"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
        Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan
        DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 25
        Ogos 2000

        (Dengan Ehsan Detik Daily.com)
        Kenyataan akhbar Lim Kit Siang

        10 Perkara Baik Yang Dilakukan PAS Akan Dihapuskan Dengan Satu Cadangan
        Yang Tidak Pasti Akan Dijalankan Melalui Media Perdana Barisan Nasional (BN)
        Yang Tidak Saksama

        Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye harus belajar daripada ajaran
        tunjuk perasaan Pemuda UMNO di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dengan
        bersikap rasional dan bertanggungjawab dalam mengendalikan perbezaan politik
        dan tidak menggunakan taktik yang tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab.

        Dalam temu janji Kwang Wah Yit Poh dengan beliau pada hari Rabu, beliau telah
        memberitahu setengah daripada kebenaran.

        Tentunya Chia berhak untuk memberi pandangan bahawa Barisan Alternatif (BA)
        "ditetapkan gagal sejak mula lagi" tetapi beliau tidak berhak membohong untuk
        menyokong pendapatnya.

        Contohnya, Chia menuduh bahawa cukai kharaj yang dikenakan oleh kerajaan
        negeri PAS Terengganu merupakan pemulihan sejenis cukai yang dikenakan ke
        atas orang bukan Islam selepas "Perang Jihad Islam" demi "membenarkan
        kekuasaan Islam terhadap agama lain dan diskriminasi terhadap agama lain" dan
        memisahkan Malaysia kepada "orang yang menawan dan orang tawanan".

        Tuduhan-tuduhan ini adalah serius, dan bermaksud bahawa PAS mendiskriminasi
        agama lain, ingin menukar rakyat Malaysia daripada "bumiputera dan bukan
        bumiputera" kepada "orang yang menawan dan orang tawanan" dan Islam
        merupakan "agama yang suka berperang" dalam rujukannya kepada "Perang
        Jihad Islam", serta merujuk PAS sebagai parti Islam yang ekstrem dan tidak
        bertolak ansur.

        Pemimpin-pemimpin BN telah menyerang pemimpin-pemimpin PAS sebagai
        "mullah gila" yang ekstrem, fanatik dan menggunakan keganasan, tetapi dalam
        minggu lepas, bukan pemimpin-pemimpin PAS yang bercakap tentang
        "pertumpahan darah" dan mengancam untuk membakar Dewan Perhimpunan Cina
        Selangor, pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang berbuat demikian!

        Pernyataan Chia bahawa Islam ialah agama yang suka berperang harus ditangani
        kerana ini berkaitan dengan tanggapan PAS terhadap orang bukan Islam. Islam
        diberi imej sebagai agama yang tidak bertolak ansur, fanatik dan ganas,
        "ajarannya bahawa jika seseorang tidak rela untuk menukar agama, mereka harus
        dihapuskan" sedangkan kajian Islam menunjukkan pandangan sedemikian adalah
        tidak benar.

        Walau bagaimanapun, soalan ini harus diberi kepada pemimpin-pemimpin PAS
        dan Islam untuk dijawab.

        Yang saya bimbang ialah kebenaran dan kemunafikan yang telah disebarkan
        sebagai sebahagian daripada kempen BN dan Gerakan untuk menggambarkan
        PAS dan menjejaskan nama baik DAP kerana bekerjasama dengan PAS dalam
        BA. Apabila Chia berkata bahawa kerajaan negeri Terengganu PAS telah
        memperkenalkan dan melaksanakan kharaj, beliau bercakap bohong kerana cukai
        kharaj tidak dilaksanakan di Terengganu.

        Jika Chia ialah seorang pemimpin politik yang jujur, beliau harus meminta maaf
        atas tuduhan yang tidak berasas ini.

        Apabila kerajaan negeri Terengganu PAS mengumumkan bahawa ia sedang
        mempertimbang cadangan cukai kharaj, DAP membantah kerana cadangan itu
        menimbulkan banyak persoalan dan mempunyai kesan yang besar, seperti
        persoalan kekuasaan Islam dan milikan tanah, penindasan hak atau tidak
        menghormati hak dan kesensitifan kaum, agama lain dan parti-parti politik dalam
        BA.

        Dalam mesyuarat pemimpin DAP dengan Mentri Besar Terengganu, Haji Hadi
        Awang dan ahli-ahli exco negeri di Kuala Terengganu pada 15 Disember 1999,
        Hadi bersetuju bahawa cukai kharaj yang sedang dicadangkan tidak akan
        dikenakan ke atas orang bukan Islam jika ini bertentangan dengan hasrat mereka
        dan kerajaan akan berunding dengan komuniti bukan Islam dan Majlis
        Perundingan Pemimpin-pemimpin BA tentang isu ini.

        Chia harus memuji Hadi dan kerajaan negeri Terengganu atas sikap mereka yang
        terbuka terhadap isu itu dan bukannya menyebarkan sesuatu yang tidak benar
        seperti cukai kharaj telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Terengganu.
        Pemimpin-pemimpin Gerakan dan BN tidak harus semata-mata membuat kritikan
        tetapi, mereka harus memuji kerajaan PAS atas perkara baik yang telah
        dilakukan.

        Contohnya, mereka harus sedia memuji kerajaan negeri Terengganu atas
        langkah-langkah yang diambil seperti pemansuhan tol jambatan, pemansuhan
        cukai pintu rumah kediaman dan cukai tanah, cuti bersalin selama 3 bulan dalam
        perkhidmatan awam negeri, 5 hari kerja dalam seminggu, pinjaman tanpa faedah
        kepada kakitangan perkhidmatan awam, Mentri Besar memberi contoh yang baik
        dengan tidak mendiami kediaman rasmi dan tidak menerima elaun perumahan
        yang diberi kepada Mentri Besar, pembentukan Jawatankuasa Hisbah negeri yang
        diketuai Tun Salleh Abas untuk menguruskan aduan awam terhadap salah tadbir
        dan salah laku kerajaan negeri, lebih berpegang kepada kebolehpercayaan,
        ketelusan dan proses perundingan berbanding BN, kerajaan negeri memberi
        peruntukan kepda sekolah rendah Cina dan menerima Integrity Pact of
        Transparency International untuk mengurangkan tingkah laku rasuah dalam
        pemerolehan awam.

        Dalam minggu ini, DAP dan PAS dapat berprogres untuk mengatasi perbezaan
        politik dan pemimpin-pemimpin PAS akan menerima proses yang lebih terbuka
        dan bersifat perundingan demi menyelesaikan ketidakpuasan komuniti bukan
        Islam yang timbul akibat daripada dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan
        negeri Terengganu dan Kelantan PAS dalam tempoh 8 bulan yang lalu. Isu-isu itu
        termasuk karoake, pusat snooker, salon uniseks dan isu lesen arak bagi orang
        bukan Islam.

        DAP bekerjasama dengan PAS bukan untuk menubuhkan negara Islam seperti
        yang dikatakan oleh Chia dan Gerakan, tetapi untuk memulihkan keadilan,
        kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik - PAS sedar akan pendirian DAP iaitu
        Malaysia akan kekal menjadi negara sekular yang demokratik.

        Kemungkinan yang ditampil oleh media perdana BN pada BA dan terutamanya
        PAS adalah tidak adil kerana 10 perkara baik yang dilakukan oleh PAS akan
        dihapuskan oleh satu cadangan yang tidak pasti akan dijalankan.

        Jika BA kehilangan peluang untuk memecahkan hegemoni politik BN akibat
        daripada pembohongan Chia dan Gerakan, maka ini merupakan sesuatu yang
        amat malang.