"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
   15 GEJALA SOSIAL MELAYU….???

    Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh 18/10/2000) , Rektor Universiti
    Islam Antara Bangsa Malaysia, Prof Dr Kamal Hassan telah menyenaraikan 15
    gejala sosial masyarakat Melayu kini, iaitu lima di kalangan Melayu elit manakala
    bakinya belia dan orang awam.

    1. Melayu elit mengamalkan liberal-sekular sehingga hukum Islam
    sanggup “diketepikan” ( membolehkan riba, judi, arak dan hiburan awam )
    kerana mengutamakan kebendaan.

    a. Perkara 1 ini memang berada dalam golongan Melayu elit atau biasa dalam
    kelompok UMNO@BN serta juak-juaknya.

    b. Golongan ini adalah pendokong utama UMNO@BN dalam memastikan mereka
    bebas dan selamat melakukan apa sehaja.

    c. UMNO@BN amat menyukai golongan Melayu yang jenis ini, kerana mereka yang
    mengutamakan kebendaan amat mudah dilentur mengikut acuan UMNO@BN .

    d. Mahathir@Mahafiraun adalah orang pertama menyokong pendapat Prof Dr
    Kamal Hassan ini….tanpa golongan Melayu elit dan biasa yang berperangai
    begini…manakan dia mampu untuk bertahan lama ditahta singah sana Perdana
    Menteri@Maharaja Malaysia.

    e. Dengan meningkatnya golongan jenis ini……Mahathir@Mahafiraun dengan rasa
    selesa serta bangga…bangsa Melayu akan dipergunakan sepenuhnya untuk
    menyelamatkan serta melindungi dirinya serta kroni-kroni kesayangan.

    f. Liberal-sekular adalah asas utama UMNO@BN serta gaya kepimpinan
    Mahathir@Mahafiraun, jika ia dipisahkan maka pincanglah pentas politik mereka.

    2. Gaya hidup menunjuk dan berlagak dengan barangan import dan
    mewah.

    a. Golongan Melayu jenis ini memang menjadi pra-syarat utama sebagai ahli
    UMNO@BN , dengan sikap sebegini Mahathir@Mahafiraun boleh mengaku orang
    Melayu telah menjadi kaya dan mewah semasa pentadbiranya.

    b. Tanpa golongan ini dalam kelompok Melayu elit / biasa ……
    Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN tidak mampu untuk menunjukkan contoh
    serta angan-angan kosong bagi penjilat dan pengampu UMNO@BN.

    c. Tanpa golongan menunjuk dan bermegah ini…UMNO@BN tidak mampu untuk
    menjalankan cita-citanya meracuni minda dan sikap orang Melayu agar terus
    mencari kemewahan walaupun terpaksa berhutang atau bergadai harta dan
    maruah.

    d. Dengan adanya golongan Melayu elit / biasa jenis ini…… Mahathir@Mahafiraun
    serta juak-juaknya akan dapat menanamkan sikap serta jiwa kebendaan kepada
    golongan Melayu kelas pertengahan dan rendah …. Secara totalnya berjiwa
    penjajah …. Kerana memiliki barangan import adalah satu budaya hidup orang
    Melayu serta kerajaan pimpinan UMNO@BN.

    3. Sindrom politik wang.

    a. Politik wang secara rasmi telah diakui oleh UMNO@BN serta kompenan BN
    sebagai satu cara hidup berpolitik mereka.

    b. Politik wang adalah pra-syarat mengejar pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN.

    c. Tanpa politik wang UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun tidak mampu untuk
    berkuasa dan memerintah negara.

    d. Tanpa politik wang ini ….. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ibarat lagu
    tanpa irama serta hidup tanpa makan dan minum.

    4. Sindrom kelemahan moral (rasuah, penipuan, nepotisme dan kronisme)

    a. Tanpa sindrom kelemahan moral ini …. UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun
    tidak akan mampu menguasai minda dan jiwa orang Melayu.

    b. Dengan adanya sindrom kelemahan moral ini ….. ia memang diamalkan dan
    digalakkan dalam UMNO@BN serta kehidupan harian orang Melayu ….
    Mahathir@Mahafiraun dengan mudah mengalunkan jiwa serta perasaan rakyat
    Malaysia.

    c. Gejala ini memang dipertahankan dalam budaya hidup orang Melayu ….
    Terutamanya yang berpegang kuat dengan ajaran serta mazhab UMNO@BN yang
    dipimpin oleh ketua mazhab Maharaja Mahathir@Mahafiraun.

    d. Dengab bermazhabkan rasuah, kronisme dan nepotisme …. para juak-juak
    UMNO@BN akan mendapat hidup selesa serta bergembira dengan meliwat serta
    menghapuskan hak ketuanan Melayu itu sendiri.

    5. Amalan tuan-hamba, petron-klien (kepatuhan natijahnya lumayan,
    penentang dianggap penderhaka dan buruk padahnya).

    a. Budaya dan cara hidup ini memang akan dipertahankan walaupun terpaksa
    bergadai nyawa oleh pendokong UMNO@BN serta pencinta Mahathir@Mahafiraun ,
    kerana tanpa amalan tuan-hamba ini ….. mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri
    serta bergerak sebebas-bebasnya.

    b. Tanpa amalan ini, UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun akan pincang serta
    rebah menyembah bumi tanpa nesan.

    c. Golongan dan pengamal perkara lima ini …. adalah golongan utama diberi
    pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN atau dimana-mana agensi kerajaan atau
    swasta.

    d. Golongan penentang (PAS/KeADILan/DAP/PRM) sememangnya telah lama dicop
    serta dilebelkan penderhaka serta agen asing …. lihat DSAI menerima padah yang
    buruk kerana menentang kehendak Mahathir@Mahafiraun serta kroninya.
    Golongan penentang ini selamanya akan dianggap penderhaka oleh UMNO@BN
    serta Mahathir@Mahafiraun walaupun mereka telah tidak berkuasa …. dan usaha
    untuk mengubal undang-undang begitu rancak dijalankan sekarang …. agar
    golongan penderhaka ini cepat-cepat dimatikan walau apa cara sekali pun.

    6. Gejala lepak, ketagihan dadah, seks rambang dan kenakalan remaja.)

    a. Pengasas gejala ini memang secara rasminya adalah UMNO@BN serta
    pendokong mazhab Mahathir@Mahafiraun , tanpa golongan Melayu yang
    menyokong serta mengamal gejala sosial ini …. UMNO@BN serta pengasasnya
    Mahathir@mahafiraun tidak mampu untuk memerintah serta menguasai jiwa dan
    minda orang Melayu.

    b. Gejala sosial ini adalah penyumbang utama sebagai pelindung kuasa yang
    dimiliki oleh UMNO@BN …. Kerana jika orang Melayu tidak mengamalkan budaya
    sosial jenis ini …. Dan mengamalkan budaya Islam yang bercirikan Melayu tulen
    ….. maka pincang dan rebahlah UMNO@BN (Baru) kemuka bumi ini tanpa
    dipedulikan oleh sesiapapun.

    c. Tanpa gejala sosial ini …. Orang Melayu akan mengamalkan hidup yang sihat
    serta bijak berfirkir dimanakah yang benar atau salah …. Inilah yang amat
    menakutkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya ….. maka adalah digalakkan
    orang Melayu menceburi bidang gejala sosial ini sebagai satu budaya hidup dan
    tanpa perlu memikirkan apa yang Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya nak
    lakukan terhadap Malaysia ini.

    7. Sindrom mediokriti (sikap tidak apa, rendah daya saing dan daya
    tahan).

    a. Sindrom ini memang paling disukai oleh Mahathir@Mahafiraun serta
    juak-juaknya, dan sindrom ini telah dijadikan syarat dalam menjadi ahli UMNO@BN
    serta kakitangan kerajaan …. Tanpa sindrom ini ia akan menyusahkan dan
    meresahkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya untuk merampas serta
    merompak khazanah negara.

    b. Sindrom makin hari makin dijangkitkan kepada lain-lain bangsa selain orang
    Melayu …. Sikap tidak apa … benar-benar memberikan bonus kepada
    Mahathir@Mahafiruan …. Kita lihat pada kes DSAI dan pemilu 1999 …. Walaupun
    rakyat dan bangsa Melayu dua perkara ini benar-benar konspirasi peringkat
    tertinggi … tetapi kerana sikap tidak apa lebih 50% rakyat dan bangsa Malaysia
    ….. Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya masih mampu berkuasa dan berpesta
    sakan dengan khazanah negara.

    c. Dengan sikap rendah daya saing dan daya tahan … Mahathir@Mahafiraun serta
    juak-juaknya terus menerus menekan jiwa dan minda rakyat agar merasa lemah
    dan takut kepada mereka … sehingga mereka sanggup mengarahkan orang Melayu
    bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun
    yang mengaku memberi rezeki kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.

    d. Dengan sindrom ini berpusat dalam jiwa orang Melayu … segala peluang
    perniagaan dan kekuasaan akan sentiasa dimiliki oleh satu golongan dikalangan
    mereka sehaja …. Terutamanya yang telah mantap bersama-sama
    Mahathir@Mahafiraun.

    e. Jika orang Melayu digalakkan mempunyai sikap ambil tahun, berdaya saing dan
    ketahanan jiwa serta minda amat kuat ….. secara totalnya kroni, juak-juak,
    penjilat serta Maharaja mereka Mahathir@Mahafiraun telah lama berada dalam
    penjara Sungai Buluh …. Jadi supaya igauan buruk ini berlaku kepada mereka …
    sindrom ini akan disebarkan seluas-luasnya sehingga anak dalam kandungan pun
    mahu dijangkiti sama.

    8. Sindrom bergantung kepada biasiswa, subsisdi, bantuan, pinjaman,
    pemberian kontrak.

    a. Sindrom ini memang sejak dari dahulu lagi digalakkan dan diamalkan oleh
    UMNO@BN serta juak-juak mereka. Dengan sikap suka bergantung inilah …. Orang
    Melayu amat mudah dicucuk hidung oleh mereka, walaupun harta dan maruah
    dirampas dihadapan mata.

    b. Jika sindrom ini tidak disebarkan sejak dahulu lagi …. Masakan UMNO@BN
    mampu nak mengawal orang Melayu …. Kita lihat berapa ramai orang Melayu
    sehingga hari ini masih mengatakan Parti KAPAL LAYAR adalah kerajaan
    Malaysia…. Sedangkan zaman dan masa telah berubah … sehingga anak-anak
    Melayu zaman 1970an hingga 1990an adalah penganut utama mazhab dadah,
    arak, judi, seks bebas dan berbagai-bagai maksiat, jadi subsidi, biasiswa, bantuan
    yang disalurkan adalah bertujuan untuk mengawal dan mengekang minda dan jiwa
    orang Melayu ….. di atas nama hak bumiputra dan ketuanan Melayu.

    c. Sindrom ini memang digunakan sepenuhnya oleh UMNO@BN untuk mengrekrut
    kader-kader untuk menjadi pemimpin atau wakil dalam golongan masyarakat
    Melayu.

    d. Sindrom inilah yang menjadi satu agenda utama UMNO@BN dalam mengekalkan
    kuasa mereka, kerana orang Melayu lemah jika dijanjikan serta diberi habuan atau
    bantuan.

    9. Ketakutan kepada matematik-sains.

    a. Sistem pendidikan ini memang dari dahulu … meletakkan orang Melayu menjadi
    takut kepada Matematik-Sains serta sebagai satu mata pelajaran yang dibenci ….
    Hanya satu tujuan , jika ramai orang Melayu biasa atau pertengahan bijak dalam
    bidang ini …. Maka anak-anak kroni serta golongan elit terhad peluang mereka …
    terutamanya jawatan dalam agensi kerajaan. Dan kita boleh melihat…dengan
    kekurangan orang Melayu dalam bidang matematik-sains ini ….. mereka-mereka
    yang menjadi kroni UMNO@BN serta pengikut Mahathir@Mahfiraun dengan mudah
    dan senang memfaraitkan khazah serta milik rakyat Malaysia.

    b. Contoh yang terbaharu …. Seorang anak Melayu yang dari golongan rendah
    telah berjaya melahir satu kejayaan yang cemerlang bagi bangsa Melayu itu
    sendiri ….. tak lain dan tak bukan Tan Sri Ahmad Tajuddin ( bekas CEO TNB ) ….
    Pemegang Ijazah Kelas Pertama Nuklear dan satu-satunya pemegang ijazah kelas
    pertama bidang nuklear dinegara ini …. Sanggup di perlekeh dan disingkirkan dari
    TNB … asalkan puak-puak dan kroni memiliki kesemuanya ….. apakah Tan Sri
    Ahmad Tajuddin itu penderhaka kepada negara kerana membawa perubahan serta
    kemajuan dalam bidang sumber tenaga …..??? Atau kerana ia anak Melayu yang
    golongan rendah / biasa tidak layak duduk sebaris dengan anak melayu dari
    golongan elit atau golongan raja…..??? itulah sikap orang Melayu … yang telah
    meletakkan darjat dan kuasa sebagai asas utama dalam kehidupan mereka.

    c. Kita lihat disekolah-sekolah pendalaman serta pinggir Bandar ….. ??? guru-guru
    yang mengajar mata pelajaran ini akan diambil dari mereka yang sekadar
    menjadikan karier guru sebagai tempat makan gaji sehaja (***maaf dari penulis
    bukan semua guru begitu…ramai yang ikhlas dan pendokong reformasi???)
    ….bukan dari kalangan mereka yang ikhlas serta dilatih khusus dalam
    matapelajaran ini …..dan hasilnya orang Melayu mundur dan takut akan
    matematik-sains.

    10. Kecenderungan untung segera.

    a. Golongan ini memang dilatih oleh UMNO@BN , kerana golongan ini adalah
    penyumbang utama kewangan mereka …. Dan golongan ini juga …. Jika tiada
    UMNO@BN mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan segera ….. kita lihat DEB
    ….. berapa kerat orang Melayu yang menjadi Jutawan dan bakinya orang Melayu
    yang merepat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ….??? Dan perkara
    ini memang dibanggakan oleh Presiden UMNO@BN , dengan melahirkan segelintir
    golongan untung segera ini ….. dia mampu mengawal kuasa ekonomi orang Melayu
    …. Tapi jika ramai yang menjadi kaya …. Maka susah baginya untuk mengawal dan
    memantau kuasa politik mereka.

    b. Dengan meng Ali-Baba kan projek ….. UMNO@BN begitu mudah mengawal
    golongan ini, kerana hasil Sidrom bergantung kepada pemberian kontrak yang
    disebarkan ….. dan golongan ini akan sentiasa menjadi peminta dan perayu
    kepada UMNO@BN serta Mahathir@Mahfiraun dan akan besyukur serta
    menzakatkan harta dan maruah mereka kepada kroni dan juak-juak UMNO@BN.

    c. Jika golongan ini tidak dapat dikekalkan dalam budaya orang Melayu… yang
    pastinya UMNO@BN akan berkubur tanpa alamat.

    11. Nilai rendah terhadap masa.

    a. Golongan ini memang dilalaikan tentang masa, jika ia sentiasa lalai ….. maka
    golongan Melayu jenis ini amat disukai oleh UMNO@BN…. Yang pentingnya mereka
    ini sentiasa ketinggalan serta tidak mampu bersaing dalam apa jua bidang.

    b. Golongan ini juga memang dilatih oleh UMNO@BN , kita boleh melihat bagai
    mana masa ini dibazirkan oleh mereka-mereka ini dangan program anjuran
    UMNO@BN. Contohnya :-

    1. Kelab Malam, Kelab Karaoke, Kelab Dangdut, Pesta demi Pesta Keraian.

    2. Cyber Café, Video Game, Snooker.

    3. Siaran TV (paling ramai penonton Melayu …. Filem Hindustan 20 siaran satu
    minggu).

    4. Aktiviti merapu dalam agensi kerajaan ….???

    c. Masa ini hanya dinilai sebagai penanda waktu sehaja …. Dan minda orang
    Melayu memang dari dahulu lagi, diasah dan dipasak untuk melalaikan masa
    melalui khayalan dan cerita-cerita dongeng serta kenikmatan hidup melalui
    kehidupan harian mahupun dialam persekolahan lagi.

    12. Orientasi akhirat / amalan kerohanian keterlaluan dan secara taksub.

    a. Mengamalkan budaya amalan akhirat / kerohania dengan sikap taksub kepada
    pengasasnya Walaupun pengasasnya menyeleweng dari Al-Quran dan al-hadis.

    b. Sikap ini memang digalakkan oleh UMNO@BN …. Kerana golongan Melayu jenis
    tidak akan memperdulikan kehidupan didunia ini …. Dan inilah yang diharapkan oleh
    UMNO@BN , dengan mudah mereka memiliki hak kenikmatan didunia ini serta
    dikongsi bersama-sama kroni dan juak-juaknya.

    c. UMNO@BN amat menyokong serta melindungi puak-puak taksub ini….. dan
    puak-puak taksub ini akan dijadikan orang suruhan dan hamba bagi UMNO@BN ,
    biar golongan ini berusaha dan berkerja …. Dan puak-puak UMNO@BN akan
    mengambil laba keduniaan menjadi milik mutlak mereka.

    d. Jika golongan ini bangkit atau menentang …. Mereka ini akan dikatakan telah
    rosak aqidah serta perlu dipulihkan oleh pihak JAKIM.

    13. Kepercayaan kepada tahyul.

    a. Minda orang Melayu memang diasah serta dipasak dengan perkara ini … agar
    menjadi satu golongan yang yakin ada kuasa selain Allah. s.w.t …… melalui cerita
    dongeng ataupun kuasa politik.

    b. Kepercayaan ini memang menjadi amalan utama UMNO@BN , dengan kuasa
    tahyul ini lah telah ramai Melayu menjadi hamba abdi UMNO@BN,,,dahulu kini dan
    selamanya.

    c. Tahyul ini juga dijadikan asas politik UMNO@BN , tanpa perkara tahyul
    ini…masakan mampu Mahathir@Mahafiraun menjadikan rakyat dan bangsa
    Malaysia ibarat sekumpulan lembu yang dicucuk hidung.

    14. Belas, gejala fitnah dan umpatan (melalui surat layang, rencana, buku,
    akhbar, khabar angin) serta mengelak perdebatan terbuka / telus.

    a. Belas, fitnah ini memang menjadi asas utama perlembagaan UMNO@BN , tanpa
    dua perakara ini UMNO@BN pasti telah lama berkubur dari bumi Malaysia ini.

    b. DSAI telah menjadi mangsa golongan ini, kini YAB Nik Aziz, YAB Hj.Hadi, YB
    Hj.Fadil Nor, Datuk Ishak Baharom, Datuk Harun Din terus-menerus menjadi
    mangsa golongan jenis ini, kerana golongan jenis memang dilatih dan dididik oleh
    UMNO@BN serta Maharaja Mahathir@Mahafiraun .

    c. UMNO@BN memang dari dahulu lagi takut berhujah dan berdebat tentang hak
    orang Mealyu ini ….. kerana mereka berselindung disebalik slogan ini, tanpa
    berdebat isu ini secara telus dan terbuka ….meraka yakin mereka akan selamat
    dari rahsia terbongkar.

    15. Amalan ajaran sesat.

    a. Ajaran sesat ini memang digalakkan, kerana jika ramai orang Melayu
    menghayati dan mengamalkan ajaran Islam….maka pincanglah UMNO@BN yang
    berasaskan sekular.

    b. Dengan ajaran sesat yang menular dikalangan Melayu yang beragama Islam,
    puak-puak UMNO@BN akan bertambah selesa kerana orang Melayu secara
    berperingkat akan meninggalkan ajaran Islam serta mengamal budaya hidup
    sonsang …… dan minda golongan ini akan lebih mudah dibeli dengan harta dunia
    serta maruah dan hak mereka akan diperkotak-katekan mengikut acuan
    UMNO@BN.

    c. Para golongan ajaran sesat ini akan menjadikan UMNO@BN sebagai sandaran
    mereka … seperti contoh JAM (Kumpulan Anti Hadis@ Kasim Ahmad)…mereka amat
    berbangga dan berterima-kasih dengan Mahathir@Mahafiraun kerana menyokong
    serta melindungi mereka…..dan Mahathir@Mahafiraun pembenci Nabi Muhamad
    s.a.w.

    d. Begitu juga kumpulan Sister In Islam…..yang hanya mengambi Islam sebagai
    pakaian sehaja….dan bukanya timbul dari keikhlasan didalam jiwa mereka.
    Kumpulan-kumpulan seperti JAM & SIS ini adalah pendokong kuat UMNO@BN dan
    mereka ini diberi ruang seluas-luasnya bergerak melalui media atau pun
    seminar-seminar anjuran UMNO@BN . Dengan penerapan Islam ala JAM & SIS ini
    ….. UMNO@BN percaya mereka akan berjaya mencapai agenda politik alaf baru
    mengikut acauan dan rentak Maharaja Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya.

    Secara totalnya kita dapat melihat secara ringkas inti-pati yang tersirat dalam 15
    gejala sosial orang Melayu pada abad ke 20 dan ke 21 ini………..??? UMNO@BN
    dahulu kini dan selamanya akan mempertahankan 15 gejala sosial orang Melayu ini
    …… demi menjamin masa hadapan politik dan kuasa mereka. Yang pastinya Prof Dr
    Kamal Hassan seorang cendiakawan mempunyai persepsinya sendiri dalam
    menimbulkan isunya…..tapi asas dan masalah pokoknya adalah seperti diatas.

    Sebagai orang Melayu yang berbangsa Malaysia ….. dan beragama Islam ….. 15
    gejala sosial ini adalah salah satu punca utama keruntuhan moral dan minda orang
    Melayu itu sendiri ….. walaupun dengan mata dan kepala mereka sendiri melihat
    segala keburukan dan kepincangan dalam negara Malaysia ini …. Mereka masih
    mahu mengatakan “ biarlah orang politik menyelesaikan masalah ini “ dan mereka
    hanya mampu berborak kosong dikedai-kedai kopi sehaja …. Dan meninggalkan
    masalah ini kepada pihak yang merancang dan merencana segala masalah sosial
    ini.

    Dengan kelemahan minda dan daya saing yang dimiliki oeleh orang Melayu inilah
    …. Mahathir@Mahafiraun dengan lantang mengatakan isu ANWAR IBRAHIM hanya
    mampu bertahan 2 hingga 3 bulan sehaja pada September 1998 yang lalu ….. tapi
    Mahathir@Mahafiraun telah tersilap percaturan kini ….. kini telah 2 tahun isu
    tersebut gagal dibendung oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun
    sendiri…….??? Adakah orang Melayu telah keluar dari kelompok 15 gejala sosial ini
    ……??? Dan mungkin UMNO@BN telah tersilap langkah kerana meletakkan pemimpin
    berjiwa Islam dalam partinya …. Sehinggakan orang Melayu kini merasa jijik dan
    meluat mendengar atau melihat UMNO@BN serta pemimpin mereka…..??? yang
    pastinya walaupun gejala sosial ini masih menular dikalangan orang
    Melayu…..Insya Allah dengan berkat usaha bersepadu orang Melayu itu
    sendiri….walaupun terpaksa mengunakan orang bukan Melayu membantu
    menghapuskan gejala sosial ini.

    Segala perancangan dan rencana orang Melayu yang benar-benar mahu keluar
    dari gejala sosial ini, pasti akan berjaya jua akhirnya…walaupun UMNO@BN
    bermati-matian mempertahankanya.

    Bagi orang Melayu yang masih mempertahankan Islam sebagai agama
    rasminya….pasti berjaya keluar dan meninggalkan budaya gejala sosial ini serta
    cengkaman UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya, kelompok
    Melayu alaf baru ini amat menakutkan UMNO@BN , sehingga hari ini mereka takut
    menyatakan yang mereka telah dipinggirkan dan sisihkan oleh orang Melayu yang
    beragama Islam itu sendiri …. Dan yang tinggal adalah mereka yang suka
    menerima kain batik cap semut dan kain pelikat cap gajah.

    Wajah usang dan murung UMNO@BN bertambah jelas apabila Kabinet Terpaksa
    Meluluskan untuk mengharamkan pusat Video Haram atau judi haram … walau
    bangsa Cina menjadi pemangkin kepada isu ini …. Tahniah kepada Datuk Ong Ka
    Ting kerana menolong orang Melayu, begitu juga kepada MCA kerana berjaya
    memangkin isu pil khayal….. walau pun orang Melayu yang dikatakan didokong
    oleh UMNO@BN mempertahankan hak ketuanan Melayu ……????

    Apakah bangsa Cina lebih perihatin keatas masalah sosial orang Melayu ini …..???
    Apabila kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan membatalkan atau mengurangkan
    lesen kedai arak serta pusat snooker ini …. Dikatakan menghalang hak asasi
    bangsa lain yang tidak beragama Islam……?? Apakah salah tindakkan orang Melayu
    dalam PAS itu menentang segala kepincangan gejala sosial orang Melayu dan
    rakyat Malaysia ini…… sehingga mereka dilabelkan sebagai penderhaka dan ekstrim
    politik…..????

    Apakah UMNO@BN masih mahu mengatakan aurat itu satu perkara remeh-temeh
    dalam Islam, dan hukum Islam itu bebas diperlakukan mengikut rentak hak asasi
    manusia ciptaan manusia….??? Atau hak asasi manusia itu wajip mengikut
    kehendak hukum Al-quran dan Hadis Nabi.

    Adakah kumpulan 25 ulamak UMNO@BN serta JAKIM….benar-benar faham akan
    kehendak Al-Quran dan Hadis Nabi …. Dalam menjadikan Islam itu satu cara hidup
    dan meninggalkan segala perbuatan jahilliah dari kehidupan rakyat dan bangsa
    Malaysia.

    Adakah UMNO@BN masih mahu mempertahankan 15 gejala sosial ini dalam
    masyarakat Melayu…..??? dan terus-terusan menjadi perencana dan pengamal
    kepada rakyat dan bangsa Malaysia agar bersama-sama mereka bermegah-megah
    dan berkhayal setiap masa…..???

    Apakah UMNO@BN tidak merasa malu dan rendah diri dengan MCA dan GERAKAN
    yang menolak perkara buruk ini….seperti judi, arak, pelacuran, video haram …..
    walaupun mereka tidak menganuti agama Islam…..??? apakah UMNO@BN masih
    mahu mendabik dada lagi …… yang sepatutnya UMNO@BN merasa malu dan hina
    bila Datuk Ong Ka Ting berjaya menjadi pemangkin dalam isu Video Haram begitu
    juga MCA dalam isu pil khayal……???

    Bagi orang-oang Melayu yang beragama Islam ….. telah pasti dan yakin
    UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …..wajip disingkirkan dan
    dihapuskan dari persada politik negara …. Kerana dengan kuasa politik ini masih
    berada ditangan-tangan mereka ….. 15 gejala sosial ini adalah mustahil berjaya
    diatasi …….???? Bak pepatah Melayu moden “ Tak kan hilang gejala Sosial selagi
    ada UMNO@BN memerintah negara Malaysia ini “

    Buat anak-anak bangsa Melayu….???? Kita wajip kembali kepada pesanan orang
    tua-tua ….. orang melayu orang berbudi-bahasa dan Islam adalah asas kehidupan
    ….. tiada satu pun cara dan budaya dalam hidup ini mampu menandingi budaya
    Islam dan Melayu ….. berbanggalah kita menjadi bangsa Melayu yang berpaksikan
    Al-Quran dan Al-Hadis.

    Salam Reformasi dan Islah kearah Malaysia Yang Adi.

    “ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN “
    18hb.Okt.2000



Nota :-

KHAS BUAT ADIK-ADIK DAN BANGSA MALAYSIA SELURUHNYA

    Kita wajib merenung kebelakang dan hadapan kita … arah mana tujuan kita
    sebagai ORANG MELAYU ISLAM …. Jalan mana yang nak kita pilih…???? Adakah
    dengan dasar dan sistem kerajaan Barisan Nasional hari ini kita mampu
    merealisasikan ISLAM ITU SATU CARA HIDUP atau ISLAM ITU HANYA PERHIASAN
    DIRI …??? Apakah ketuanan Melayu sehaja nak kita pertahankan atau ISLAM ITU
    SEBAGAI AD-DIN kepada MASYARAKAT MADANI DI MALAYSIA KHASNYA DAN
    DUNIA AMNYA.

Kita singkap kembali apa yang berlaku dalam tempoh waktu terdekat ini … Isu Perpaduan Melayu dan Rayuan Pilihanraya Suqiu (ingat ini bukan tuntutan…??) apakah rahsia dan inti pati sebenarnya dua ISU ini …..???? dan apakah perananya kepada sistem politik Malaysia kini ….??? Dan apa pula implikasi kepada rakyat dan bangsa Malaysia ……???? Apakah sekadar kita bertikam lidah dan adu-domba sehaja akan menyelesaikan masalah ini ….??? Atau Operasi Lalang II menjadi jalan penyelesaianya …..???? apakah peranan pemimpin politik dan ngo dalam menangani isu ini …..???? bagi kita hanya satu jalan mudah … kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah…..laksanakan segala arahan Allah swt dan turuti segala larangan Allah swt….ia amat mudah dan cukup senang jika kita tidak memperlekeh ISLAM ITU SENDIRI.

Apa yang kita pertikaikan Perpaduan Melayu & Rayuan Suqiu … sedangkan agenda sebenarnya kita menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia bersatu dibawah sat kepimpinan yang berteraskan Al-Quran dan Al-Hadis yang mempertahankan Prinsip Perlembagaan Pesekutuan serta ISLAM ITU CARA HIDUP RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA … masih jauh dan tunggang-langgang akibat perbalahan POLITIK dan PERKAUMAN akibat momokan sesetangah pihak yang ingin menyelamatkan diri sendiri….apakah perbalahan POLITIK ini sekarang menjadi semakin sehat atau semakin menjadi barah buat rakyat dan bangsa Malaysia ….???? Kita lihat 2.5 jut ahli UMNO (dakwaan SU AGUNG UMNO lah) … berapa orang yang sebenarnya yang masih menjadi ahli UMNO TULEN … dan berapa orang yang menjadi AHLI SEKADAR NAMA DAN TAK PERNAH BAYAR YURAN AHLI…. Kita ambil mudah dan ilmu hisab mudah…. Tak lebih dari 200 ribu pun yang benar-benar tulen jadi Ahli UMNO ….dan bakinya 2.3 juta lagi adalah ahli pada nama dan mereka ini keluar parti pun tanpa memaklumkan kepada SU AGUNG UMNO …. Jadi mana dia dakwaan UMNO yang orang Melayu bernaung di bawah UMNO@BN …..???

Kita lihat dalam parti PAS dan KeADILan orang Melayu ada lebih 1.5 juta ahli yang berdaftar dan bayar yuran dengan wang mereka sendiri …. Dan mereka ini bergerak dan bertugas tanpa elaun serta ganjaran seperti dalam UMNO@BN …..!!! kita lihat contoh yang terbaharu di LUNAS …. Mahathir@Mahafiraun dengan rasmi telah mengesahkan dalam mesyuarat bulanan UMNO@BN di PWTC …. Ada 100,000 sehingga 130,000 orang penyokong BA di LUNAS setiap hari … cuba kita bayangkan kalau BA beri setiap orang ini RM 1.00, jadi akan berbelanja RM 100,000.00 hingga RM 130,000.00 setiap hari X 7 hari = lebih kurang RM 700,000.00 hingga RM 910,000.00 dalam tempoh seminggu … dan ini telah menyalahi akta pilihanraya SPR yang hanya membenarkan RM 30,000.00 sehaja sebagai perbelanjaan mengurus dan berkempen dalam satu-satu piliharaya DUN… tapi adakah dakwaan beberapa pemimpin BN bahawa petugas BA di LUNAS dibayar elaun dan gaji itu benar …??? Kita mahukan bukti …. Dan selama ini pun setiap ceramah BA kita kutip derma untuk gerakan jentera parti BA … tapi apabila Syed Razak ( MB Kedah) mengesahkan pada YB Saifuddin di Dewan Negeri….bahawa BN berbelanja lebih RM 20 juta untuk memastikan LUNAS berada dalam gengaman BN sekali lagi … begitu juga Sammy Vellu mengesahkan sekurang-kurangya RM 15 juta untuk projek JKR di LUNAS … dan apakah PERANAN SPR DISINI … tak ke menjadi satu kesalahan kepada BN kerana berbelanja lebih dari RM 30,000.00 seperti yang dibenarkan oleh akta piliharaya SPR….??? Kita mahukan penjelasan SPR disini.

Apakah UMNO@BN masih mahu menjadikan ISU PERPADUAN MELAYU DAN RAYUAN SUQIU ini sebagai sandiwara politik mereka lagi….??? Cukuplah…orang Melayu Islam dan lain-lain kaum di Malaysia telah meluat dan benci dengan sikap pura-pura serta lontar batu sorok tangan para pemimpin UMNO@BN ….saat dan ketikanya UMNO@BN serta pemimpinya berkubur telah tiba….sementara ada masa ini …. Kita seru dan rayu kepada seluruh ahli UMNO@BN tinggalkan parti usang ini ….. jangan ditunggu sehingga UMNO@BN berkubur tanpa nesan baru kalian nak tergadah. Percayalah masa itu terlalu hampir … turutilah rakan-rakan yang terdahulu yang telah mengambil langkah bijak meninggalkan UMNO@BN … kalau tak percaya kita tanya tokoh PENULIS CYBER … PAK AMIN SAPIRO DAN PAK MARHAIN TUA…dua orang ini sudah cukup memberikan fakta dan bukti kenapa UMNO@BN tidak releven buat orang Melayu … tak payah tanya DSAI atau Fadil Nor … jawapanya pun sama… UMNO@BN adalah pemusnah serta perosak Bangsa dan Rakyat Malaysia ….!!!!

Apakah kita masih mahu menjadikan asas bangsa dan perkauman dalam sistem serta dasar pemerintahan di Malaysia….apakah perkauman dan suku bangsa ini satu kemestian dalam kasta politik negara kita…???? Apakah dengan sistem kasta ini kita mampu bersatu dan bernaung di bawah satu Perdana Menteri….jawapanya dalah tidak dan ia akan mengundang masalah yang amat besar jika ia terus dipraktikan oleh BN serta juak-juaknya ….apakah kita sanggup melihat jiran kita orang CINA atau INDIA di bunuh serta diseksa oleh RAKAN DARI BANGSA MELAYU kerana perbezaan kasta kaum atau agama ….???? Tapi inilah yang masih dikekalkan oleh pihak UMNO@BN bersama juak-juaknya….!!! Kita lihat taktik pecah dan perintah atas dasar suku kaum dan agama diamalkan secara rakus oleh mereka…!!! Dasar perkauman dan suku agama ini telah menjadikan mereka mampu berkuasa lebih 30 tahun di Malaysia …. Tapi bila Kelantan dan Terengganu di pimpin oleh PAS (BA) tembelang taktik pecah dan perintah ini terbongkar akhirnya…. Dan kita lihat secara berperingkat rakyat dan bangsa Malaysia menjadi celik POLITIK …. Kalau dahulu kita tanya pada orang awam pasal politik …. Jawapanya mudah “ Biar orang Politik urusankan masalah Politik Negara “ … tapi kini orang awam bersama-sama pemimpin politik berfikir dan berbincang tentang masalah politik negara … satu anjakan paradigma yang begitu ketara…sehingga orang tua dan kanak-kanak mula ambil perihatin tentang isu politik negara.

Kali ini kita boleh melihat semua bangsa di Malaysia ambil tahu dan ambil kesah dengan isu POLITIK MALAYSIA …. Mereka tidak lagi menyerahkan 100% masalah politik ini kepada ahli politik sehaja…inilah dikatakan pembaharuan dan kematangan rakyat serta bangsa Malaysia untuk merealisasikan WAWASAN 2020 yang dicanangkan oleh UMNO@BN … walaupun IKD yang merancang WAWASAN 2020 ini. Politik menakut-nakutkan serta adu-domba telah lama ditinggalkan oleh rakyat dan bangsa Malaysia … apabila Kelantan berjaya ditawan oleh PAS … disinilah sebenarnya bermula sejarah baru POLITIK Malaysia….!!! Tapi UMNO@BN masih mahu menafikanya….jadi kegawatan politik mulalah berlaku …. Kalau disemak dan diteliti ….setiap patah perkataan dan lapuran yang diberikan oleh pemimpin UMNO@BN … semuanya berbau perkauman dan merancang sistem Politik Ganas direalisasikan oleh pihak BA … tapi sayang seribu kali sayang .. paluan gendang tari yang dimainkan oleh UMNO@BN tidak disambut dan disahut dengan tarian mengila dari pihak BA….dan UMNO@BN kini ibarat gila talak yang terlolong kesana dan kesini…!!!!!

Jerat yang UMNO@BN pasang kini telah memakan tuan….satu persatu juak-juaknya masuk perangkap sendiri … lihat ERIC CHIA….VINCENT TAN… TAJUDDIN RAMLI….MAT TAIB… ABU HASSAN OMAR….RAFIDAH AZIZ….SABARUDDIN CHIK….MUHAMAD RAHMAT……IBRAHIM SAAD….AFIFUDDIN OMAR…..SANUSI JUNED….MEGAT JUNED…MUSTAFA MUHAMAD….YUSOF NOR….WAN MOKTAR…..IBRAHIM ALI…..dan rakan-rakan yang sewaktu denganya…semuanya gersang dan dimamah racun ciptaan UMNO@BN ….apakah yang ada pada mereka kini … ibarat bangkai bernyawa sehaja…menunggu masa dimamah waktu….!!!!

Wahai rakyat dan bangsa Malaysia … kembalilah kita semua kejalan yang benar … Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan serta paksi utama kehidupan kita ….Tinggalkan puak-puak sekular UMNO@BN serta juak-juaknya …. Mereka tidak akan puas jika kita tidak mengikuti kehendak dan arahan mereka…itulah sikap orang YAHUDI yang dilaknati Allah swt…..jangan kerana kuasa dan pangkat kita nak mengorbankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA kepada mereka-mereka ini ……percayalah jalan yang benar dan lurus hanya berada dalam ISLAM DAN ULAMA.

Salam perjuangan di abad ke 21…..Allah telah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang mempertahankan Islam dan Umatnya…Insya Allah.

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN “
2hb.Jan.2001