
Perdana
Menteri juga mengumumkan bahawa Dr Mohamad Khir akan
dilantik
sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor
dan
Tan Sri Muhammad Muhamad Taib selaku pengerusinya.
Dr
Mohamad Khir, seorang anggota Dewan Undangan Negeri penggal
pertama,
memenangi kerusi Sungai Panjang pada pilihan raya umum
November
lepasdengan mengalahkan calon PAS, Mohd Fadzin Taslimin
dengan
majoriti 165 undi.
Beliau
dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Mei
lepas
dan selepas itu dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama
pergerakan
itu.
Apabila
dihubungi Bernama di rumahnya di Sekinchan sejurus selepas
pelantikan
itu diumumkan, Dr Mohamad Khir berkata beliau "amat terkejut"
dengan
pelantikan itu dan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk
membawa
Selangor ke mercu yang lebih cemerlang.
"Saya
amat terkejut, first time (kali pertama sebagai wakil rakyat)...tak
sangka
dan saya akan memastikan harapan Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad
supaya negeri Selangor maju pada masa akan datang dicapai,"
katanya.
"Keluarga
saya juga amat terkejut dengan pelantikan itu," kata Dr Mohamad
Khir
yang mengendalikan klinik pergigiannya sejak 1991.
Menteri
Besar yang baru itu berkata beliau akan meneruskan semua
program
kerajaan negeri yang sedia ada serta merancang yang baru bagi
memastikan
wawasan negeri menjadi negeri termaju menjelang tahun 2005
dicapai.
"Saya
akan berusaha untuk membawa pembangunan seimbang iaitu
daripadasegi
fizikal dan insan," katanya.
Beliau
berkhidmat sebagai pegawai pergigian kerajaan selama dua tahun
dengan
Hospital Kajang selepas lulus dari universiti pada 1989. Semasa di
Hospital
Kajang, beliau juga dipertanggungjawab untuk menyediakan
rawatan
pergigian kepada banduan di Penjara Kajang.
Beberapa
akhbar melaporkan bahawa Dr Mahathir mahu seorang pemimpin
muda
yang "bebas daripada skandal" untuk jawatan itu, memandangkan dua
menteri
besar Selangor sebelum ini terpaksa meletak jawatan dalam tempoh
tiga
tahun lepas.
Peletakan
jawatan Abu Hassan dibuat di tengah-tengah tersebarnya
dakwaan
menerusi surat layang bahawa beliau mengadakan hubungan sulit
dengan
adik iparnya. Abu Hassan menafikan dakwaan itu.
Menteri
Besar sebelum itu, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, meletak
jawatan
selepas beliau didakwa gagal mengisytiharkan mata wang asing
berjumlah
RM2.7 juta ketika hendak berlepas dari lapangan terbang Brisbane
selepas
bercuti di Australia pada Disember 1996.
Muhammad,
seorang naib presiden Umno, didakwa di sebuah mahkamah
Australia
tetapi dibebaskan daripada tuduhan pada 1998. -- BERNAMA