"Laman Reformasi Anti Kezaliman"



MAJLISTILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN KE-43
19 - 23 J.AKHIR 1421H / 18 - 22 SEPTEMBER 2000M
DI DEWAN SA’ADAH WISMA MUIS
KOTA KINABALU SABAH

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN

OLEH :
YAB DATUK SERI PANGLIMA
PM MALAYSIA.

Assalamu ‘alaikum warahmatullahiwabarakatuh!

Salam Sejahtera!

Salam JIHAD ALAF BARU!

Antara intisari ucapan PM dalam Majlis Perasmian MajlisTilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 (+-) jam 09:00 malam 18 September 2000,yang disiarkan secara langsung melalui RTM, adalah seperti berikut:

1.Mengupas thema MTQ P. Kebangsaan Kali Ke-43iaitu “BERSYUKUR TANDA KETEGUHAN IMAN”.

2.Berkaitan pentafsiran Al-Quran.

KOMEN KITA

PM telah mengupas thema MTQPK (berlagak) seperti seorangulamak muktabar (?). Beliau menyentuh tentang pentingnya menjaga akidah serta meningkatkaniman setiap kali apabila mendengar bacaan Al-Quran dikumandangkan. Menyentuh tentangkehebatan teknologi IT yang boleh menarik perhatian dan pendengaran penonton terhadapbacaan Al-Quran yang sedang dibaca oleh peserta, dengan mendengar melalui pembesar suarasambil melihat ayat serta terjemahan yang sedang dibaca melalui layar/kaca TV. Ini bolehmenambahkan kefahaman terhadap Al-Quran.

Menyentuh tentang pentafsiran Al-Quran,beliau menyarankan bahawa para ‘mufassir’ itu mestilah seorang ulamak yang pakar dalamilmu Al-Quran (Ulumul-Quranlah maksudnya tu) dan mestilah tidak mempunyai apa-apakepentingan dari sudut lain. Beliau menghurai bahawa ada terdapat ulamak yang cubamentafsirkan Al-Quran ikut sesuka hati mereka dan kepentingan kumpulan mereka (maksudnyaparti PASlah brangkali yang tersirat dihati beliau). Menurut beliau Al-Quran itu tidakboleh ditafsirkan berdasarkan fahaman parti politik untuk memehak kepada mereka, ini bolehmembawa kepada kesesatan.

Komen kita: Apakah PM ingatAl-Quran itu hanya menekankan perkara-perkara berkaitan “ibadah” dan “akidah”sahaja? Seolah-olah Al-Quran tidak ada kena mengena dengan undang-undang pentadbiransebuah negara Islam. Kalau nak berpolitik Al-Quran tak boleh dibawa-bawa? Tak boleh digunapakai? Siapa libatkan Al-Quran dengan politik kepartaian dianggap sesat? Kalau begituIslam itu tidak “SYUMUL”dan Al-Quran itu dianggap hanya untuk panduan hidup di akhiratsemata-mata! Nak tunjuk pandai.

Dengan kata-kata beliau itu, beliau telah dengan sengaja MENGHINA Al-Quran, keranamenganggapnya tidak sesuai digunapakai untuk tujuan politik kepartaian dan undang-undangsebuah negara (Islam). Memang Maha(?) ini buta tentang Islam, tapi mahu menunjuk pandaibercakap tentang Islam. Sedangkan Rasulullah SAW yang menerima wahyu (Al-Quran) dan diatidak akan berkata dan berbuat sesuatu melainkan apa yang diwahyukan oleh Allah SWTkepadanya, telah memimpin sebuah negara Islam, dengan apa? Kalau bukan dengan panduanAl-Quran? Apakah Rasulullah SAW yang mentafsirkan dan menterjemahkan Al-Quran dalampolitik pemerintahannya itu, kerana kepentingan politiknya sendiri, kalau tidak politikIslam yang berdasarkan ajaran dan panduan Al-Quran. Kalau yang tersirat di dalam hatisiMaha(?) membabitkan PAS kerana menggunakan Al-Quran untuk kepentingan politik mereka,siMaha(?) ini bukan hanya mencemuh dengan perkataan “SESAT” terhadap PAS, bahkan telahjuga mencemuh Nabi kita Muhammad SAW sama kerana mentadbir negara Islam dengan panduanAl-Quran. Mungkinkah siMaha(?) dan yang sewaktu dengannya akan menyanggah, bahawa “Rasulullah SAW kita tak libatkan, tapi PAS pandai-pandai menggunakan Al-Quran untuk tujuanpolitik mereka, itu maksud sebenar yang kita nak cakap”..??? Oooh! Jadi selain dariRasulullah SAW tak bolehlah berpandukan Al-Quran untuk tujuan hidup dan kehidupan di duniadan di akhirat ?Atau Al-Quran untuk kehidupan Akhirat semata-mata? Dunia ikut siapa?Berpandukan apa?

Apa yang saya faham siMaha(?) jelas melebarkan fahaman ‘sekular’ dalam ucapanperasmiannya, bila beliau mahu memisahkan Islam dari politik, atau politik dengan ajaranAl-Quran, atau menyempitkan tafsiran Al-Quran supaya tidak dikaitkan dengan politik.

Isi ucapan beliau seterusnya yang menyentuh tentangkekuatan iman dengan kebuasan nafsu manusia. Beliau berkata : “…amatlah ganjil kalauAl-Quran dibacakan atau didengar boleh menaikkan nafsu syahwat seseorang yangmendengarnya, sepatutnya ia boleh menambahkan iman kita bila mendengarnya” Kemudianmenyebut tentang aurat, beliau berkata : “Kalau kita kuat iman, tak kisah tentang aurat,di negara kita Malaysia, penganut Islam hanya 60% sahaja dari 22 juta rakyat, yangselebihnya adalah yang bukan islam, yang tidakpun mengerti tentang aurat yang ajaran islamnyatakan” (lebih kurang begitulah siMaha(?) kata).

Komen kita: Kita faham merekayang dimaksudkan begitu pelik, boleh naik syahwat bila mendengar (suara wanitalah tu yangdimaksudkan) Al-Quran dibacakan itu ialah orang-orang PAS khasnya TG.Hj. Nik Abdul Aziz MBKelantan dan TG. Hj. Abd. Hadi Awang MB Terangganu. Ini adalah berikutan dengan tindakankedua-dua Kerajaan Islam PAS ini tidak membenarkan peserta “Qariah” menyertai MTQkerana menganggap suara wanita itu sebagai aurat (?) Tapi setahu saya kedua-dua MB initakpun kata apa-apa kecuali “…kalau nak tahu sebab kenapa Negeri Kelantan danTerangganu tidak menghantar peserta wanita ke-MTQ, tanyalah Arab Saudi, Mesir, Iran danlain-lain negara Islam (yang sebenar – bukan macam negara Islam Malaysia), kenapa merekatidak pernah menghantar wakil peserta qariah?”.

PM siMaha(?) ni, boleh faham pula maksud dari apa yang dikatakan oleh MB-MB kitayer!? Bahawa suara wanita itu aurat, laludikatakanlah pelik kalau wanita membaca Al-Quran orang mendengar boleh naik syahwat? Apayang peliknya ? Memangpun boleh menaikkan syahwat pada lazimnya, kepada manusia yang tipisimannya. Oleh kerana kita tak boleh pastikan semua manusia itu kuat imannya, ditambah lagidi Malaysia ini hanya 60% daripada 22 juta manusia di dalamnya yang beragama islam,selebihnya bukan islam. Sedangkan daripada 60% yang islam nipun entah berapa ramai yangkuat imannya, tidak bernafsu apabila mendengar kemerduan suara wanita? SiMaha(?) memangtak faham, dan memang tak mahu faham, kenapa ajaran Islam mengklasifikasikan suara wanitaitu sebagai aurat. Dia fikir syahwat mendengar suara wanita itu sama dengan syahwatmelihat aurat yang terbuka, atau yang bogel? Atau bagi dia hanya bogel sahaja dikiramenaikkan syahwat? Atau walaupun bogel kalau tak naik syahwat tak jadi apa-apa, takharam!. Agama kalau dah pakai main akal semua, inilah jadinya. Mana sampai terbayang yangsuara boleh jadi aurat, boleh menaikkan syahwat. Dalam hal “kebodohan” siMaha(?)mengenai aurat ini boleh menyebabkan dia Menghina Al-Quran yang membataskan suara wanita,sekaligus MENGHINA ALLAH SWT yang menurunkan Al-Quran itu sendiri. Sedar atau tak sedar,ulamak UMNo mana? Yang buat teks ucapan siMaha siapa? Yang mendengar buat apa? MIDMAN diamjer? General bersara hanggok jer le! Kira sama-samalah bersekongkol dengan siMaha(?) yanganti Hadis, anti Al-Quran, anti Nabi SAW(selalu mempelekehNya), anti Islam (selalumempertikaikan hukum-hakamnya) dan anti Allah SWT yang mengutus Nabi SAW, menurunkanal-Quran dan merestui Islam sebagai ad-din

Dalam ramai-ramai mereka yang hadir yang saya nampak (kenal) tak tutup jambulhanyalah “adinda siMaha”. Ya ler! Jambulnya tak ada manusia yang terliur (pasal jambulpalsu), jadi biarpun aurat kalau tak menyebabkan terliur kira halallah. Itulah fatwa siAstora Ja****, aurat untuk hamba sahaya, untuk orang kafir dan wanita tua digunapakaiuntuk manusia wanita merdeka, muslimat dan yang cun lecun semua boleh.

Itulah dia manusia siMaha(?) yang tidak senang kalau takhentam PAS di mana sahaja, tak kira apa sempena. Tembak tetap tembak. Konon nak tembakPAS, tahu-tahu segala ungkapan yang digunakan untuk menembak PAS boleh membawa kepadaMURTAD.

Sekianlah sedikit laporan dan komen dari Bawah Bayu. Anatak pergi ke dewan sa’adah, mula-mula ingat nak pergi, tapi ada komitmen lain (tapikensel pula). Tak pegipun lagi baik, daripada melihat hidup-hidup siMaha berucap, takpasal-pasal nanti ana pi teriak “REFORMASI, UNDUR MAHATHIR UNDUR” pula karang, keranadengar ucapannya yang cukup-cukup bebulu mendengarnya dari kaca TV dirumah ana.

Sekian terima(lah) kasih,

Azahari

1.16am