"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
HELAH BN @ 'BARISAN TAIK'

KUALA LUMPUR, Selasa BARISAN NASIONAL@BARISAN TAIK dipercayai sengaja memutarbelitkan laporan berkaitan pencalonan wakil KeADILan dan bukan calon DAP pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas 29 November ini, sebagai helah untuk meraih undi Melayu. Malah, kenyataan DAP hari ini untuk memulaukan semua kempen pada pilihan raya kecil itu dan mengkaji masa depannya dalam pakatan pembangkang, dilihat sebagai strategi untuk mengabui mata pengundi.

Rakyat menyedari segala taktik kotor Barisan Nasional untuk melaga-lagakan pakatan Barisan Alternatif itu semata-mata bertujuan untuk memastikan kemenagannya di dalam pilihanraya. Perlu diingat bahawa dengan apa cara sekalipun BN akan memastikan kemenangan diperolehi kerana keputusan pilhanraya kecil tersebut akan memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang sememangnya telah semakin hampir ke penghujungnya.

Berita Hairan menyeru kepada para pengundi DUN Lunas supaya memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Alternatif iaitu Sdr Saifuddin Nasution - Pemberita Rakyat.