"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
KERANAMU MAHATHIR
Amalan Tamak Haloba Menjadi Budaya Umno/Bn
 
Dr. MAHATHIR SEDANG DICEKIK OLEH NAFSU TAMAK-GELOJOH SENDIRI

ISU royalti minyak 5% sebagai ganjaran yang hak kepada rakyat Terengganu sejak lebih 20 tahun dulu telah sengaja dibangkit dan dipersulitkan oleh Dr. Mahathir. Motifnya adalah ‘kedengkian politik’ terhadap kerajaan Pembangkang.

Apa juga alasan beliau dan puak regimnya, ternyata telah sama sekali ditolak dan menerima bantahan keras. Bukan saja bantahan itu dilejangkan oleh Kerajaan PAS Terengganu dan rakyat negeri itu; malah seluruh rakyat Malaysia dan pemerhati di kalangan NGO “good governance” diseluruh dunia ikut memantau dengan rasa kesal dan jijik.

Regim Mahathir adalah satu-satunya kerajaan Pusat yang melalukan diskriminasi “Feudal” secara drastik dan tidak bermoral kepada Pembangkang;  berbanding dengan negara yang lebih jauh tinggal kebelakang.

Mahathir sedang memusnahkan sistem  demokrasi yang selama ini terpelihara. Perbuatan beliau itu dianggap sebagai ‘loceng penggera’ yang ditujukan sama kepada negeri cantuman dalam Malaysia seperti Sarawak dan Sabah. Rakyat di kedua-dua negeri itu sudah mulai memandang serong motif Mahathir sebenar.

Perbuatan Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN yang dikuasai beliau secara kuku-besi (melalui cara paling buruk) memang telah diketahui umum. Mahathir dan partinya kini telah tersepit parah – tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Komuniti pelaburan antarabangsa telah memberi petanda kepada Dr. Mahathir sendiri di New York bahawa mereka tidak ada keyakinan kepada pentadbiran beliau.

Majoriti di kalangan pelabur berpotensi telah mendapat kesimpulan jelas bahawa regim Mahathir adalah talam dua muka dalam konteks mengiktiraf “democratic process and good governance” terhadap rakyat sendiri.

Hampir kesemua projek-projek yang dicadangkan oleh regim ini tidak mendapat sambutan dari pelabur-pelabur luar. Kesannya indeks ‘Foreign Direct Investments’ (FDI) telah jatuh mendadak jauh terkebelakang dari negara Asean yang lain.

Berita terkini, pilihan pelabur asing lebih cenderung ke Vietnam, Flilipina, Indonesia, Thailand. Singapura telah menjadi tumpuan ‘Hi-Tech industry’, walaupun Mahathir mempromosikan Koridorraya Multimedia. Pelabur luar masih ‘malu-malu asam’ untuk menjejak kaki ke sana!! Malang rakyat negara ini!!

Senario ini sangat mencemaskan regim ini, khususnya Dr. Mahathir sendiri. Dasar “Burung Unta” (Ostrich Policy) di bidang kewangan yang dilancarkan beliau sejak Anwar Ibrahim dilucutkan sebagai Menteri Kewangan (atas percanggahan peribadi beliau dengan Anwar) telah menyebabkan beberapa pihak dikalangan pelabur luar berkira-kira untuk meninggal Malaysia.

Beberapa syarikat Jepun, Amerika dan Eropah telah menyatakan keengganan untuk menambah modal dalam perusahaan yang sedia ada. Ada diantara syarikat itu telah merancang untuk memunggah kepentingan perusahaan mereka ke negara Asean/Asia yang lain.

Walaupun diberitakan Dr. Mahathir bercadang untuk menambah insentif kepada pelaburan asing (untuk memujuk dan meraih minat mereka), namun seperkara yang paling tidak menarik dan bertentangan dengan etika pelabur dunia masih diperketat oleh regim ini.

Regim Diktator Mahathir yang diyakini pelabur luar sebagai pengamal pentadbiran ‘diskriminasi berlebihan’ (excessive discriminations) yang ternyata menafikan hak asasi manusia, perlaksanaan undang-undang yang tidak adil, kezaliman terhadap individu politik penentang (eg. pemenjaraan Anwar dan sekatan terhadap gerakan penyokong pro-reformasi), diskriminasi terhadap Pembangkang (isu royalti minyak Kerajaan PAS Terengganu, diskriminasi kepada Kerajaan PAS Kelantan), kehakisan demokrasi; telah menyebabkan negara ini dilihat sebagai “politically unstable”.

Sentimen ini semakin jelas dan merebak dikalangan pelabur luar berpotensi sebaik saja Dr. Mahathir memutarbelit, mempolitik dan bercadang memecah perjanjian (breach of contract) yang sah dengan Kerajaan Terengganu dalam isu royalti minyak.

Kerana pentadbiran regim Dr. Mahathir terbukti tidak konsisten dalam pengendalian dasar, hingga sanggup mendiskriminasi kerajaan-kerajaan negeri yang dipilih rakyat (Kelantan dan Terengganu) dan menolak-mentah (defy) suatu perjanjian yang sah – semata-mata kerana hasad membalas dendam; maka komuniti pelabur luar menentang mengikut kemampuan mereka secara senyap.

Kesan yang jelas amat berat kepada regim ini. Sekaligus komuniti dunia dan rakyat negara ini beranggapan bahawa regim ini sedang menghadapi masalah paling besar untuk menarik kecenderungan pelabur-pelabur luar untuk melabur di sini.

Urutan dari kezaliman dari karenah regim ini membicara dan menghukum Anwar secara paling kejam; beberapa negara dunia telah menimbangkan akan melakukan sekatan pedagangan dan pelaburan secara beransur-ansur terhadap Malaysia.

Negara-negara yang mengistiharkan sekatan itu ialah Australia, New Zealand, Canada, Amerika Syarikat dan Komuniti Eropah (EU). Negara-negara itu adalah rakan-dagang Malaysia terpenting di dunia – mencakup hampir  70% dari volume keseluruhan ekspot Malaysia.

Jepun sebagai anggota negara ‘G7’ sedang memerhatikan keadaan yang mencemaskan ini. Pelaburan Jepun di Malaysia, sebahagian besar adalah untuk diekspot ke negara ‘G7’. Oleh itu, tindakan para pengusaha Jepun peringkat pertama ialah untuk tidak menambah pengembangan pelaburan dalam syarikat mereka yang sedia ada. Kemudian, Jepun tidak akan menambah pelaburan baru. Walapun demikian, Jepun akan terus mengimpot bahan-bahan mentah perlu seperti minyak dan gas.

Tindakan ini telah mulai membawa kesan kepada regim ini. Bursa saham BSKL telah melorot jatuh, dan akan jatuh lagi. Cadangan pinjaman luar Malaysia secara langsung ditolak oleh negara kaya, dan penjualan Bond dijamin kerajaaan tidak mendapat sambutan.

Status hutang negara sedang meningkat mencecah Rm200 bilion dan dijangka angkat meningkat lagi. Airan wang tunai telah berkurangan hingga regim ini berusaha untuk meminjam dari agensi luar dalam angka ratusan juta.

Ini adalah sebahagian dari hujah dalaman (selain dari hujah diskrimanasi politik dan usaha memberi imbuhan kepada kroni politik beliau) yang mendorong Mahathir meminda cara pemberian hak royalti minyak kepada Terengganu (sila analisis hujah meleset Mahathir).

Itu adalah sebahagian kesan langsung dari dasar dan amalan tidak sebulu dengan sistem amalan dunia yang diamalkan oleh regim Mahathir. Dijangka, pengembangan ekonomi Malaysia akan terus menguncup selagi regim ini berkuasa.

Pilihan menukar kerajaan kepada yang lebih baik dan berketrampilan adalah di tangan rakyat. Hujung jadi anda adalah penentu nasib anda dan generasi akan datang.
 

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)