"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
WILAYAH PERSEKUTUAN KE-3: MAHATHIR–KHIR TOYO TERSEPIT DI TENGAH-TENGAH..!

ISU pengambilan tanah ribuan ekar dan mengistiharkan sebagaian tanah jajahan negeri Selangor untuk dijadikan oleh Mahathir Mohamad sebagai satu lagi Wilayah Persekutuan; adalah seperkara yang sangat serius.

Selain dari pelbagai asas Perlembagaan dan proses Perundangan yang wajib dikemaskinikan sebelum ia diistiharkan, rakyat Selangor sendiri sedang menyiapkan benteng pertahanan. Bagi mereka ia adalah satu bentuk perampasan, penjajahan dan ‘colonisation’. Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Isu itu bukan bergantung kepada persetujuan Baginda Sultan dan anggota EXCO semata-mata. Isu itu bertitik-tolak dari kepentingan yang hak bagi rakyat seluruh negeri Selangor dan semua tanah dan taklok jajahannya.

Ia melibatkan kesejahteraan, hak dan harta rakyat umum. Ia menyentuh akar umbi, bukan setakat Perlembagaan Negara saja malah ia adalah sebahagian dari rang undang batang tubuh negeri Selangor. Isu itu tidak boleh diputuskan oleh segelintir mereka yang mengakui diri sebagai wakil rakyat saja. Kuasa mereka tidak menghakkan mereka melampaui batas.

Apa Agenda Mahathir Sebenar?

Mahathir dan beberapa pihak Kroninya ada kepentingan besar di kawasan sekitar Putera jaya. Nilai tanah kepunyaannya jika di wartakan sebagai Wilayah Persekutuan akan melonjak melebehi Rm1000 billion (seribu bullion).Banding dulu sewaktu tanah kampung, dusun durian, kebun getah dan kelapa sawit orang Melayu yang berpindah tangan dengan nilai murahan.

Lebih 10 tahun dulu, broker Mahathir sudah ‘round’ jalan-jalan menawarkan harga RM100 ribu bagi se hektar. Hampir seluruh tanah orang Melayu di kawasan sekitar sudah terjual. Kini mereka melopong saja. Mulut sudah masuk langau hijau. Pemimpin UMNO dan kuncu-kuncu segala bangsa kroni merekalah yang merampok harta warisan nenek moyang asal orang Melayu disana.

Nak buat camana? Pemimpin UMNO saling tak tumpah umpaman “pagar makan padi”. Undilah UMNO/BN lagi…!! Alamat akan terjuallah harga diri dan anak bini!! Ini sudah betul-betul jadi.

Nak salahkan siapa? Penjajah asing? George Soros lagi? Pembangkang? Anwar Ibrahim? Fadhil Nor? PAS? KeADILan? Nah..!! Jawablah sendiri…!!

Mohd Khir Toyo Jangan Fkir Diri Besar

Sejak dari mula lagi orang semua tau. Perlantikan Mohd Khir Toyo adalah agenda tersembunyi Mahathir Mohamad paling besar untuk jadi kayaraya. Mohd Khir Toyo cuma jadi alat dan perkakas saja. Doktor gigi itu diibaratkan seekor “Itik Lumpuh” (lame duck). Kepalanya memang sedia terlentuk-liuk dan mudah dipatahkan. Beliau tidak ada latarbelakang politik yang memberansangkan. Tidak ada tulang belakang!

Sebagai doktor gigi dan berlatarbelakang anak orang miskin papa kedana, nawaitu beliau adalah untuk mencari kesenangan dan kekayaan secara mudah. Sifat ‘inferiority’ inilah yang membentuk peribadi beliau serba ketakutan.

Bekata seorang Ketua Bahagian keturunan Jawa, “Kerana itu si Khir Toyo ini mudah membodek, menjilat dan gentar-kecut “buah sentul’, sebelum tangan-tangan ganas meramas dengan pundi-pundi di selangkangnya”.

Mohd Khir Toyo adalah wakil Pemuda UMNO paling timid. Beliau masuk UMNO dengan berkhayal mau jadi hartawan segera. Sejak kecil, beliau dikenali kawan-kawannya sebagai budak pendiam dan suka mengalah –takut diancam-gertak oleh kawan-kawan sepermainan.

Latarbelakang naik beliau dalam politik kerana desakan hidup sebagai doktor gigi yang tidak mampu menandingi pendapatan kawan-kawan sesama politik yang jadi hartawan. Beliau makin resan dalam hati bila memperbanding dirinya dengan mereka yang mewah hidup kerana melakukan rasuah; tetapi mendapat perlindungan.

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Mahathir dan Siti Asmah sudah lama berdendam terhadap Tan Sri Mohd. Taib dan Abu Hassan Omar. Mereka adalah 2 orang anak Selangor yang keras kepala. Malangnya, masing-masing Ex-MB itu ada kelemahan tersendiri.

Teringatlah kepada Khir Toyo betapa seronoknya mereka sekeluarga menginap tinggal di Banglo RM60 juta dengan renovation cost RM5 juta (baru siap); berbanding dengan rumah teres 2 tingkat RM120 ribu.

Terngiang-ngiang di telinganya orang akan memanggil dirinya dengan gelaran “Yang Amat Berhormat”. Berdengung bunyinya macam suara ‘keramat’. Nampak pula Mercedez panjang berkilat dengan chauffer yang ta’at. Teringat pula, setiap kawan-kawan ‘lamo’ yang menjadi MB bergelar Tan Sri. Makin cerah muka bini bila dipanggil “Puan Seri”.

Tak cukup dengan itu, ramai Cina-Cina kaya datang melamar jadi Kroni. Mereka datang membawa wang rasuah berguni.

“Tak usah takot, Latok; kita oleh boleh galenti! Latok Madey ada, kita olang tak susah hati. Ghua, dia, Latok summa boleh jadi Kloni..!!’. Apek Cantonese bersalaman. Ternampak bini dirumah sampai ke siku gelang intan di lengan!

Nah… itulah akibahnya jika anak orang bangsat dapat pangkat. Mereka cepat lupa diri lupakan janji kepada rakyat. Bahawasanya satu masa dulu mak bapaknya jadi penanam padi di Sg. Manik. Kemiskinan hidup menyebabkan orang sepertinya hilang kasih kepada rakyat, hilang patriotik kepada negeri. Yang penting adalah “Fulus….fulus….fulus…!!!!!”. Siapa mau kasi? Hanya Mahadey… Mahadey a/l Iskandar Kutty..!!

Tengkuk Sudah Di Kayu Pemancungan

Dengan persetujuan Mohd Khir Toyo mengambilalih jawatan MB, beliau sendiri sudah tahu lama apa bahaya yang akan menimpa tengkuknya.

Kes kawasan Putera Jaya jadi Wilayah Persekutaun bukan isu baru. Ia sudah lama dalam “hush..hush..” sejak Mohd. Taib jadi MB lagi. Khir juga sudah tahu sebab-musabab mengapa AHO diagenda tercampak dengan agenda aib. Dia tahu, itu bukan kerja atau fitnah Pembangkang!!

Dan, Khir Toyo juga sudah tahu mengapa beberapa orang kepercayaan Mahatir datang menemuinya – berpakat supaya bersetuju menerima cadangan mempengaruhi ahli-ahli Exco Selangor supaya berpakat. Sebagai ganjaran beliau akan jadi MB.

Dalam keadaan hilang akal, Khir Toyo bertanya, “Apakata sekiranya ada individu yang membantah dan menentang?”.

Beliau diberi mandat supaya melantik Exco DUN baru dalam satu “reshuffle” Exco besar-besaran. Mahathir bersedia untuk menyokong beliau 100%.

Sekiranya, Khir Toyo tidak berjaya, kempitai Mahathir terang-terang berkata, “You jangan tak tau, ada benda PM tahu pasal you yang you sendiri tak sedar you dah buat. Itu rahsialah!”.

Ugutan saikologi inilah yang menyebabkan Khir Toyo makin kecut buah sentul. Dirasa pulak tengkuk – akan bercerailah kepala dengan badan!! Teringat Mohd. Taib dah kena, Abu Hassan menunggu gilirannya. Anwar yang tidak pernah melakukan sebarang rasuah dan karenah aib, tetapi Mahkamah Mahathir putuskan 15 tahun juga. Apatahlagi, dia orang kerdil. Semacam ‘sambal ulik’ saja laaaaaahhh…..!!

Terinngat kesah Mohd. Taib. Siang-siang diketahui, pihak imigresen dan kastam Australia telah diberi “tip-off” oleh kempitai Mahathir supaya memerangkap beliau di sana. Dan, beberapa orang upahan Mahathir pula telah berlepas ke Jakarta, terus ke Java Pos untuk membuat pengakuan bertulis kes ‘melibatkan Abu Hassan dengan adik Iparnya’ pula.

“Semua perkara taggung beres Pak, kalau ongkos bisa dibayar tuni….” kata editor. Maka beberapa juta rupiah “equivalent” seringgit dua bertukar tangan.

Jangan tak tau, orang UMNO yang makan upah itu jugalah yang menghantar email dan bukti jelas segala dokumen yang discan kepada Lamanweb Reformasi. Segala bukti dan guntingan akbar semua lengkap. Media arus perdana diarah membesar-besarkan skandal AHO hingga heboh satu dunia. Kan pandai Mahathir “baling batu sembunyi tangan”? Nak salahkan Pembangkang menfitnah kah?

Kedua-duanya terlongkop “out” sebagai sebahagian agenda Mahathir dan Kroninya. Khir Toyo melihat dengan mata kepala bagaimana kesannya 2 orang bekas MB ini adalah diantara mereka yang berkeras dan menentang pengambilan satu lagi kawasan negeri Selangor untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.

Ini membawa kepada soalan kedua pula, iaitu: Mengapa anggota Exco Kanan Kerajaan Selangor yang berjawatan tidak menggantikan Abu Hassan Omar (AHO)?

Jawapan dari semua anggota Exco yang ada: “Mereka pun sama keras seperti Ex-MB yang sarakan Mahathir mengikut agendanya..!!”.

Ada diantara mereka yang sedia bersih melebihi “Mr. Clean” Abdullah Bedawi (Dollah B). Aada juga diantara mereka yang tidak ada sokongan dan mudah diper”pundek”kan oleh Bahagian dan Ketua Cawangan! Orang seperti itu, tak boleh jalan.

Akhirnya, kedua-kedua mereka yang terlibat dengan skandal sekian lama tersimpan dalam “File Hitam” Mahathir sengaja dikeluar dan didedahkan. Ini adalah kesan dari sekirannya kepentingan si tua kutuk ini terjejas. Khir Toyo maskin kecut!!

Rakyat Selangor Sudah Hilang Hak?

OWWWWW…. TIDAK! TIDAK! Sepatah kata si Khir Toyo, “Sanggup mandi darah”; orang Melayu Selangor mahu tengok sama ada si “Sontoloyo” itu akan “mandi darah” atau “mandi air emas”. Sana sini sudah terdengar imbauan dan asakan diadakan ‘referendum’.

Jika ADUN UMNO/BN Selangor dengan mudah mengalah, dan Baginda Sultan sanggup dirasuah – khabarnya rakyat Selangor sendiri akan menentukan nasib UMNO/BN dalam satu ‘peperangan saraf’. Piket dan demo akan diadakan di setiap Daerah, dan Khir Toyo akan dipertanggungjawabkan sebagai PENGHKHIANAT dan bakal dibuang negeri!

“InsyaAllah,” bekata seorang Ketua Bahagian merangkap wakil rakyat yang berkalibar, “UMNO/BN akan pasti dilumpuhkan di seluruh Selangor. Selangor pasti akan menurut jejak Terangganu dan Kelantan. Itulah yang jadi pelengkap mudah kerajaan Selangor bertukar tangan. Dan selepas itu, mereka yang terlibat akan diheret ke muka pengadilan. Harta mereka akan dirampas dan dikembalikan. Kalau tak percaya …..silakan!!”

Ini yang menyulitkan keputusan dalam persidangan Dewan Undangan yang dijadualkan awal bulan November depan!!
Tengoklah apa jadi..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)