"Laman Reformasi Anti Kezaliman"

     Kezaliman Majlis Bandaraya Shah Alam
 

     Majlis Bandaraya Shah Alam dengan rakusnya merobohkan leboh 20 gerai makan dan pasar tani yang
     didirikan sepanjang jalan Sg Buloh, berikutan kerja-kerja pelebaran jalan dan pembangunan Lanskap
     baru. Amboi baru saja jadi Bandaraya layaklah mereka meleyek orang-orang Melayu nak berniaga
     kecil-kecil kalau mereka itu sanggup bagi "sikit" mungkin tak begitu teruk jadinya.

     Peristiwa itu terjadi dalam pukul 11 semalam dan disaksikan beribu orang yang lalu lalang, bagi saya
     yang kebetulan lalu disitu amat sedih melihat "PROGRAM MEROBOHKAN BANGUNAN" itu dilakukan dengan
     "RAKUS" sekali. Tidak ada perbincangan lagi kah?.

     Setahu saya mereka ada membawa kes ini kepengetahuan YB Abdul Samad Sulaiman ADUN Paya Jaras,
     Dan pukul 6.00 petang itu En.Borhan selaku Setiausaha YB berusaha menerangkan cerita sebenar kepada
     peniaga TETAPI tiada yang hadir kerana bagi mereka, "NASI SUDAH JADI BUBUR" mereka hanya tahu
     mengemaskan, mencari tempat lain untuk berniaga dan menyambung hidup mereka. Diantara mereka
     ada meminjam dari Badan Kewangan, dari "ceti" pun ada sekadar nak berniaga. Prihatinlah sikit dengan
     mempertimbangkan faktor ini.

     1) Benar notis diberi lama, tetapi mereka tiada tempat baru jika mereka cadangkan diletak ditempat baru
     kenapa ditolak?

     2) Kalau ya pun kenapa dirobohkan tidak ditanggalkan supaya ia boleh digunakan semula besi-besi dan
     struktur bangunan berkenaan. Struktur kedai itu dahulunya didirikan oleh MPPJ yang kini di tukar "TUAN"
     ke "MBSA". Proses beroboh itu menampakkan "KEZALIMAN" kerajaan sekarang dan meletakkan
     pentadbiran dibawah pentadbir "DUNGU".

     3) Kalau ya pun.. kenapa boleh siapkah jalan itu esok, penguna jalan sanggup bertahun-tahun merana
     kerana jalan yang sesak masih boleh menunggu kenapa tidak beri sedikit masa.

     4) Lakukanlah seperi perlakuan manusia bukan binatang, mereka juga manusia, saya sempat bercakap
     dengan seorang peniaga " protes pun tak guna dik!..bukan diaorang nak dengar."

     5) YB Paya Jaras LEMAH dan LEMBIK, nyahkannya dari sini.

     6) Setiap yang lalu adalah pengundi dan mereka tidak mahu dengan apa cerita disebalik perobohan itu
     tetapi selaku orang UMNO , mereka memperlihatkan "kezaliman" yang terang kepada orang ramai, ini
     amat menyengat!, dari segi politik UMNO tak dapat apa-apa dan menunjukkan kebodohananya. Habislah
     orang akan kata.!

     BERTINDAK dengan BERFIKIR jangan nak selesaikan kerja sahaja, ALLAH bagi otak. Memang kerja kita
     beres tetapi kesannya?. Bagi saya seorang peniaga bidang lain, mengatakan ini tidak tepat dan wujudnya
     gerai-gerai adalah pemangkin peniagaan yang lain bukan bebanan cuma ini perlu didorong dengan usaha
     meningkatkan taraf peniaga kecil ini untuk terus maju.

     Melayu baru nak belajar nak berniaga dah kena ranap. Bagaimana dengan penghijrahan peniaga luar
     beberapa puluh tahun yang lepas, mereka hanya datang dan PACAK!, sekarang mereka dah jadi jutawan
     tiada siapa KACAU, Fikirkan, sekarang ini bila orang mula sedar kepentingan berniaga bantulah mereka
     agar mereka berjaya,jangan lemahkan semangat Melayu berniaga dengan tindakan anda yang BODOH
     itu. Jika tiada mereka mungkinkah anda sanggup pergi ke KFC, Mc Donalds pagi petang?.

     Fikirkan, saya tak marah tapi GERAM. Kenapa Allah jadikan Manusia sekejam binatang dimuka bumi
     Malaysia. ?

     Sekian,
     Orang UMNO yang tak pernah bayar yuran tapi keahlian masih HIDUP