"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT
 
Perutusan [1]
 
 Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,
 1.     Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri diucapkan kepada rakan-rakan yang beragama Islam.
 Ambillah kesempatan sepanjang bulan Syawal ini untuk merapatkan hubungan sesama para
 pejuang reformasi dengan menziarahi antara satu sama lain.

 2.     Semarakkanlah semangat kebersamaan sesama kita dalam memperjuangkan keadilan.
 Kukuhkanlah persahabatan kita dalam membentuk sebuah Kerajaan Alternatif sepanjang
 musim perayaan ini.

 3.     Perjuangan kita masih jauh, oleh itu persediaan kita perlu dimantapkan. Jadikan
 kejayaan menjalani ‘ibadah Ramadan sebagai pelantar pelancar bagi melonjakkan terus
 semangat reformasi sepanjang tahun 2001, insya’ Allah.

 4.     Penuhi dan isilah bulan Syawal ini dengan perjumpaan serta lawatan untuk beramah
 mesra dengan seluruh lapisan rakyat

 5.     Bagi rakan-rakan beragama Kristian yang baru merayakan sambutan Krismas dan
 rakan-rakan kaum Cina yang akan merayakan Sambutan Tahun Baru Cina sama-samalah
 kita kukuhkan ikatan persahabatan kita.

 6.     Untuk tujuan itu saya ingin mengingatkan saudara-saudara tentang Perhimpunan Raya
 100,000 Rakyat yang akan diadakan dengan perincian seperti berikut:

                          Tarikh: 20 Januari 2001 (Sabtu)
                            Masa: bermula 2:30 petang
 Tempat: Lot 2106 Batu 9¼ Kampong Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

 7.     Lokasi sambutan ini adalah merupakan sebuah tapak seluas 2 ekar milik orang
 persendirian

 8.     Kampong Medan, Telok Panglima Garang terletak kira-kira 4 kilometer dari
 Persimpangan Klang-Banting susur keluar Lebuhraya KESAS

 9.     Sambutan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat yang
 terdiri daripada beberapa orang ahli daripada jawatan yang merancangkan Perhimpunan
 100,000 Rakyat di Markas keADILan Jalan Kebun pada 5 November lalu.

 10.     Jawatankuasa Kerja bagi majlis sambutan ini terdiri daripada keADILan Bahagian
 Kuala Langat dan PAS Kawasan Kuala Langat. Aktivis DAP, PRM dan NGO serta reformis di
 kawasan tersebut akan diundang untuk turut serta membantu menjayakan sambutan ini.

 11.     Jawatankuasa Kerja telah ditugaskan untuk memaklumkan kepada pihak polis di Balai
 Polis Daerah Banting dan balai-balai polis Telok Panglima Garang danTelok Datok tentang
 sambutan ini.

 12.     SUHAKAM juga telah diundang untuk menghantar wakil menghadiri dan memantau
 majlis sambutan Hari Raya ini.
 
 “Kembalikan Hak Rakyat”
 
 Hj. Saari Hj. Sungib
 Pengerusi
 Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
 Raya100000Rakyat@mailandnews.com
 1 Januari 2001
 bersamaan dengan 6 Syawal 1421