"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
LUNAS SATU PERJUANGAN DAN PENGHORMATAN

ANTARA BA & BN

Pertamanya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi rahmat dan hidayahnya agar YB. Saifuddin berjaya di LUNAS bagi pihak 23 juta rakyat dan bangsa Malaysia. Kini genap 3 hari YB. Saifuddin bergelar Yang Berkhidmat LUNAS … dan yang pastinya tangis dan raungan kini terletak pada bahu BN. Kita mengambil senario terkini Tragedi LUNAS ( bagi BN la )

1.      Semalam di Mesyuarat MT UMNO - dengan rasminya dan pertama kali Mahathir@Mahafiraun telah mengesahkan serta terpaksa mengistiharkan bahawa di LUNAS sejak hari penamaan Calon (21/11/2000) lebih 100,000 penyokong BA berada disana dan pada hari pengundian (29/11/2000) lebih 120,000 penyokong BA berada di LUNAS …. Satu kenyataan rasmi yang terpaksa diakui dan memecahkan pekung BN sendiri.

a.      Kalau media cetak dan elektronik kroni BN sejak peristiwa Jln.Kebun (5/11/2000)sehingga hari mengundi di LUNAS (29/11/2000) … dengan rasa bangga dan bongkaknya melapurkan …. " tak sampai 3,000 orang penyokong BA berada di Jln.Kebun atau di LUNAS….. dan tiada sambutan serta REFORMASI telah mati " … itulah sebahagian kenyataan Berita Harian / NST / Utusan Meloyakan / The Star / The Sun / TV ¾ / RTM dan lain-lain rakan yang sewaktu dengannya yang sentiasa menipu fakta dan cerita benar untuk tatapan rakyat dan bangsa Malaysia.

b.      Begitu juga kenyataan YB Dr.Wan Azizah dan pemimpin BA pun nak diputar belit oleh media kroni.

c.      Begitu juga media kroni mengambarkan Kompenan BA telah hancur lebur akibat pencalonan di LUNAS.

d.      Bernama pun sanggup menipu rakyat dengan menyatakan Tian Chua dah letak jawatan dalam keADILan.

e.      Taktik adu-domba dan melaga-laga pakatan BA … akhirnya ditertawakan oleh pengundi LUNAS dan 23 juta rakyat Malaysia.

f.      Bak kata Pak MT … Hukum Karma Buat BN terlaksana di LUNAS.

g.      Apabila Mahathir@Mahafiraun mengakui jumlah kehadiran lebih 100,000 tersebut … maka terbongkarlah segala penipuan dan sandiwara media kroni UMNO@BN … dan memang wajar kempen Boikot Media diteruskan dan dipertingkatkan …. Kerana media ini tidak telus dan terus mengampu UMNO@BN … tanpa melaksanakan dasar dan ektika kewartawanan yang telus lagi ikhlas.

2.       Apabila pembohongan melalui media gagal mempengaruhi rakyat dan pengundi LUNAS …. Mahathir@Mahafiraun terkejut BERUK dan terkedu serta meraung sakan kerana akhirnya di sendiri telah di liwat dan di perkosa oleh juak-juaknya sendiri.

3.      Adakah 100,000 pendokong BA itu pengundi hantu seperti dakwaan Mahathir@Mahafiraun…. Sedangkan pengundi LUNAS hanya 26,000 orang aje …!!! Kalau BA bawa pengundi Hantu … dah tentu YB. Saifuddin menang kurang-kurangnya 50,000 mejoriti kat LUNAS…???? Tak de akai ka… nak dakwa gitu…!!! Dah kalah buatlah cara kalah… ikut macam kami lawan tetap kalah … walaupun kamu selalu tipu kami .. tetapi sekali-sekali tipu UMNO@BN pasti tak menjadi.

4.      Budaya samseng adalah puncanya BN kalah di LUNAS … apakah Mahathir@Mahafiraun sedar waktu membuat tuduhan ini …..!!! atau memang orang tua ni dah nyayok serta bangang (seperti dakwaan ahli MT UMNO@BN Datuk Shahrir Samad ) …. Siapa yang samseng  dalam isu ini….!!!! Kan kamu telah mengunakan FRU dan SB untuk membelasah kami sejak 20hb.Sept.1998 lagi … tapi di LUNAS ada ka FRU dan SB kami jentik dan terajang …. Kami berbangga dengan ANGGOTA POLIS DI LUNAS kerana menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas serta menerima tanggung-jawap rakyat diatas bahu mereka.

5.      Siapa maki siapa di LUNAS … siapa yang kurang ajar di LUNAS …. siapa menipu di LUNAS … siapa gunakan masjid untuk berpolitik di LUNAS … siapa bangkitkan isu perkauman di LUNAS … siapa yang membangkitkan isu agama di LUNAS ….??? Tepuk dada tanyalah otak kamu wahai Mahathir@Mahafiraun .

6.      Kini LUNAS telah melunaskan banyak perkara diantaranya :-

a.      Isu perkauman … kaum CINA / MELAYU / INDIA …. Di LUNAS telah membuktikan sistem kasta dalam BN telah dinyahkan dan diketepikan  oleh penduduk LUNAS …. Kini UMNO@BN , MCA@BN, MIC@BN , GERAKAN@BN terpaksa mengakui hakikat sebenarnya budaya politik perkauman dan kasta politik yang dipertahankan oleh BARISAN NAJIS telah dilunas oleh orang LUNAS.

b.      Di LUNAS …. ISLAM bukan lagi satu ketakutan kepada bukan ISLAM …. Kalau BN sentiasa menjadikan ISLAM SAMA ERTI DENGAN KAUM ATAU KETURUNAN … tetapi di LUNAS … ISLAM dijadikan asas kehidupan syumul seluruh manusia … dan kaum CINA / INDIA di LUNAS dengan tegas mengakui ISLAM ITU SATU AGAMA YANG SUCI … DAN PENGANUTNYA WAJIB MEMPERTAHANKAN KESUCIANYA…. Itulah mesej dari kaum CINA / INDIA di LUNAS … mereka yakin dengan contoh kepimpinan ISLAM yang telah dibuktikan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu.

c.      Seperti biasanya Barisan Najis akan menjadikan ISLAM itu sebagai satu kaum ( MELAYU) … tetapi di LUNAS … penganut ISLAM dari kaum CINA / INDIA / MELAYU telah menyerlahkan diri mereka kepada penduduk LUNAS … bahawa ISLAM itu bukan untuk satu kaum sehaja….tetapi ia bersifat antarabangsa… dan begitu juga dengan penganut Kristian / Buddha / Hindu dan lain-lain agama di Malaysia telah memecahkan tembok besar yang di BINA OLEH UMNO@BN berserta kroninya … yang mana di LUNAS … semua penganut agama di Malaysia ini telah duduk semeja dan sama rata dalam membincangkan HAK DAN KUASA RAKYAT SERTA BANGSA MALAYSIA DI BAWAH REJIM ZALIM MAHATHIR@MAHAFIRAUN …. Inilah yang berlaku di LUNAS.

d.      Di LUNAS segala perbezaan dalam isu perkauman dan agama telah diruntuhkan serta dilunaskan oleh pendokong Barisan Alternatif … kalau dahulunya perbincangan isu politik atau isu semasa … hanya terletak pada bahu ahli politik sehaja…tetapi Di LUNAS …. Dari anak kecil sehingga orang tua dari pelbagai bidang dan pendidikan … telah semakin matang apa itu politik dan kuasa rakyat …. Pengundi LUNAS sendiri telah menjadi wakil bagi 23 juta rakyat Malaysia … bahawa POLITIK dan KUASA adalah milik mutlak rakyat…bukanya milik Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …. Mesej ini jelas telah disampai oleh pengundi LUNAS …. Kalau Barisan Najis dan juak-juaknya masih mahu mempertahankan kuasa yang dirampas dari rakyat ini … maka bencana yang lebih dahsyat akan berlaku di Malaysia… mesej ini cukup jelas dan tegas di hantar kepada Mahathir@Mahafiraun serta Barisan Najis … masa kedua-duanya telah sampai …. Jika masih ada masa … kami rakyat dan bangsa Malaysia masih memberi waktu kepada anda agar nyah dari bumi Malaysia uang bertuah ini.

e.      Di LUNAS juga segala anjakkan paradigma dan budaya politik alaf baru benar-benar terserlah …. Dimana sistem kasta (protokol) dalam POLITIK … telah mula di hapuskan dalam BARISAN ALTERNATIF …. Kalau Barisan Najis bagai nak gila melakukanya … tetapi di LUNAS … seorang Presiden Parti atau Ahli Politik boleh mendengar pandangan seorang bawahan bahawa wajib diambil perhatian serta perbincangan warcana politik adalah milik rakyat marhaen.

Kalau di LUNAS seorang professional pun boleh diarah seorang penoreh getah (Kerana ia ketua UPU) dalam melaksanakan tugas JENTERA PARTI BA ….inilah senario terbaharu dalam politik Malaysia …. Dan REFORMASI TOTAL pasti berjaya direalisasikan … sesiapa yang berkarisma seorang pemimpin layak menjadi pemimpin … tetapi para ilmuan dan professional adalah asas pemerintahan adil sesebuah negara ….. kini dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia ini adalah layak menjalankan haknya sebagai rakyat dan bangsa Malaysia yang mahukan MALAYSIA YANG ADIL BERTERASKAN AL-QURAN SERTA AS-SUNNAH.

SPR & HANTU LUNAS

Setiap pilihanraya umum atau kecil  isu yang serupa juga dibangkitkan oleh BA ataupun BN …. Pengundi hanyut / pengundi hilang / pengundi hantu …. Seolah-olah tanpa isu ini maka pilihanraya tidak boleh diadakan dan ia ibarat irama dan lagu bagi SPR serta BN.

1.      Kot Mahathir@Mahafiraun lupa … atau memang tak tau…. Dalam Bulan Ramadhan ini Allah s.w.t merantai dan memenjarakan segala jin/hantu/jembalang/syaitan dan rakan sewaktu denganya… mereka ni tak boleh keluar dari tempat tahanan … tapi HANTU-HANTU  UMNO@BN yang diketuai Maharaja Mahathir@Mahafiraun cuba nak menongkah arus … masih nak duduk kat luar dah tu buat perangai pulak  … !!! tapi depa lupa GHOST BUSTER Barisan Alternatif lagi terror ….. pasal tangkap HANTU KETURUNAN UMNO@BN agak mudah pasai HIDUP DEPA BESAR-BESAR BELAKA…!!! …. Lain kali jangan main dengan HANTU DALAM BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK… pasti kena tangkap.

2.      Kalau 2000 nama pengundi LUNAS hilang bak orang hanyut …. Dan satu rumah 7 pengundi (pada hal  dua orang aje pengundi yang layak mengundi dalam rumah tu ) dan alamat tidak pernah wujud dikawasan LUNAS .. telah berlaku dan telah disaksikan oleh 23 juta rakyat Malaysia apakah ketulusan SPR telah benar-benar wujud kini … atau SPR ibarat kuli batak UMNO@BN.

3.      Apabila 18 buah bas ( 14 buah sebelah pagi 29/11/2000 dan 4 buah lagi sebelah petang ) … .dikatakan penyokong UMNO@BN serta rakan sewaktu denganya …..apakah alasan rasmi SPR dalam isu ini dan jawapan BN bahawa POLIS KEDAH PENAKUT … kita ambil pendekatan sebenarnya :-

a.      Kalau pemandu BAS TERSEBUT MENGAKUI PENGUNDI HANTU YANG DIBAWA dimanakah alasan BN dan SPR dalam isu ini … pasal pemandu dan towkey bas mengaku menerima bayaran yang lumayan untuk membawa pengundi hantu ini dari UMNO@BN . Senarai nombor BAS HANTU yang ditahan di Balai Polis LUNAS pada 29hb.Nov.2000:-

1. PCJ 5255 /  2. PCE 5427 / 3. WDB5115 / 4. KAB 6872 /  5. WCL 575 / 6. KAH 8885 / 7. KAG 2888 / 8. PCR 6930 / 9. WCB 5101 / 10. WCL 575 / 11. BDM 6689 / 12. WCK 2943 / 13. KAB 6872 / 14. WHM 9585 / 15. NAN 7686 /  16. ACC 6699 / 17. MAD 4001 / 18. WCF 196. ….. 18 buah lah .. kat mana nak sorok dan tuduh pulak  BA bawak pengundi hantu seramai 120,000 orang kat LUNAS.

b.      Kalau PENUMPANG BAS TERSEBUT ( dengan bukti  nama / alamat / no.kp  dan gambar telah diserahkan kepada pihak POLIS ) mengakui menerima RM 50.00 sehingga RM 100.00 untuk pergi mengundi di LUNAS sedangkan dia tidak pernah mendaftar untuk jadi pengundi LUNAS.

c.      Senarai nama penumpang tidak sama dengan penumpang dalam BAS ( nama penumpang orang Melayu dan Cina ) .. tetapi semua penumpang orang INDIA mana revelenya permit penumpang bas ini.

d.      Pemandu BAS memaklumkan dia bawa orang pergi rumah orang kahwin ….. " kita kata bulan puasa ni mana ada orang Islam buat majlis kahwin siang-siang buta ni " …. Talak kawan ini rumah orang kahwin INDIA lah …  itulah jawap pemandu BAS ….  Kita Tanya lagi " Hallo kawan ini penumpang BAS semua adakan PAKAI TELEKUNG KA …. Pemandu BAS dengan bangang dan bodohnya menjawap "Ada encik dia orang sembahyang kat masjid pagi tadi …. Ada ka punya bangang pergi kahwin orang INDIA … tapi sambahyang pakai telekung kat masjid bulan puasa ini …. !!! heran jugak pemandu BAS ni kenal apa itu kain telekung …. Islam agaknya pemandu bas ni …….!!!! tolong jawap…!!! Kita nak Tan Sri Khalil…jawap ???

e.      Heran jugak Apek tua kat LUNAS di dah 50 tahun tinggal kat rumah tu …. Dan 10 kali undi kat Lunas .. tapi 29hb.Nov.2000 … Apek Tua ini tidak lagi menjadi pengundi LUNAS …. 19 peti undi tak de pun satu nama dan no.kad pengenalanya .. .sedangkan dia tidak pernah pindah dari Lunas …. Kat mana SPR letak nama Apek Tua ni….???? Apek ni memang orang kuat DAP sejak dahulu lagi ….!!!!.

f.      Kalau Tan Sri Khalil / Pengerusi MIC Kedah / MIC Selangor dapat membuktikan mereka ini bukan pengundi hantu … kenapa nak halang semakkan nama mereka ini di pejabat SPR di LUNAS …. Kalau nama mereka ini ada sebagai pengundi sah orang BA sendiri akan hantar mereka kepusat mengundi …. Dan kenapa Pengerusi MIC Kedah dan Selangor bersetuju mengarahkan 18 buah Bas Hantu ini keluar dari LUNAS … kalau benar mereka ini benar-benar petugas dan penyokong BN … yang lagi heran kepada 4 buah lagi datang kat LUNAS dah dekat pukul 5.00 petang … kalau nak tolong jentera BN, tentu pagi-pagi buta dah ada di LUNAS.. ni dah dekat nak tutup pusat mengundi baru nak sampai … orang PENANG dan Sungai Petani aje … bukanya jauh sangat … dah petang baru nak
 sampai kat LUNAS….????

g.      Kenapa Tan Sri Khalil terpaksa akur dan setuju dengan YB Azmin Ali di hadapan Balai Polis LUNAS …. " Tan Sri kita dari Lubang yang sama dahulu …. Apakah Tan Sri nak menafikanya " …. Tan Sri Khalil terpaksa akur dan mengaku dengan senyum sinis pada YB Azmin Ali pada pagi itu … begitu juga Timb. Ketua Polis Kedah telah menjalankan tugasnya dengan baik kerana ia tahu BARISAN ALTERNATIF telah berjaya membuktikan segala DAKWAAN PENGUNDI HANTU INI MEMANG WUJUD dengan pengakuan pemandu dan penumpang bas tersebut.

4.      Kini ketelusan SPR boleh diragui dan dipertikaikan … yang selama ini UMNO@BN dengan rakusnya dan sewenang-sewenangnya mengunakan segala jentera dan kemudahan SPR demi kepentingan peribadi dan survival politik puak-puak UMNO@BN .

5.      Apa yang kita ragui selama ini terhadap SPR akhirnya terbongkar di LUNAS … dan SPR adalah satu badan kerajaan yang telah diliwat dan dinodai oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN … SPR kini menjadi agensi milik UMNO@BN … bukanya milik kerajaan Malaysia ….??? Dan dengan ini SPR sebenarnya berkerja untuk BARISAN NASIONAL bukanya sebagai badan bebas yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia … ia telah UMNO@BN oleh Mahathir@Mahafiraun.

 Mahathir@Mahafiraun menuding jari….????

1.      Kalau Shahrir Samad kata Mahathir@Mahafiraun yang nyayok puncanya BN kalah di LUNAS …. Tapi Mahathir@Mahafiraun mula menuding jari kepada BA …. Semuanya punca BA lah BN kalah  di LUNAS.

2.      Mahathir@Mahafiraun terpaksa akur dan mengaku bahawa KeADILan  telah menjadi punca utama kekalahan BN ditangan BA di LUNAS … dia terpaksa akur bahawa PEMUDA BARISAN ALTERNATIF tegas dan mantap dalam tugas yang diamanahkan….!!! Tapi PEMUDA dan PUTERI UMNO@BN sepi bak bapuk kerana ketua dan timbalannya sebok melayang PUTERI UMNO@BN KESAYANG MAHATHIR@MAHAFIRAUN sehinggakan makcik-makcik laser WANITA UMNO@BN dijadikan hamba-abdi oleh KHADAM SAMMY VELLU di LUNAS…sehingga hari ini makcik-makcik laser ni masih terkedu dan duduk terjelepoh akibat menjadi tunggangan Sammy Vellu di LUNAS.

3.      Kalau RM 21 juta terpaksa di laburkan dalam projek IHSAN di LUNAS …. Kat mana Mahathir@Mahafiraun nak bill-out balik duit ni …. Orang CINA mampuih tak mau lagi tolong BN…..!!! mimpilah …… orang CINA tak boleh maafkan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN ….. mereka teruk dihina dan perlekeh…… tak kan nak tolong lagi puak perosak negara ini …. Itu sebabnya Mahathir@Mahafiraun terus menerus menikam kaum Cina ini memiliki puak EXTRIMIS dan KOMUNIS ….. tetapi Mahathir@Mahafiraun lupa  EKONOMI  MALAYSIA DI MONOPOLI OLEH ORANG CINA ….???? Ibaratnya kini Mahathir@Mahafiraun telah menjolok sarang tabuan yang telah lama berada di puncak bukit … cuba anda bayangkan …. Sekawan tabuan dari arah bukit menyerang kebawah bukit … betapa dahsyatnya malapetaka yang akan menimpa….!!!

4.      Kini tudingan Mahathir@Mahafiraun telah menuding dirinya sendiri … kalau dari 2hb.Sept.1998 sehingga 2hb.Dis.2000 … Mahathir@Mahafiraun memang sedar muka bumi ini tidak rela menerima dirinya …. Cuba kita lihat senario dalam tempoh 2 tahun ini ….. Mahathir@Mahafiraun sebenarnya tidak mampu untuk berada diatas bumi ini …. Dan hidupnya sentiasa berada di udara …. ( dalam kapal terbang ) dan segala ketakutanya memang benar dan sah … dengan harapan menuding jari kepada orang laini dia boleh menghilangkan rasa takutnya itu .. tapi inilah HUKUM KARMA …. Dia tidak mampu tinggal lama diatas muka bumi ini … jadi tempat yang difikir sesuai oleh Mahathir@Mahafiraun hanya diatas langit sehaja … kerana dilangit tiada negara dan manusia nak diperintah…itulah yang berlaku pada Mahahtir@Mahafiraun kini.

5.      Kalau diatas muka-bumi Malaysia ini Mahathir@Mahafiraun tak mampu nak tinggal … bagaimana dia nak menjadi Maharaja kini …. Apa yang tinggal kini hanya ruang udara yang tinggal …. Tapi jangan ditunggu pulak ruang udara sudah tidak mahu pada Mahathir@Mahafiraun kat mana pula mampu dia nak tinggal….????

Kalau LUNAS telah melunaskan janji rakyat Marhaen … bahawa UMNO@BN dan juak-juaknya sudah tidak layak lagi memerintah dan menjadi penyelamat rakyat serta bangsa Malaysia … kalau mesej yang disampaikan oleh pengundi LUNAS tidak mahu difahami oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN kini telah tiba masanya mereka meninggalkan sistem politik tradisi lagi kuno… yang meletakan sistem kasta dan perkauman dalam agenda politik …..!!! dan sikap nepotisme , kronisme dan budaya menghambakan rakyat jelata demi kepentingan peribadi serta survival politik mereka….????

Kalau mesej ini masih tidak mahu diterima dan dimuhasabah diri oleh UMNO@BN serta rakan yang sewaktu denganya …. Tunggulah hukum karma yang lebih dahsyat yang akan diterima oleh kamu semua …. Selagi ada masa dan waktu yang sedikit ini … kembalilah kepangkal jalan …. Bersama-sama rakyat dan bangsa Malaysia … MELAHIRKAN MALAYSIA YANG ADIL BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA SERTA PEJUANG REFORMASI MALAYSIA.

" KHAS UNTUKMU PENDUDUK LUNAS YANG TELAH MEMBERIKAN SATU PERJUANGAN DAN PENGHORMATAN BUAT PEJUANG HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA"

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
 2HB.DIS.2000

REFORMASI & ISLAH