"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
DUN LUNAS & UMNO@BN

DUN LUNAS (KEDAH) Masa yang ditunggu oleh semua rakyat dan bangsa Malaysia….terutamanya pengundi di LUNAS sendiri….29hb.Nov.2000 (secara kebetulan 29/11/1999-Pilihanraya Umum Ke 10)….hari yang dinantikan akan menjelma tiba….senario 5hb.Nov.2000 (Lebuhraya Kesas) akan kembali….kali ini bukan 100,000 rakyat akan berada di LUNAS malahan 22 juta rakyat dan bangsa Malaysia akan hadir sama ada dengan jasad atau roh mereka disana…..!!!!.

29hb.Nov.2000…..tarikh yang menentukan sama ada BN atau BA akan menjadi YB alaf baru…..???? Tapi pokok utamanya UMNO@BN kini kian resah dan gundah-gulana….kiranya tewas di LUNAS bermakna Kerajaan Campuran di alaf baru terpaksa dibentuk oleh Kerajaan Negeri Kedah…..!!!! satu senario yang mencemaskan UMNO@BN ……!!!! Apa yang perlu kini…..apa sehaja cara akan digunakan untuk memastikan LUNAS menjadi milik UMNO@BN walaupun berwakilkan calon dari MIC@BN …..???? itulah hakikat sebenarnya.

Dengan pendedahan penulis dan beberapa teman dari laman Pro-Reformasi…..isu kematian YB JOE…..adalah isu pokok dan kepimpinan UMNO@BN serta masalah dalaman UMNO@BN Kedah juga membantu calon BA untuk meraih kemenangan di LUNAS…..???? Makin hari, makin sempit serta terdesaknya UMNO@BN kini…..dan UMNO@BN kini makin di tekan dan terus ditekan oleh rakyat marhain mengenai isu agama dan perkauman di LUNAS…begitu juga diperingkat Nasional….????.

Apakah isu murtad ( isu pokok ), isu perkauman, isu penyelewengan, isu kepimpinan, isu kemiskinan, isu kuasa, isu dalaman parti UMNO@BN sendiri akan menjadi bahan utama kempen di LUNAS…..walau beribu alasan akan diberi oleh UMNO@BN serta BARISAN ALTERNATIF ……. Isu pokok adalah ISU MURTAD dan PERKAUMAN……semua pengerak JENTERA BARISAN ALTERNATIF perlu ingat….isu ini amat sensetif serta boleh menjadikan satu suasana tegang yang boleh menyebabkan BARISAN ALTERNATIF gagal di LUNAS dan dikuburkan terus dari PERSADA POLITIK NEGARA…..inilah yang dirancang dan dihalusi oleh UMNO@BN dalam usaha menyelamatkan kuasa mereka…..???? Permainan politik sekotor UMNO@BN ini adalah satu cara yang paling hina dalam dunia…..yang telah lama dipraktikkan oleh juak-juak UMNO@BN serta kompenan BARISAN NASIONAL….????

Memang isu murtad serta perzinaan di LUNAS boleh membantu calon BA (isu pokok yang menjadi BONUS) ……tetapi ia perlu ditangani secara halus serta berhati-hati…..sebagai rakyat dan bangsa Malaysia…kita perlu sedar dibumi mana kita berpijak…dan sebagai orang ISLAM kitapun perlu sedar apakah dasar perjuangan ISLAM….waktu bila sesuai berdakwah dan diwaktu bila pula kita sesuai untuk berperang dengan musuh Allah s.w.t…!!!! perancangan yang tepat dan teratur amat perlu dilakukan dalam tempoh terdekat ini….????

Sewaktu artikel ini ditulis….nama CALON dari BA belum diumumkan…..tapi sebagai PENGERAK BARISAN ALTERNATIF….soal CALON adalah perkara kedua….tetapi tanggung-jawap kita adalah memastikan CALON BA menang dan Kerajaan BN KEDAH terpaksa berkongsi kuasa bersama BA…..itulah matlamat kita……dan memastikan hak rakyat dan Malaysia yang adil ditegakkan dimana jua dinegara Malaysia yang tercinta ini….itulah dasar utama kita berjuang dipersada POLITIK MALAYSIA….walau bagaimanapun AGAMA adalah asas kehidupan dan perjuangan…. Kita boleh bertanya kepada penganut ISLAM, KRISTIAN, BUDDHA, HINDU dan lain-lain agama…..apakah yang disuruh dan apakah yang dilarang dalam agama mereka….???? Kita ambil contoh yang terhampir (yang pastinya tiada satupun agama di Malaysia ini sama) Cuma yang ada terhampir atau secara kebetulan sehaja….dan mana yang baik kita terima dan mana yang bertentangan dengan pegangan agama masing-masing kita tolak mengikut anutan masing-masing….???Tapi satu perkara pokok dalam agama di Malaysia…… Setiap AGAMA mengajak kepada kebaikkan dan menolak kepada kejahatan …..itulah asasnya……begitu juga dalam kehidupan…..kita akan memilih kebaikkan dan menolak kepada kejahatan…..jadi asas AGAMA adalah asas KEHIDUPAN…..justeru itu KEHIDUPAN berasaskan AGAMA YANG HAK pasti mencapai kejayaan, Insya Allah….!!!!

Begitu juga di PERSADA POLITIK MALAYSIA….kita wajib memilih PARTI atau KUMPULAN PARTI yang mengajak kepada kebaikan dan menolak mereka yang mengajak kepada kejahatan…..itulah asas pembentukkan MALAYSIA YANG ADIL……kepada PETUGAS DAN PENCERAMAH BARISAN ALTERNATIF….(yang pasti SDR SAIFUDDIN NASUTION - memang terkenal sebagai penceramah berfakta kukuh ) dapat menjalankan kempen dan penerangan dengan penuh disiplin dan tanggung-jawap sebagai rakyat dan bangsa Malaysia…… kita yakin pengundi di LUNAS faham benar siapakah UMNO@BN dan siapakah BARISAN ALTERNATIF…..tapi kita jangan lalai dengan keyakinan ini…..kerana musuh politik kita akan mengambil kesempatan diatas kelalaian kita….!!!

Kempen dan rayuan undi berfakta kukuh adalah sangat membantu CALON BA di LUNAS…..sila pastikan semua PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA di LUNAS mendapat fakta kukuh sebelum membuat kempen atau rayuan undi……sila sediakan risalah atau dokumen sahih yang boleh mempengaruhi pengundi….. kita wajib meninggalkan sistem politik tradisi yang banyak mengunakan sistem UMNO@BN ……sebagai KUMPULAN POLITIK ALAF BARU….kita pasti mampu mengubah minda dan persepsi rakyat mengenai POLITIK DIMALAYSIA…..(secara umumnya tokoh pemimpin BA telah didedahkan dengan sistem POLITIK ALAF BARU INI )….beberapa seminar dan perbincangan kalangan pemimpin BA telah mendapat kata sepakat dalam isu perubahan senario POLITIK MALAYSIA…..inilah yang dicari dan ditagih oleh seluruh rakyat dan bangsa Malaysia…..walaupun susah dan baru ia pasti datang kerana masa tidak pernah lari dari waktunya……!!!!!. Sebarang perubahan memang susah hendak diterima oleh rakyat…itulah taktik dan perancangan UMNO@BN …..menjadikan rakyat was-was serta takut menerima perubahan…..!!!! dan kini menjadi tanggung-jawap BARISAN ALTERNATIF mencairkan minda serta persepsi rakyat dan bangsa Malaysia…..bahawa BARISAN ALTERNATIF adalah kerajaan ALTERNATIF pilihan rakyat Malaysia…..dan UMNO@BN adalah kerajaan kuno yang membawa kehancuran kepada rakyat dan bangsa Malaysia……tapi kita wajib memberikan contoh dan fakta kukuh kenapa UMNO@BN dan BARISAN NASIONAL perlu ditolak serta dikuburkan terus dari PERSADA POLITIK MALAYSIA .

Saya adalah orang yang tidak layak untuk memberikan taktik atau cara yang sesuai dalam isu PERUBAHAN SISTEM POLITIK MALAYSIA DIALAF BARU….tetapi sebagai rakyat dan pendokong GERAKAN REFORMASI  MALAYSIA…saya rasa amat bertanggung-jawap untuk memastikan rakyat dan bangsa Malaysia dikejutkan serta disedarkan dari terus berada dalam lamunan mimpi indah ciptaan UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya…..itu adalah tujuan asal penulis……!!!!

Kita kembali semula kepada DUN LUNAS ….. kita semua tentu telah menimpa pengalaman dari 3 pilihanraya dalam tempoh 1 tahun…..yang terakhir di Teluk Kemang ……  dan penulis terlibat secara lansung dalam ketiga-tiga pilihanraya ini ….. begitu juga dalam dua pilihanraya antarabangsa di Sri Langka dan Amerika…..??? apa yang penulis lihat…..sistem atau cara tradisi dalam pilihanraya di Malaysia masih lagi berada dalam minda PETUGAS BARISAN ALTERNATIF…mungkin itu pandangan penulis….walau bagaimanapun kita wajib berhijrah untuk mencapai kejayaan dan kemajuan…itu yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w…..!!!!

Walau bagaimanapun di Teluk Kemang ….. beberapa cara dan taktik baru telah ditemui oleh PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA disana…. (penulis tak boleh tulis dalam artikel ini….ini adalah resepi BA --- rahsia besar)….yang pastinya kita memohon PENGARAH JENTERA BA KEDAH…..membuat permohonan kepada seluruh JENTERA PILIHANRAYA di TELUK KEMANG dan SANGGANG dapat membantu di LUNAS…..yang pastinya rakan-rakan penulis akan berada di KEDAH dari hari penamaan calon sehingga selesai mengundi….itulah yang mampu penulis rayu kepada rakan-rakan pejuang…Bantu setakat yang mampu di LUNAS….Insya Allah….????

Di LUNAS kita memerlukan lebih kurang 5000 petugas yang komited dan mantap untuk menghadapi JENTERA BARISAN NASIONAL yang serta mewah ( $$$$$ )…… dan petugas BA yang sederhana…..tetapi bukan itu alasanya…..???? 24,000 pengundi / 5000 petugas = 4.8 pengundi untuk 1 petugas BA……kalau 1 petugas BA mampu berdakwah dan menyedarkan  3 pengundi di LUNAS…..Insya Allah, DUN LUNAS menjadi milik BA. Dan pada pendangan penulis Sdr. Saifuddin Nasution yang telah menjadi Calon Parlimen di sana….amat berpengalaman dengan pengundi LUNAS begitu juga bekas CALON DUN BA yang lalu….!!!

Apa yang perlu kini kerjasama erat dalam BA perlu ditingkat serta diserlahkan di LUNAS….atas apa alasan sekalipun oleh UMNO@BN yang BA tidak mampu memerintah…..kita sebagai pendokong GERAKAN REFORMASI MALAYSIA dan BARISAN ALTERNATIF….inilah masanya kita ingin membuktikan bahawa BA adalah pilihan rakyat marhain…walaupun kita gagal di dua pilihanraya kecil yang lalu…!!! Kejayaan melalui kegagalan lebih nikmat dan bermakna… tapi jika kita berjaya tanpa tentangan dan kesusahan ( UMNO@BN memang suka menang percuma ), kita akan menjadi manusia yang lalai dan mimpi disiang hari…!!!

Akhirnya ….. diseru SELURUH JENTERA PILIHANRAYA BA DI LUNAS …. Laksanakan amanah dan tanggung-jawap serta harapan 22 juta rakyat marhain untuk memastikan CALON BA menang dan Kerajaan Campuran Kedah berjaya dilaksanakan…. Harapan dan doa 22 juta rakyat marhain sentiasa mengiringi seluruh pejuang BARISAN ALTERNATIF…. JIHAD DI BULAN RAMADHAN …. Dan PERPERANGAN BADAR …. Di bulan RAMADHAN…. Kini perperangan minda dan jiwa menghadapi musuh utama UMNO@BN dibulan RAMADHAN…..gunakan kebijaksanaan dan pengalaman untuk menewaskan CALON MIC@BN di LUNAS…. Pastikan dan terus berjuang hingga berjaya….walau beribu halangan yang akan ditempuh….PUASA itu mengajak kita semua bersabar serta gagah berjuang….sesungguhnya Allah s.w.t mahukan ISLAM tertegak dibumi MALAYSIA ini….!!! RAMADHAN adalah bulan pilihan….bulan penuh berkat dan pahala…percayalah selagi kita yakin dan terus yakin Allah s.w.t maha berkuasa…segala pengorbanan dan perjuangan kita akan mencapai kejayaan…..!!!! RAMADHAN tahun ini RAMADHAN penuh keberkatan…percayalah itulah yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t……amin……SELAMAT BERJUANG.

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
15HB.NOV.2000

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL