"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
PILIHARAYA LUNAS
LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ

PERTAMANYA KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG DAN TAHANAN POLITIK REFORMASI YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN NASUTION DI LUNAS.

Makin hari makin gelabah dan gundah-gulana BN@UMNO serta juak-juaknya dengan Calon Barisan Alterntif Sdr. Saifuddin Nasution … sehinggakan seluruh Presiden dan Parti dalam Barisan Alternatif dijadikan mangsa pemimpin dan media kroni UMNO@BN …… apa sehaja modal atau isu yang mampu untuk menunjukkan BA ini satu persatuan yang menuju kehancuran …. Tetapi malang seribu kali malang apa sehaja yang cuba ditipu dan dimomokkan kepada rakya bangsa  Malaysia kini menjadi ibarat air yang mengalir deras dari gunung tahan  …. Itulah senarionya kini … apa sehaja cuba ditukar fakta oleh UMNO@BN akan menjadi bahan ketawa dan diperlekehkan oleh semua rakyat dan bangsa Malaysia.Begitulah keadaan UMNO@BN kini … dalam menghitung hari yang semakin hampir, yang mana 29hb.Nov.2000 satu sejarah POLITIK MALAYSIA DI ALAF BARU akan tercatit sebagai satu anjakkan paradigma dan minda rakyat dan bangsa Malaysia … bahawa segala sistem dan cara POLITIK TRADISIONAL DAN PURBA yang cuba dipertahankan dan diperjuangankan oleh UMNO@BN akan hancur dan musnah di muka bumi Allah ini. Apa yang cuba mereka pertahankan adalah kuasa  & politik wang …. Kini di LUNAS jutaan wang ringgit ditaburkan sehinggakan membuat reban ayampun UMNO@BN sanggup lakukan asal dapat satu undi …. Begitu berharga satu undi di LUNAS hari ini ….. nilai satu undi bagi UMNO@BN kini lebih mahal dari seketul emas yang beratnya satu kilogram…bayangkan betapa besarnya dan berkuasanya pengundi di LUNAS kini … minta apa sehaja dari UMNO@BN pasti akan ditunaikan.

POLITIK WANG DI LUNAS

1.      Timbalan Ketua Pemuda UMNO@BN akhirnya terpaksa akur dan mengaku bahawa seluruh bilik gerakan dan jentera KeADILan kini diterajui oleh golongan muda dan professional …… namun begitu masih mahu lagi Timbalan Ketua Pemuda UMNO@BN membuat fitnah dan tuduhan palsu …. Dengan tuduhan pihak KeADILan membayar dengan wang ringgit kepada PEMUDA & BELIA untuk bertugas di LUNAS ….. berapa juta wang KeADILan sediakan untuk membayar mereka ini …… hakikat yang sebenarnya pemuda-pemuda ini mengunakan wang sendiri untuk bertugas den berkempen disini … contohnya sewaktu kami di LUNAS 23/11/2000 … Pemuda Kg.Pandan datang dengan sendiri tanpa dijemput dengan BAS atau Hotel Mewah … mereka tidur di masjid atau surau … malahan wang minyak dan tol serta bahan berkempenpun mereka tanggung sendiri dengan cara berkongsi untuk ke LUNAS…..??????

2.      Tapi keadaan yang sebaliknya berlaku di pihak UMNO@BN …. Kalau dihari penamaan calon 21hb.Nov.2000 sehaja mereka yang hadir akan di beri RM 50.00 seorang dan jika datang dari luar Kedah mereka akan dibawa dengan BAS dan siap tempat penginapan sekali serta makan dan minum percuma begitu  juga dibayar elaun harian…bahan kempen seperti banner / bendera / poster di tanggung oleh BARISAN NASIONAL …kini dalam tempoh berkempen seperti biasanya seorang PETUGAS UMNO@BN mampu mengumpul RM 1,000.00  hingga RM 3,000.00 bergantung kepada jawatan dan sebijak mana mereka songlap wang petugas bawahan sehingga hari mengundi selesai …. Kini siapakah yang dibayar untuk berkempen dan siapakah yanh ikhlas untuk memastikan MALAYSIA BEBAS DARI RASUAH.

3.      Adakah Timbalan Ketua Pemuda UMNO@BN lupa dengan lakonan Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun dihari perhimpunan 18hb.Nov.2000 yang lalu ….. Mahathir@Mahafiraun orang yang suka cakap terbalik atau berlawanan dengan apa yang dikatakanya…. Seperti contoh ini …. “ JIKA IA KATA PERANGI RASUAH… TAPI SEBENARNYA SAYANGILAH RASUAH “ ………. “ JIKA IA KATA SAYANGILAH BANGSA MELAYU … TAPI SEBENARNYA BENCILAH DAN BUNUHLAH BANGSA MELAYU “…. Itulah sebahagian kata-kata PRESIDEN SEUMUR HIDUP UMNO@BN pada Hari Perhimpunan Khas UMNO@BN yang baru lagi anda hadiri.

4.      Kini POLITIK WANG dan RASUAH menyerang LUNAS hari ini, kita boleh melihat projek segera dan sumbangan kepada pengundi di LUNAS … apakah ini bukan  rasuah namanya … dengan memberi sesuatu untuk mendapat satu undi……rasuah jenis ini tidak akan terhapus dalam BARISAN NASIONAL … kerana ini adalah BUDAYA dan CARA mereka dulu…kini….dan selamanya.

5.      Kita lihat di LUNAS hari ini ….. berapakah kos TURAP JALAN dalam tempoh  2 minggu ini …. Berapakah kos Bantuan Fakir-miskin ( tapi sebenarnya yang terima adalah orang UMNO@BN sehaja ada yang dari luar LUNAS terima juga ), berapakah kos baiki Balai Raya, Reban Ayam, Bina Tandar Curah, Surau, Masjid, Bina Klinik (majlis pecah tanah aje) dan lain-lain pembangunan fizikal yang boleh dilihat oleh pengundi…. Dalam usaha memancing undi dan mengkaburi mata pengundi LUNAS …. Tetapi anggaran kasar sehaja boleh kita tafsirkan tak kurang dari RM 10 juta …. Kat Sammy Vellu aje peruntukkan RM 6 juta …. Jadi ini bukankah rasuah dan politik wang namanya.

6.      Kalau mengikut akta SPR … seseorang calon DUN hanya boleh berbelanja tidak lebih dari RM 30,000.00 dalam satu pilihanraya…ini termasuk kos poster / bendera / papan tanda / bilik gerakan dan lain-lain urusan semasa menjadi calon ….. adakan mampu BARISAN NASIONAL menghantar lapuran kewangan mereka kepada SPR bahawa mereka berbelanja tidak lebih dari RM 30,000.00 di LUNAS……jika SPR mahu mengatakan segala perbelanjaan BARISAN NASIONAL di LUNAS adalah sah dan bukan rasuah ….. SURUHANJAYA PILIHANRAYA adalah pembohong dan pengamal rasuah bersama UMNO@BN … dan calon MIC@BN di LUNAS telah melanggar syarat-syarat sebagai calon dan pertandingan sebenarnya adalah CALON BEBAS DAN CALON KEADILAN ….. dan calon BARISAN NASIONAL telah terbatal encalonanya…. Apakah UMNO@BN mampu menafikan ini … kalau kos satu Billboard UMNO@BN sehaja telah mencapai RM 5,000.000 kat mana calon MIC@BN ni dapat wang …. Inilah politik wang  namanya.

BARISAN NASIONAL MAKIN GERSANG

1.      Kenapa sampai hari ini tak de media kroni UMNO@BN berani membuat lapuran meluas laporan Presiden Seumur hidup UMNO@BN melawat LUNAS bertemu pengundi … tetapi mereka malu dan takut … kerana tak ade sambutan dan hanya orang UMNO@BN dari luar yang menyambutnya… bukanya pengundi LUNAS.

2.      Kenapa perlu di kutuk serta hina DAP dan KeADILan … isu tikam belakanglah … isu letak jawatanlah…. Calon DAP India lah… Lim Kita Siang Bodohlah…. Fadil Nor penipulah… Wan Azizah Pelacurlah …. Tak de modal lain kah nak berkempen .. .asyik-asyik cerita keluar parti ramai-ramai dan hina BARISAN  ALTERNATIF …. Tapi jika BARISAN ALTERNATIF membuka pekung dan fakta sebenaranya pemimpin UMNO@BN serta BARISAN NASIONAL …. Kenapa senyap dan terkedu …. Kenapa tak saman fakta-fakta keburukkan yang ditunjukkan olehpemimpin dan ahli UMNO@BN serta BARISAN NASIONAL . Wal-hal UMNO@BN terpaksa akur bahawa apa yang didedahkan oleh BARISAN ALTERNATIF adalah benar serta  telus….. UMNO@BN dan kronilah yang sebenarnya cuba memutar-belitkan fakta sebenarnya.

3.      Kita kini melihat isu perkauman begitu hangat dibangkitkan …. WAN AZIZAH KATA CALON DAP INDIA DAN CALON KEADILAN MELAYU ….. siapa yang kata …. MEDIA KRONI…????? Apakah pengakuan WAN AZIZAH dalam isu ini … dan beberapa akbar  kroni kini akan menghadapi saman malu oleh WAN AZIZAH dalam isu perkauman  ini…..!!! kalau berani cuba tunjukkan bukti sebelum 29hb.Nov.2000 yang WAN AZIZAH menghina kaum INDIA …. Tetapi Sammy Vellu dan Mahathir@Mahafiraun memang menghina dan memperlekeh kaum INDIA …. Mereka diletakkandiestet-estet dan dianggap penduduk kelas 3 dalam masyarakat Malaysia …siapakah golongan paling miskin dan mundur di Malaysia …. Tentunya orang INDIA … apakah yang Sammy Vellu buat ….. kapur dan rompak hak orang INDIA adalah …. Nak tolong …pegi mampuslah … itulah sikap Sammy Vellu nak bunuh bangsa sendiri.

4.      Kini apa yang cuba diprovokasi BARISAN NASIONAL di LUNAS memang serba  tak menjadi … penipuan demi penipuan dalam media kroni atau ceramah mereka …. Ditertawakan oleh pengundi LUNAS … mereka melayan pengundi LUNAS bagi orang yang tidak pernah keluar dari GUA BATU DI DALAM HUTAN … mereka beranggapan pengundi LUNAS KUNO dan BANGANG macam ahli UMNO@BN. UMNO@BN ingat kain pelekat dan kain batik boleh membeli undi dari pengundi LUNAS …. Dan apa yang dibuat segalanya rasuah dan janji palsu yang bakal menjadi janji tinggal janji … seperti yang dilakukan oleh YB Joe sebelum dipadamkan … yang dia tahu hanya mengKRISTIAN orang MELAYU LUNAS…dan membuncitkan perut GADIS MELAYU LUNAS… itulah janji-janji YB JOE yang telah terlaksana di LUNAS dan yang telah dilunaskan sebelum di nyahkan dari muka bumi ini.

Kini UMNO@BN serta juak-juaknya makin tersepit dan terhimpit dengan mood  rakyat yang semakin menekan calon BARISAN NASIOANAL … MAHATHIR@MAHAFIRAUN DAN SYED RAZAK (kat LUNAS boleh kira dengan jari poster CALON MIC ) yangberibu keping gambar MAHATHIR@MAHAFIRAUN dan SYED RAZAK …. Kira terrorlahSdr.Saifuddin Nasution … lawan sampai sepuluh orang untuk satu kerusi DUN ….Insya Allah Sdr. Saifuddin Nasution berjaya dan mampu merealisasikan hasrat penduni LUNAS pada 29hb.Nov.2000 ini.Salamat berjuang dan terus berjuang untuk memastikan BARISAN ALTERNATIF menutup tahun 2000 ini dengan penuh gaya dan kejayaan yang bermakna buat seluruh rakyat dan bangsa Malaysia.

PSARAFHQ (26/11/2000)
-CETAK DAN EDARKAN.REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL