"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
VCD - FITNAH ANWAR
VCD - SIASATAN POLIS TERHADAP KES DSAI DAN PENGAKUAN PALSU SAKSI KRONI.

UNTUK PENGEDARAN DI LEMBAH KLANG DAN SELURUH NEGARA.

PSARAFHQ telah menemui ketiga-tiga siri terbaharu selepas siri " KEBENARAN DAN KEADILAN UNTUK ANWAR " dengan tajuk baru :-

1. SIAPA ANWAR ?
2. ANUGERAH PELAKON TERBAIK !
3. PAS ISLAM SEBENARNYA

Keempat-empat VCD ini adalah mengenai fitnah dan pertuduhan palsu dalam kes liwat DSAI serta rakaman pengakuan saksi palsu dihadapan bekas imam besar masjid negara YB Ustaz Taib Azzamuddin yang dirakam khas dengan niat dan agenda tertentu dengan mengunakan tajuk " PAS ISLAM SEBENARNYA " …. Pihak yang mengeluarkan VCD ini benar-benar ingin mengaibkan DSAI dan Keluarganya serta KeADILan dan PAS kerana setiap VCD ini adalah bersiri dan mempunyai hubung kait rapat setiap satu jalan ceritanya.

VCD tersebut kini begitu meluas diedarkan secara percuma oleh pihak yang berkuasa dan bertanggungjawap keatas kerajaan Malaysia. Telah banyak laporan polis dan rampasan dilakukan oleh BA … tetapi pihak berkuasa hanya menganggap ia sebagai satu perbuatan yang mulia serta tidak menyalahi undang-undang negara.

Walau bagaimanapun PSARAFHQ amat berharap kerjasama semua pihak agar dapat memantau perbuatan mengedar ke empat-empat VCD fitnah ini ….. kita teruskan laporan polis dan rampasan …. Yang terbaiknya orang ramai dapat menangkap wakil pengedar VCD fitnah ini …. Dan serahkan kepada pihak berkuasa bersama bukti dan maklumkan terus kepada Parti KeADILan Nasional untuk tindakan lanjut diperingkat pusat.

Langkah-langkah yang perlu diambil

1.Sila bawa salinan VCD tersebut dan membuat laporan polis dan bantahan keatas pengedaran VCD ini.

2.Sila nyatakan tarikh dan masa anda menerima atau menemui VCD dipeti surat anda.

3.Sila nyatkan alamat penuh VCD ini ditemui.

4.Sila ambil gambar VCD ini sebelum ia diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti.

5.Sila buat salinan keatas Laporan Polis yang telah anda lakukan dan sila hubungi mana-mana Pejabat KeADILan yang terdekat dengan tempat anda untuk menyerahkan salinan Laporan Polis ini untuk tujuan pengumpulan data.

6.     Kepada mereka yang tidak ingin membuat laporan Polis…. Anda boleh menyerahkan VCD ini kepada Pejabat KeADILan yang terdekat ditempat anda.

Dengan kerjasama orang ramai mengenai isu VCD FITNAH ini ….. PSARAFHQ amat berharap dalang yang sebenarnya  akan dapat dikenal pasti …… dan siapakah pengedar serta pembekalnya akan dapat diambil tindakkan yang  sewajarnya. Tindakkan dalang-dalang VCD FITNAH ini secara lansung telah menampakkan pihak yang menentang BARISAN ALTERNATIF telah ketandusan modal dan idea dalam usaha untuk mempertahankan hujah serta dakwaan mereka, kerana rakyat dan bangsa Malaysia telah tidak percaya kepada kata-kata dan dakyah puak-puak yang  memusuhi BARISAN ALTERNATIF.

Akhirnya dengan kerjasama rakyat dan bangsa Malaysia membenteras pengedaran VCD ini, kita semua akan dapat membuktikan KES DSAI adalah  SATU KONSPIRASI TERTINGGI UNTUK MENJATUHKAN ANWAR DAN SIAPAKAH DIA PENGKHIANAT UTAMA NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

Dengan kerjasama bersepadu semua pihak, PSARAFHQ amat berharap maklumat ini dapat diedarkan sebanyak       mungkin oleh semua network BA dan Reformis serta NGO kepada orang ramai.

" PSARAFHQ "
21HB.FEB.2001
sila buat salinan dan edarkan.
REFORMASI & ISLAH