LAMAN NTZALIM
"Laman pro-Reformasi Anti Kezaliman"
    MAHATHIR MENANGGUNG
  BAHANA KESILAPAN SENDIRI

     (Mahathir paid heavy price for 'error judgement', says Lee) - Kevin Tan

     9.15 Khamis:   Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad kini menanggung
     beban kesilapan pertimbangannya yang melibatkan mantan timbalan perdana menteri
     Anwar Ibrahim, demikian kata Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew.

     Mr. Lee menganggap episod itu sebagai satu bencana yang berat dan merasa kasihan
     dengan Mahathir lebih lagi dengan Anwar Ibrahim. "Saya ulangi apa yang pernah saya
     katakan sebelum episod in berlaku dan sebelum tercetusnya suka dan duka yang
     muncul daripada pendedahan semua itu, betapa Dr. Mahathir terpaksa menanggung
     bahana yang berat dan saya amat kasihan kepadanya. "Dia telah tersilap langkah dan
     berbuat terlalu banyak kesilapan, yang saya fikir amat merugikan."

     Lee menyebut semua itu dalam satu sidang akhbar  yang sandat di Mandarin Oriental
     Hotel di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Beliau telah mengulangi satu peristiwa ketaika
     berlangsungnya '1999 World Economic Forum' di Davos Switzerland, sebaik sahaja
     Anwar ditangkap.  Mr. Lee telah mengambil kesempatan untuk mengemukakan
     beberapa soalan penting kepada Mahathir. "Kenapakah anda tangkap dia (Anwar) dan
     kenakan tindakan ISA ? Bagaimanakah dia boleh ditafsirkan sebagai mengancam
     keselamatan negara sedangkan tiga hingga empat minggu sebelum itu dia menjadi
     timbalan anda selama lima tahun?'" demikian Lee menyoal Mahathir.

     Lee berkata betapa dia merasa "flabbergasted" (tercengang kebingunan/terkejut
     beruk)  apabila Mahathir mendedahkan rahsia yang dia sendiri tidak mengetahui
     bahawa Anwar 'akan' ditahan di bawah akta ISA. Mengikut Mahathir kononnya,
     adalah menjadi pilihan (prerogative) ketua polis negara (Rahim Nor ketika itu) untuk
     menahan Anwar di bawah Akta ISA itu. "Selepas itu saya fikir itulah permulaaan
     kepada beberapa kesilapan besar yang menyauk maruah Mahathir." Demikian Lee
     menjelaskan. Mengikut Lee, mantan timbalan perdana menteri itu sepatutnya dibawa
     ke mahkamah sebaik sahaja dia ditahan dan dikenakan tuduhan di bawah Penal Code
     kerana jenayah yang disebutkan itu.

     "Ketua Polis Negara telah menangkapnya di bawah ISA, dan bencana seterusnya ialah
     melebamkan matanya," Lee mengeluh lagi. Lee pernah menyoal Mahathir kenapa tidak
     ditubuhkan satu suruhanjaya penyiasat serta merta untuk menyiasat punca mata lebam
     itu. Dia (Lee)  berpendapat, walaupun siasatan itu tidak akan membebaskan  perdana
     menteri daripada menanggung tuduhan  dalam hal itu, hasil siasatan mampu menolak
     sebarang keraguan bahawa beliau (Mahathir) adalah terlibat dalam membaham mata
     Anwar. Sebaliknya Mahathir menyoal beliau pula, apa faedahnya kalau dia terlepas
     daripada beban tohmahan serupa itu? Lee merasa kasihan dengan Anwar kerana
     mantan perdana menteri itu memang mempunyai masa depan yang besar. Dia merasa
     kesal dengan episod yang berlaku  yang merosakkan imej Mahathir dan juga Anwar.
     "Memang malang sekali," jelas beliau.

     Kawan ataupun Lawan

     Sebelum itu Lee telah disoal samada Singapura sebuah negara kawan ataupun lawan,
     dalam hal yang menyangkuti keputusan mahkamah terhadap Anwar. Pada hari Isnin,
     Mahathir telah dilaporkan berkata bahawa Malaysia kini sedar  siapakah kawan dan
     siapakah lawan. Kenyataan Mahathir itu memang merujuk kepada pelbagai kritik yang
     menghentam sistem perundangan negara  dalam menangani kes Anwar. "Singapura
     bukanlah sebuah negara musuh Malaysia," jawab menteri kanan  itu. Kemudian dia
     menambah, " Kami adalah sahabat anda." Lee menerangkan  betapa Singapura
     mempunyai jalinan yang akrab dengan pemimpin Malaysia termasuk Anwar  ketika
     beliau masih menjadi timbalan perdana menteri.

     "Kami mengenali satu sama lain dengan akrab sekali. Dan sebagaimana yang saya
     katakan apa yang berlaku adalah satu bencan berat." Menteri Kanan itu telah ditanya
     apakah hukuman yang dikenakan terhadap Anwar itu sesuatu yang terlalu berat.
     "Apakah relevannya? Mestikah saya mengulasnya?" soal Lee pula. Anwar telah
     dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun yang terpaksa ditanggunginya di akhir
     hukuman enam tahun yang sedia ada kerana cuba mempengaruhi siasatan pihak polis.
     Kini  keputusan mahkamah dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya sedang menerima
     kritikan hangat daripada masyarakat antarabangsa. Wartawan yang mengemukakan
     soalan kepada Lee telah menyatakan betapa Amerika Syarikat, New Zealand dan
     European Union telah menyatakan pendapat mereka terhadap kes itu. "Semoga Tuhan
     memberkati mereka," demikian jawab Lee.

     Diterjemahkan oleh MT