"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
TERKINI DSAI DARI HBKL

1.      MENGIKUT SUMBER DALAMAN PIHAK HBKL …. ATAS ARAHAN PIHAK TERTENTU, PARA DOKTOR UPAHAN SEDANG MENYIAPKAN LAPURAN KESIHATAN DSAI TELAH PULIH 100% DAN BERSEDIA UNTUK DIHANTAR KEMBALI KE PENJARA.

2.      TINDAKAN MENGHANTAR DSAI AKAN DILAKUKAN DALAM TEMPOH 1 ATAU 2 HARI INI … WALAUPUN KEADAAN SEBENAR DSAI TIDAK MENGIZINKAN BELIAU BERADA DI PENJARA.

3.      KINI DOKTOR UPAHAN TERSEBUT TENGAH SEBOK MENYIAPKAN LAPURAN TERSEBUT UNTUK MENAFIKAN HAK DSAI MENERIMA RAWATAN YANG SEWAJARNYA DI HBKL.

4.      PIHAK KERAJAAN MALAYSIA JUGA MASIH TIDAK MEMBERIKAN JAWAPAN RASMI PERMOHONAN KELUARGA DSAI UNTUK MEMBAWANYA MENDAPATKAN RAWATAN PAKAR DI LUAR NEGARA, DAN INI TELAH MENJADIKAN KEADAAN DSAI SEMAKIN TIDAK STABIL … MENGIKUT NASIHAT DOKTOR PAKAR DI HBKL…PEMBEDAHAN DAN RAWATAN LEBIH BAIK PERLU DIBERIKAN KEPADA DSAI … DAN DOKTOR DI HBKL TIDAK BERANI MENGAMBIL RISIKO UNTUK MEMBEDAH DSAI SERTA MEREKA MENCADANGKAN RAWATAN DI LUAR NEGARA.

5.      DI ATAS MAKLUMAT TERSEBUT … KITA MENDAPATI PIHAK YANG AMAT TAKUT DAN BENCI KEPADA DSAI TIDAK AKAN MERASA PUAS UNTUK MENDERA DAN MENGAIBKAN DSAI SERTA KELUARGANYA….PERBUATAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN INI MENUNJUKAN JUGA DALANG UTAMA KONSPIRASI MENJATUHKAN DSAI TIDAK AKAN MERASA JEMU, SEHINGGA DSAI MENEMUI ALLAH SWT DAN AGENDA INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA SELURUH KELUARGA DSAI HAPUS DI MUKA BUMI….????

6.      BAGI SELURUH GERAKAN REFORMASI MALAYSIA … KITA MENYERU SELURUH PEJUANG DAN PENDOKONG GERAKAN INI MENDOAKAN SEMOGA DSAI SEGERA SEHAT DAN MENGUTUK KERAS SEGALA PERBUATAN ATAU USAHA UNTUK MENGHANTAR DSAI KEMBALI KE PENJARA SEBELUM IA BENAR-BENAR SEHAT DAN MAMPU BERJALAN SEPERTI SEDIA-KALA.

7.      SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI DSAI DAN KELUARGANYA DARI MALA-PETAKA DAN BENCANA CIPTAAN MANUSIA YANG BERTOPENGKAN SYAITAN LAKNATULLAH.

PSARAFHQ - 15/1/2001.