"Laman Reformasi Anti Kezaliman"

Darjat Wanita Islam dan Murtad
By Kapal Berita
11/10/2000 am

KOMENTAR RENCANA ASIAWEEK DAN PERJUANGAN SiS:

Islam adalah ugama yang serba lengkap, jadi mengapakah manusia yang bernama islam mempertikaikan kelengkapannya sehingga sanggup menganggap pandangan ulamak terdahulu sebagai ketinggalan serta tidak mesra-perempuan?

Dalam Islam keadilan tidak bermakna sama rata tetapi keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sewajarnya. Islam tidak sukar untuk dipatuhi jika kita betul-betul memahami pengertiannya. Bukankah Islam itu bermaksud tunduk dan patuh kepada tuhan, jadi mengapakah satu pihak yang mengaku sebagai Sisters in Islam cuba lari dari pengertian Islam itu sendiri. Malah mereka cuba mencari alasan untuk bebas berpakaian dan mentakwil ugama sesuka hati sehingga ayat aurat pun tidak dapat diselami. Saya ingin bertanya - jika benar aurat sdri sekalian begitu rupanya, mengapa bila bersolat tidak dibuka semua kainnya supaya bebas sebebasnya? Bukankah anda sendiri agak gusar tuhan tidak menerima ibadah anda seandainya sehelai rambut mu itu terjurai terdedah cuma?

ISLAM TIDAK SUKAR

Islam tidak menyukarkan hidup kita, sebaliknya kita sendirilah yang merasakan sedemikian kerana ada sesuatu yang kurang dalam diri kita. Bayangkan Nabi Ibrahim (as) sanggup menyembelih anaknya tanpa banyak soal dan ragam tetapi kita begitu bising cuba mencari alasan untuk engkar kepada suruhan tuhan? Mengapakah perangai pemuda dan pemudi kita menjadi sedemikian? Padahal setiap perintah dan larang dalam Islam itu semuanya untuk kebaikkan kita dan masyarakat yang memandangnya. Tuhan akan mebalas dengan sebaiknya barangsiapa yang bertaqwa - dan kisah Nabi Ibrahim (as) itu sampai kini di ulang "sandiwara" setiap tahun bila tiba musimnya - namun sedikit benar umat yang faham isi yang terkandung dan hikmat yang terselindung. Apabila musim korban itu datang menjelma banyak benar lembu dan kambing kehilangan nyawa, tetapi manusia yang melakukannya itu masih tidak faham-faham, dan asyik berdalih "tidak mampu" dan memberi alasan tidak sesuai pula. Tidakkah tindakan kita itu menggambarkan kita cuma berkorban sia-sia kerana inti pati maksudnya ditinggalkan dengan penuh alpa?...

WANITA DALAM ISLAM

Islam memandang serius kepentingan kaum hawa dan penghormatan itu bermula sejak kaum seperti itu beroleh secebis nyawa untuk ujud dari tuhannya. Bukankah Islam yang menyelamatkan bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup semasa jahiliyah dulu? Lihatlah Nabi sendiri mengahwini seorang yang jauh lebih tua dari dirinya itu. Bayangkan manusia yang kedua memeluk Islam adalah isteri Nabi sendiri. Fikirkanlah Siti Hajar yang dimuliakan tuhan sehingga setiap bakal haji MESTI melakukan drama kasihnya beliau kepada anaknya sehingga dimestikan berlari tujuh kali. Bayangkan makam siapakah yang sebegitu hampir dengan Kaabah yang dikunjungi umat seluruh dunia sambil bertasbih kepada Yang Esa? Itulah sebenarnya pengiktirafan Islam terhadap wanita, malangnya si buta tidak akan dapat merasakannya kerana mereka sudah mabuk dengan pesona dunia yang tiada artinya.

SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU

Ada banyak contoh lain bagaimana Islam membantu wanita. Lihat sajalah nasib balu pejuang Islam yang terdahulu, siapakah yang mengahwini mereka jika tidak pejuang Islam juga. Malah Islam telah meletak syurga itu sendiri dibawah telapak kaki ibu sebagai satu gambaran betapa besarnya peranan dan status seorang ibu.

MULUT YANG TERKUNCI

Bagi kita umat Islam, kita merasa sedih isu sebegini amat kurang difahami oleh orang bernama Islam sendiri, atau menggelar diri mereka sebagai kumpulan Islam. Bayangkan kita mempunyai pelbagai institusi khas yang ditubuhkan oleh kerajaan tetapi SEMUANYA tidak dapat mengeluarkan kenyataan, seolah-olah mulut mereka semua itu sudah pun "terkunci" atau dikunci oleh seseorang. Bukan itu sahaja, kita juga mempunyai Persatuan Ulamak Malaysia tetapi kenapakah pandangan sisters in islam pula menjadi ribut ditengah jalan?

BERCINTA UNTUK BINASA

Memang kita sedar ada seorang editor NST bernama Rose Ismail yang merupakan orang 'kuat' SiS yang berjuang untuk kumpulan itu dari dalam. Tapi kita juga ada pelbagai warga Islam yang lebih berpengalaman dari perempuan yang sudah lupa yang mana aurat dan yang mana bukan.

Sanggupkah NST bercinta dengan editornya si Rose Ismail, budak SiS yang seorang itu cuma, daripada beribu-ribu pelanggan yang yang berugama Islam? Bukankah prestasi akhbar NST sudah semakin melarat sehingga akhbar yang kecil seperti Sun pula lebih kedepan? Tidak takutkah NST kalau semakin ramai nanti pembacanya mengangkat kaki untuk mencari berita lain yang lebih mesra Islam dari dirinya? Percayalah ... kalau Rose seorang yang lari NST akan selamat tetapi jika semua pelanggan NST lari, NST pasti akan mangkat.

PATUNG TIDAK BERNYAWA

Sikap ulamak yang membisu atau sengaja mengunci mulut mereka amat menyedihkan kita. Sewajar pada zaman siber ini mereka patut tampil kehadapan kerana dunia siber tidaklah sesukar mana. Identiti mereka pula boleh dilindungi dengan pelbagai nama samaran dengan senangnya. Emel percuma pula terdapat di serata dunia untuk dipinjam tanpa perlu membayar apa-apa. Laman web pula senantiasa bersedia tanpa syarat ala diktator tua - tetapi syarat kebenaran semata.

Sudah tiba masanya ulamak membicarakan hal ehwal semasa, dari duduk mengajar atau menunggu jemputan masjid yang tidak kunjung tiba. Sekali bicara anda sudah didengar keserata dunia, tanpa perlu letih jauh mengembara. Di manakah anda di saat rakyat memerlukan petunjuk dan pedoman di alam semesta?

Masjid hari ini sudah pun dikawal oleh binatang - sewajarnya kita cuba membaca beberapa petunjuk dari langit apabila binatang yang kotor boleh masuk dan mengotori masjid di saat negara megah dengan menara tertinggi di dunia. Tidakkah terbayang satu tanda bahawa kita cuma mampu bermegah menjaga menara tapi gagal-segagalnya menjaga tempat beribadah kecil dari tercemar walaupun ia terlalu dekat terpampan di hadapan mata?.

 UNDANG-UNDANG YANG TERBATAS

Gejala murtad yang menjadi-jadi kini antara lain disebabkan oleh undang-undang hari ini amat terbatas. Ia menyukarkan umat Islam untuk memelihara umatnya yang terpedaya. Kes Aishah Bokhari amat menggemparkan negara, tetapi nampaknya negara kita yang masih mengaku "negara Islam walau tidak mengamalkan hukum Islam" tidak dapat berbuat apa-apa sekian lama. Dakyah pihak tertentu di dalam negara ini telah mengambil kesempatan kelemahan undang-undang ini untuk mengkristiankan anak melayu seramai mungkin, khususnya wanita Islam yang mudah dilamun cinta atau terminum segelas air puaka sehingga lupa diri dan terus diperkosa.

ENAKMEN MURTAD

Adalah amat malang satu kumpulan yang menamakan dirinya Islam sendiri melenting membantah undang-undang murtad ini disaat orang islam dilanda gejala ini yang amat menyentuh jiwa. Mereka mengutip beberapa ayat al quran disini dan disana untuk membenarkan kata - malangnya ia hanya mencerminkan betapa sempitnya ilmu mereka seandainya ada. Maka ditakwillah bahawa "Tiada paksaan di dalam ugama" tanpa memahami ayat tersebut diturunkan kepada siapa yang sebenarnya. Sikap mereka itu sebenarnya menampakkan lagi betapa ceteknya mereka dalam ilmu ugama.

Dalam al quran ilmu asbabun nuzul amat penting - jika tidak sia-sia sajalah ulamak terdahulu yang terkenal seperti As-Suyuti mengarang pelbagai kitab, yang sudah STANDARD BERABAD LAMANYA seperti Durrul Mansur, al Itqan, Jam'ul Jawami, Jami'ul Saghir dan lain-lain. Malah ulamak-ulamak al Quran lain juga banyak yang mengambil pandangan Suyuti, tidak kira mazhab apa mereka itu semua! Bukalah sebarang kitab tafsir yang muktabar, SEMUANYA akan membuat rujukkan kepada buku As-Suyuti ini!

Saya tidak berhasrat untuk mengupas sebab turunnya ayat 255 surah alBaqarah ini. Memadailah dengan satu komen dari seorang ulamak terkemuka yang telah mati syahid dalam penjara dibunuh oleh kuncu Saddam Hussein dalam buku "An Introduction to Islamic Political System". Beliau bertaraf "mujtahid" dan disegani di seluruh pelusuk dunia.
 

"Some people have misinterpreted the verse which says:

"Thereis no compulsion in religion. True guidance has now become distinct from error".

They think that like modern culture, Islam also has left man free to choose his religion, and that there exists no compulsion in this respect. Actually this impression is entirely wrong. Islam which has come to emancipate man from every kind of servitude on the basis of monotheism, can never allow him to degrade his personality to the extent of adoring earthly gods. Besides, Islam regards itself as the only true basis of human development.

As there is no possibility that western democracy, in spite of its belief in individual freedom of every member of society, would ever convert itself into fascism or dictatorship, similiarly Islam cannot allow a revolt against its basis principles and the renunciation of its fundamental doctrines.

The prohibition of compulsion in the Quran indicates that a clear distinction has been made between good and evil and between right and wrong. Now it is easy for everyone to find out with proof what is correct and what is not. So there is no need of any compulsion. Anyhow, it may be added that religion is not simply a dry statement to be repeated. It is an ideology and a way of thinking. Hence by its nature, it cannot be forced on anyone."

MURTAD MEKAP UMNO?

Kita tidak perlu berburuk sangka kepada sebarang usaha untuk menguatkan ugama, walaupun pihak yang melakukannya mungkin hanya berpura-pura atau pun musuh lama yang mungkin menyamar gertak sahaja atau cuba menjadi juara. Jika umno sudah lama memperjuangkan Islam, bukankah PAS dengan sendirinya sanggup untuk membubarkan dirinya? Tetapi situasi terkini menggambarkan Islam menjadi satu kata-kata yang amat digeruni oleh umno sendiri sehingga ia dicuba disempitkan dengan pelbagai alasan "tidak sesuai" dan "tafsiran semula". Kata-kata perdana menteri baru-baru ini bahawa undang-undang murtad masih dikaji lagi menggambarkan ia hanya satu sorak hambar cuma....

PUNCA MURTAD

Sebenarnya murtad menjadi-jadi kerana sistem pendidikkan yang tidak sempurna serta sikap kerajaan yang sengaja membiarkan fahaman mengarut dan ideologi modernisme dan liberalisme menular dan mendapat publisiti yang tidak sepatutnya. Saya bersetuju dengan pendapat Tok Misai, di mana kerajaan berpura-pura memangga pintu, tetapi pada waktu yang sama tingkap dibuka seluas-luasnya. Hasilnya yang asal balik ke usul dan yang usul balik ke asal. Ia tidak akan menjadi..... apatah lagi kerajaan yang ada kini asyik mengatakan "lambat lagi", "tidak mampu" dan "belum bersedia" baik di dalam negeri, mahupun diluar sana.

Amat malang bagi Malaysia, negara yang dikatakan "sudah Islam walaupun tidak mengamalkan hukum hakam Islam" oleh mamanda perdana menteri, dapat menerima bahan cetak kumpulan SIS yang cuba menjadi "pakar Islam" dengan ilmu yang sekurus lidi. Sekaligus kumpulan ini bukan sahaja tidak mengiktiraf seorang dua ulamak terkini, tetapi semua pandangan ulamak terdahulu yang amat teliti dan sukar dicari ganti.

Kalau otak kita cerdik sedikit, kita tidak perlu berfikir panjang untuk menolak penulis upahan seperti Astora, Kasim Ahmad, Abdullah Ahmad dan Rose Ismail, Amina Wadud atau Zainah Anwar itu. Lihat sahajalah beberapa mukasurat lain dalam akhbar NST. Saban hari ada saja aksi ghairah lagi berahi tubuh wanita atau botol arak menghiasi ruang iklannya di sana dan di sini sehingga orang melayu barua(a) pun tidak terkecuali menjadi pengaksi..

Mungkin kita perlu membaca rencana awal siapakah Sis yang sebenarnya, sehingga anak diktator tua berpaut rapat dengannya.... (sila rujuk rencana Laman SiS (Sisters in Sin) oleh web aNtu dalam KM2).