"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
        MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DITEPI LUBANG YANG DIGALI SENDIRI..!!

        SETELAH melihat pengaruh UMNO begitu jauh merosot hingga pemimpin UMNO sendiri
        sudah semakin hilang keyakinan mereka untuk membaikpulih imej, kewibawaan dan
        pengaruh parti itu, sambil itu karenah Mahathir dan kuncu-kuncu Kroninya semakin pula
        menampakkan kerakusan yang menggila-gila; komponen BN parti bukan Melayu telah
        mendesak kepimpinan UMNO supaya bertindak segera.

        Disebut berulang-ulang peristiwa Lunas sebagai petanda yang sangat memeranjatkan
        semua pihak. Jari-jari menuding kepada pucuk pemimpin parti.

        Pemimpin parti dalam komponen BN termasuk UMNO sedar bahawa Mahathir harus
        diundorkan sekiranya pemimpin semua parti dalam BN mahu melihat BN terselamat dari
        ancaman sokongan rakyat yang semakin hilang. Itu penelitian pemimpin BN pertama.

        Selanjutnya, mereka membuat keputusan iaitu DS Anwar wajib dibebaskan. Segala tuduhan
        wajar digugurkan dan beliau dibebaskan tanpa sebarang syarat yang menjejaskan nama
        baik beliau. Itu adalah keputusan kedua dan paling penting.

        Mahathir Terkejut Beruk

        Dari sumber terperingkat, perkara ini berbangkit dalam satu mesyuarat tertutup yang dihadiri
        oleh lebih dari 2/3 pemimpin UMNO dan komponen BN di PWTC. (NB. Tidak ada sebarang
        laporan media dikeluarkan kerana ia adalah rahsia terperingkat parti).

        Mahathir yang semasa itu menjangka ia suatu mesyuarat parti yang bertujuan lain, perkara
        dalam lain-lain hal yang memeranjatkan itu yang disokong pula oleh majoriti pemimpin BN
        yang hadir adalah sangat memeranjatkan beliau.

        Sebagai mengalih pandangan hadirin, Mahathir yang 'terperanjat beruk' dan dalam
        kebingungan memberi syarat, antara lain:
 

          1.siapa boleh jamin keselamatan beliau supaya tidak dihadapkan ke mahkamah dan
             dituduh dengan kes-kes yang menjadi isu (dibangkitkan oleh DS Anwar, pemimpin
             KeADILan dan Pembangkang selama ini, termasuk rekod-rekod yang tersimpan di
             BPR membabitkan anak-anak beliau, Kroni, penglibatan beliau melindungi pihak dan
             individu tertentu);

          2.adakah UMNO/BN akan pulih dan boleh kuat dan berpengaruh semula jika beliau
             undor?

          3.Siapa yang layak menggantikan beliau menerajui BN dan diangkat sebagai PM?

          4.Adakah boleh sesiapa beri jaminan pengunduran beliau berlaku secara aman
             (gracefully)?
 
 

        Soalan itu mendapat cabaran dari hadirin. Banyak suara garang yang menerjah keluar dari
        pemimpin yang hadir.

        Mahathir jadi kelamkabut. Beliau meracau seperti histerikal, menggelabah seolah-olah beliau
        sedang ditunggu oleh 'Black Maria' diluar Dewan. Beliau tergagap dan kelu lidah semasa
        berhujah. Beliau mengugut semua orang. Tapi ia disambut dengan serangan dan gelak
        ketawa sorakan dari hadirin yang semakin 'naik darah'.

        Bagaimana Akhirnya?

        Dari sumber yang boleh dipercayai, Ku Li bangun dan berkata kepada hadirin:

          1.pada pandangan beliau, setakat ini tidak ada siapa yang layak menggantikan Mahathir
             sebagai Presiden parti dan PM (perkara ini telah tersebar dalam media sedikit hari
             dulu - ingat tak?);

          2.beliau lebih bersetuju dengan usul ?smooth transfer of power? yang tidak menjejaskan
             nama baik sesiapa (kenyataan seumpama ini disokong oleh Najib Razak - tersiar
             dalam agensi media AFP),

        Beberapa perkara lain juga dibincangkan. Keadaan kembali tenang seketika. Mahathir
        tidaklah begitu gelabah lagi kerana masih ada puak-puak yang menyokong beliau walaupun
        tidak sampai 10% dari jumlah sebenar.

        Reda Sementara

        Keadaan kembali hebat apabila peristiwa kekalahan BN di Lunas betul-betul mencabar
        kewibawaan UMNO/BN. Sekaligus usul mengundorkan Mahathir timbul semula. Kali ini lebih
        hebat dari sebelumnya. 'Rating' sokongan terhadap Mahathir merudum jatuh keparas 'tidak
        ada' (nil).

        Shahril Samad sengaja mencuit keadaan dengan membangkitkan cerita 'gambar Mahathir'
        macam gambar 'babi' kepada pengundi di Johor. Buktinya nampak di Lunas.

        Reaksi Mahathir? Memeranjatkan!! Beliau bertempik dan menangis di satu mesyuarat MKT.
        Macam-macam dibangkitkannya hingga disebut kununnya kalau bukan beliau yang
        mnenerajui UMNO, orang Melayu dah lama 'mampos' dikerjakan oleh Cina!!

        Seorang anggita MKT bertanya, "Siapa yang api-apikan isu PM Cina?". Mahathir
        terketar-ketar!

        Selanjutnya, Mahathir menyalahkan pemimpin UMNO memberi beliau kuasa mutlak
        (kebiasaan beliau suka menyalahkan oranmg lain walau sebenarnya beliau sendiri tamak
        kuasa dan beragenda).

        Kata beliau, "kerana orang Melayu suka 'take things easy'" kunun, beliau menuduh pemimpin
        Melayu cuma suka kepada rasuah. Seolah-olah beliau menyedarkan pemimpin UMNO
        bahawa beliau 'bukan orang Melayu'..!!?

        Ini membangkitkan kemarahan MKT UMNO. Kesanya, sudah timbul sekarang satu
        pertentangan hebat antara Mahathir dan pemimpin UMNO secara umum.

        Perkara ini sudah mulai merebak dikalangan pemimpin pelapis pertengahan yang semakin
        radikal menuntut 'MENGUNDORAN' Mahathir.

        Isu SUQIU Menjana Harapan

        Itu sebab sekarang sengaja ditimbulkan isu SUQIU. Beberapa puak telah diumpan supaya
        membesar-besarkan perkara yang sepanas air dalam gelas 'teh tarik' saja. Tetapi bagi
        Mahathir, itu sajalah yang boleh dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu. Padahal,
        perkara itu tidak seperlu mana.
 

        Jika Mahathir benar-benar jujor dan ikhlas, 1001 macam strategi dan tidakan boleh
        dilaksanakan untuk menteramkan keadaan. Tapi nampaknya Mahathir semakin bernafsu
        untuk membersar-besarkan perkara ini.

        Tetapi kerana ini saja 'last resort' bagi beliau untuk mendapat sokongan peribadi dari pihak
        yang menentang beliau habis-habisan menuntut beliau diundurkan segera, Mahathir tidak
        ada jalan lain dari segaja mendapat kerjasama GPMS yang tidak seharusnya masuk campor
        (kerana GPMS bukan didaftar sebagai political organisation di Pendaftar Pertubuhan).

        Ini menambah sakit hati segolongan besar pemimpin dan ahli Pemuda UMNO. Mereka
        sudah mulai berkira-kira bersatu kata mencari kesepakatan dengan pemimpin NGO kaum
        Cina bagi mencari kata putus dan penyelesaian.

        Adakah Mahathir Semakin Ketakutan?

        Bagi soalan itu, jawabnya:

        "YA! YA!?.." jawab seorang pemimpin Pemuda.

        "Bila lagi?" bertanya seorang yang masih sayangkan kepada Anwar.

        "Tengok saja muka Mahathir kalau tak keluar di TV. Kalau tak ada juga, cuma kenyataan
        mengatakan beliau akan keluar negeri; maknanya Mahathir dah cabut lari?. Suaka ke negara
        ke dua!!"

        Menjawab seorang lagi "Alhamdulillah. Selamatlah Malaysia..!!"

        (berita terkini dari sumber dipercayai - AS)

        Amin Sapiro
        (BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)