"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
DUA RENCANA DAHLIA TELAH MEMBUKA TIRAI ?MAKSIAT SERIBU RAHSIA? UMNO!

Alhamdulillah?.!! Akhirnya kita kembali diceriakan oleh Dahlia. Sekian lama kita tidak mendengar sebarang berita darinya.

Kali ini, Srikandi yang tidak asing kepada reformis rakyat ini telah membuka ?Tirai 1000 Rahsia UMNO?. Dua (2) rencana Dahlia di Laman WebAntu Forum Keadilan Malaysia (FKM2) cukup meransang dan menggegar minda kita - bertajuk: ?Bayangan Jln Kebun Di Lunas? dan ?Anak Haram dan Murtad Di Lunas?.

Fokus penulisan Dahlia kali ini bagai melunaskan janji BA untuk membuka kejahatan Konspirasi UMNO/BN yang busuk dan bohong terjadap rakyat yang memberi mandat. Kita makin kenal siapa UMNO dan siapa BN sekongkolnya! Sah sekarang, UMNO sanggup menjual Bangsa dan menggadaikan Agama!!

Kita harus membaca rencana Dahlia dengan hati-hati. Pasti dalam jiwa kita makin cemas dan rimas. Butiran fakta yang terhidang pasti akan menggegarkan Kempen Pilihanraya Kecil di Lunas. Apa riaksi UMNO dan BN? Kita harus meneliti dalam-dalam segala ?events? yang selama sengaja dipendam dan terpendam.

Pasti tidak ramai diantara kita yang kenal siapa wakil MIC/BN yang meninggalkan partinya (untuk selama-lamanya) hingga memberi ruang kepada pilihanraya kecil di Lunas. Nampaknya Joe Fernandez meninggalkan pelbagai dosa besar kepada orang Melayu. UMNO berfungsi dan harus berkerja keras untuk menutup dosa persekongkolan mereka. UMNO adalah belukang sekongkol yang berkonspirasi!

Pun bukan ramai antara kita tahu apakah buah butir kesepakatan pemimpin UMNO yang tidak langsung mempedulikan kesejahteraan anak gadis Melayu yang didorong melakukan maksiat terkutuk, mencemar agama dan budaya kita. Joe Fernandez telah meninggal aib-malu orang Melayu dan agama Islam untuk ditanggung dan ditudung oleh UMNO!

Dahlia telah membongkar betapa dahsyat dan mudharatnya prinsip perjuangan puak UMNO dan pemimpin mereka yang mengaku Melayu dan beragama Islam.

Paling busuk sekali, pemimpin UMNO yang mengaku Melayu dan beragama Islam, telah sanggup mengorbankan bangsa sendiri dan Agama Islam negara ini - demi perpaduan Barisan Nasional (BN), kunun. Seolah-olah puak UMNO tidak peduli kelahiran anak haram oleh puluhan gadis kilang yang datang dari kampung sekitar Lunas untuk mencari makan kerana kemiskinan. Mereka tertipu dan ditipu oleh kaum pendatang dengan umpan wang, pujuk rayu dan kebendaan.

Kita dapat rasakan, rintihan Dahlia meceritakan semua ini sebagai menyuarakan nasib gadis kilang yang sengaja dimalangkan oleh puak pemimpin UMNO. Kita hairan, adakah seharusnya menjadi alasan bagi UMNO yang sengaja ?tutup mata? demi perpaduan BN?

Orang Melayu wajar merasa pilu diperhina oleh komponen BN: MIC dengan restu UMNO. Orang Melayu wajar pehak bagaimana agama Islam dipercacai oleh Joe Fernandez yang diperakukan oleh pemimpin UMNO sebagai wakil mereka. Fernandez berjaya mengKristiankan kalangan gadis kilang yang malang dihadapan mata-kepala pucuk kepimpinan UMNO.

BACA.. Baca semua ini?! Artikel Dahlia di laman WebAntu Forum Keadilan Malaysia (FKM2) sudah cukup meransang minda kita untuk berfikir dan membuat keputusan di Lunas.

Paparan Dahlia mungkin ?tips of the iceberg?. Wajar sangat kita mulakan pembongkaran demi pembongkaran, kerana pilihanraya kecil Lunas pasti akan dijadikan oleh pemimpin UMNO/BN sebagai bukti bahawa apa jua kebusukan yang diceritakan oleh Pembangkang adalah ?pembohongan? belaka, kunun.

Adakah BA akan membiarkan kegagalan Sanggang dan Teluk Kemang akan dibiarkan berulang lagi? Walaupun tidak pasti - UMNO/BN tentu akan menggunakan wang berjuta untuk ?membeli? pengundi Lunas!! Perkemaskan diri kita. Jangan lengah.

Kepada Dahlia: kita ucapkan TAHNIAH dan SYABAS. Anda telah membuka tirai ?Kempen Lunas? dengan berani dan paling menggegarkan. Pasti BA akan mendapat hikmah dari tulisan sehebat ini.

Wajar sangat kita dari penyokong Reformasi dan Barisan Alternatif (BA) menghamparkan ucapan terima kasih kerana keberanian Dahlia mendedahkan perbagai cerita yang mendebarkan UMNO. Baru kita nampak jelas ketaksuban kesepakatan UMNO hingga sanggup mengorbankan bangsa dan agama demi menegakkan Barisan Najis (BN)nya.

SYABAS Dahlia, SYABAS? Tulis lagi. Ratusan ribu sedang menunggu tulisan anda dengan penuh minat dan rasa terpesona!!
 

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)