"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
        MAHATHIR DAN UMNO SUDAH 'KEMPUNAN SOKONGAN'
        MELAYU..!!

        TAK terbayang dalam kepala hotak kita macamana Mahathir
        boleh teringat nak 'padukan Melayu' balik semula sesudah 20
        tahun dihancurkan beliau..!!

        Yang peliknya, bukan main ghairah pemimpin UMNO berkhutbah
        di media letronik dan akhbar UMNO Utusan Meloya dan yang
        senasib dengannya; kununnya imbauan pemimpin UMNO itu
        adalah ikhlas demi masa depan orang Melayu.

        Bukan Orang Tak Tau

        Kebelakangan ini, penyokong UMNOlah yang sudah hilang. Tak
        habis-habis Mahathir menyusahkan orang Melayu.

        Sepuloh tahun dulu, rakyat Kelantan sudah memberi mandat
        kepada PAS. Apa riaksi Mahathir yang kita nampak? Rakyat
        Kelantan dicop Mahathir sebagai pengkhianat. TG Nik Aziz
        dianggap seolah-olah Ulamak 'keparat'. Kununnya, tindak-tandok
        politik PAS akan menyebabkan kemerosotan ekonomi rakyat
        Kelantan.

        Bila ditinjau dari dekat, baru kita faham, bukan jumlah
        pendapatan negara dibahagikan samarata oleh UMNO/BN. Kroni
        Mahathir yang serba rakus yang makin membaham semua!!
        Tinggallah sekupang dua untuk direndam dan diminum airnya oleh
        orang Melayu yang dahaga. Kekayaan negara difaraitkan oleh
        Mahathir dengan anak-anak dan suku-sakat serta Kroni
        pilihannya.

        Mahathir dan UMNO fikir orang Melayu ini buta agaknya. Segala
        apa yang diucapkannya, kununnya seperti 'gospel' belaka. Saban
        tahun adalah projek yang diswastakan. Selang setahun
        menjelang ke dua - BANKRUP! Yang tanggung akhirnya rakyat.

        Sebabnya, nawaitu Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO sudah salah
        dari mula. Mereka cuma nak cari kaya segera. Kesejahteraan
        rakyat dan ekonomi mereka jatuh jadi perkara ke dua. Yang
        utama bagi Mahathir ialah tembolok mereka saja.

        Anwar Pembuka Mata

        Pengaiban ke atas Anwar adalah permulaan kelumpuhan UMNO.
        Lebamnya mata Anwar mencelikkan minda rakyat. Tak ada satu
        bijik mata pemimpin UMNO yang menunjukkan rasa simpati.

        Dollah anak Bedawi berkata, "Apa yang dilakukan oleh Perdana
        Menteri pasti berlandaskan keputusan yang telah lama beliau
        fikirkan".

        Nampaknya, Dolah cuma bercakap berasaskan keinginan
        menjawat jawatan Timb. PM saja. Fitrah manusia diketepikannya.
        Bila beliau menjadi Menteri KDN, lagi dahsyat tindak-tanduk
        beliau. Dolah menggunakan kuasa polis untuk melindungi
        kebusukan hatinya. Ratusan ribu rakyat semua kaum dibelasah
        dengan belantan dan diracun dengan gas pemedih mata.

        Itulah dia replika pemimpin yang kununnya akan mengambilalih
        jawatan PM kalau Mahathir MAMPOS terbongkang hari ini!! Dolah
        tak segan silu sanggup jadi Pengerusi Babi Kebangsaan. Dolah
        sanggup jadi 'belukang' Mahathir mengancam keselamatan
        baduan yang diaibkan. Berbohong beliau, kununnya Anwar
        mendapat 'VIP treatment' di penjara. Padahal orang semua tahu
        Anwar sudah tiga suku mati dibelasah rahim Nor dan diberi
        makan ikan masin dan nasi basi di 'cell' beliau.

        Orang Melayu Tidak Kesal

        Orang Melayu sudah habis kesabaran mereka. Iman di dada
        sudah tidak lagi mengampunkan dosa-dosa Mahathir,
        kuncu-kuncu yang tidak bermaruah dalam UMNO.

        Kununnya, Mahathir dengan ego-takbur mentafsirkan gelombang
        asakan rakyat akan dapat ditindas dengan menggunakan dakyah,
        hasutan dan fitnah yang bukan-bukan. Tetapi apa yang berlaku
        sesudah itu, UMNO sendiri hilang pengaruh dan merundum tinggal
        abok saja.

        Perpecahan UMNO 13 tahun dulu semakin ketara. S46 yang
        dikuburkan pemimpin mereka yang bertukar menjadi 'penjarah
        dan penjenayah' tak lebih jadi alat penyebar propaganda Mahathir
        yang tamak kuasa. Mereka bertukar menjadi 'sedayus-dayus'
        petualang bangsa dan negara.

        Ku Li anak raja Kelantan sanggup jadi 'tukang jilat' p*ngg*ng
        Mahathir. Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D hilang kewarasan
        mindanya - jadi 'tukang angkat taik' Mahathir. Apa yang mereka
        mahu cuma pangkat, darjat dan wang sogokan yang raih secara
        putarbelit. Inikah jenis pemimpin UMNO yang bercakap tentang
        perpduan Melayu?

        Satu Cerita Di sebuah Desa??

        Semasa berkunjung ke rumah teman (yang jasadnya masih
        dalam UMNO; tak taulah rohaninya), beliau bertanya: "Wak
        percaya ke? Wak fikir Mahathir tu jujur ke?".

        Saya cuma geleng kepala. Tidak pula bermakna saya
        memperakukan atau sebaliknya.

        Saya mencelah selamba, "Saya lebih suka tunggu dan lihat. Jika
        Mahathir ikhlas, pemimpin UMNO harus lebih dulu bersemuka
        dengan Mahathir menuntut supaya Anwar dibebaskan".

        Menjawab seorang rakan lagi, "Itu susahlah nampaknya, Wak.
        Mahathir cadangkan perpaduan Melayu bukan bermaksud nak
        bebaskan Anwar. Dia cuma nak memasang perangkap samar
        supaya Pembangkang Melayu mengenepikan Anwar dan
        meyokong UMNO!"

        Saya menjawab pantas, "Kalau begitu tak akan selesailah hutang
        Mahathir dan UMNO kepada orang Melayu. Tali pura penyelesaian
        sebenar ada ditangan Anwar. Jika isu Anwar tak dibereskan,
        mustahil masalah UMNO akan dapat diselesaikan. Orang Melayu
        dah tak pedulik lagi kepada UMNO.."
 

        Berkata seorang teman yang sudah lama meinggalkan UMNO,
        "Saya tak yakin Mahathir bercakap benar. Begitu juga pemimpin
        UMNO. Sebaik-baik bukti kejujuran beliau, Mahathir sendiri wajib
        letak jawatan, hadapkan dirinya dengan redha ke mahkamah.
        Kalau titik ditampung, kalau tercurah ditadah. Main songlap
        dibelakang tabir, orang Melayu dah muak-jelak. Cukuplah dua
        tahun" kata beliau dengan nada pantas berbicara.

        Seorang cendekiawan kenalan lama kami berkata dengan nada
        suara berhemat. Katanya, "Jika Dr. Mahathir dan pemimpin
        UMNO berhasrat memperbetulkan UMNO, bukti pertama -
        Mahathir harus memohon maaf kepada semua orang Melayu
        atas kesalahan yang dilakukannya selama 20 tahun menerajui
        UMNO".

        "Kedua," katanya, "Mahathir kena buktikan kejujurannya dengan
        menyerah diri untuk dibicarakan atas sebarang tuduhan rasuah
        dan penyelewengan, kuku-besi dan kezaliman beliau".

        "Ketiga," ulasnya lagi, "atas segala-galanya: Mahathir bersedia
        menyerahkan petaksiran harta beliau, anak-anak, kroni dan
        semua pemimpin UMNO/BN yang kayaraya melalui rasuah dan
        penyewengan. Sesudah itu, baru kita bincang isu perpecahan
        Melayu dalam UMNO. Yang bermasalah ialah UMNO.
        Pembangkang Melayu orait saja", kata beliau sambil ketawa.

        Saya anggap syarat yang dikenakan beliau itu memang akademik
        bunyinya. Tetapi jika diperhatikan, itulah sebenarnya yang
        dituntut rakyat jelata.

        Bermakna, jika pemimpin Barisan Alternatif berbincang tanpa
        syarat mutlak yang dipersetujui rakyat, memang perbincangan itu
        cuma membuang masa sahaja. Satu sen pun tak guna! BA
        adalah parti demokratik bersandarkan kebulatan iltizam rakyat!

        "Maknanya, UMNO harus meREFORMASIkan parti itu sebelum
        'buang-buang cakap' nak padukan Melayu, tak gitu" ulas saya.
        Masing-masing mengagguk.

        Menyampuk seorang rakan (Ketua Bahagian sebuah komponen
        BA), "Kalau begitu tak payahlah kita nak bincang pasal
        perpecahan dan perpaduan Melayu. PAS dan KeADILan sudah
        cukup matang menyatupadukan orang Melayu. Apa sebab nak
        rujuk kepada UMNO? Owwwww? kerana UMNO sudah
        ketandusan isu untuk meraih simpati dan sokongan orang
        Melayu, maka kita datang nak 'rescue??".

        Dalam kami bercerita kosong itu, terdengar dentuman meriam
        buloh yang diledakkan anak-anak yang menceriakan suasana hari
        raya.

        "Kurang akal budak-budak tuh!" celah seorang yang sudah tidak
        bergigi lagi.

        Menjawab saya secara berseloroh, "Meriam UMNO, hihihi..!!!"

        Kami sama-sama ketawa berdekah-dekah sambil mengunyah
        lemang dengan rendang ala Minang. Di TV, terpapar gambar FRU
        sedang membelasah beberapa orang pemuda di Jln Kebun. Tak
        sangka CD itu ada tersimpan dirumah penyokong UMNO juga.

        "Itukah jenis puak pemimpin UMNO yang ajak orang Melayu
        berunding 'demi perpaduan'. Macam GESTAPO memaksa rakyat
        Eropah menyokong Hitler saja.." ujar seorang teman yang dulu
        pernah berkempen menyokong UMNO.

        Kami saling berpandangan!! Tak ada siapa yang ambil perhatian
        kenyataan Mahathir dan pemimpin UMNO!! Kempunan sajalah
        Mahathir dan UMNO nampaknya..!!

        Amin Sapiro
        (BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)