"Laman Reformasi Anti Kezaliman"
UMNO PERLU TERIMA HAKIKAT MELAYU INGIN KEMBALI KEPADA ISLAM

Umno bukan sahaja perlu sedia keluar daripada kebencian umat Melayu seperti yang diwar-warkan, tetapi Umno dan pimpinannya  perlu menerima hakikat bahawa umat Melayu ingin kembali kepada Islam.

Melihat kepada reaksi kalangan beberapa pimpinan dan ahli Umno samada melalui media cetak mahupun elektronik setelah BN tewas di Lunas, disimpulkan bahawa sebenarnya Umno bersama pimpinannya sudah hilang arah dan tujuan di dalam melaksanakan dasar yang diperjuangkan. Kalau dahulu Umno kuat dan diterima oleh orang-orang Melayu adalah kerana pada pendapat mereka dan dengan apa yang mereka lihat hanya Umno lah satu-satunya parti yang ingin memperjuangkan hak orang-orang melayu, ketuanan melayu, agama orang-orang melayu, negara yang majoritinya orang melayu dan survival bangsa melayu.

Oleh kerana itulah orang-orang melayu melihat Umno melaksanakan teras dan dasar yang dislogankan iaitu untuk agama, bangsa dan negara. Meskipun teras dan dasar perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan atau nasionalisma itu tidak menggambarkan kehendak Islam sebenarnya, namun persepsi atau tanggapan orang-orang melayu pada ketika itu sudah cukup meletakkan hanya Umno yang mampu mempertahankan survival mereka sekaligus menjadi tonggak kepada ketuanan melayu di negara ini.

Di dalam kaji selidik yang dilakukan (daripada laporan media), mendapati bahawa beberapa faktor telah dikenalpasti telah menyumbang kepada kalahnya BN di Lunas. Di antara pendapat dan pandangan umum mereka mengatakan bahawa di antara sebab BN tewas adalah kerana 'taktik kotor' pembangkang di dalam kempen mereka. Dan tidak kurang segelintir pimpinan Umno sudah mula melihat dan melakukan kajian mereka tersendiri lalu membuat beberapa kesimpulan di antaranya kerana orang melayu telah membenci Umno, perlunya perubahan jentera dan kepimpinan dalam Umno, generasi muda tidak melihat Umno sebagai wadah perjuangan, orang melayu tidak berterima kasih dan bersyukur kepada Umno, pimpinan Umno tidak mendengar nasihat orang-orang melayu dan berbagai-bagai lagi teori yang dilontarkan seolah-olah di kalangan mereka sudah tidak sehaluan dan sependapat lalu masing-masing menuding jari sesama mereka. Ada pula segelintir yang lain di kalangan pimpinan Umno mengambil peluang dari kemelut yang berlaku dengan mengisi di ruang-ruang akhbar melalui bicara dan temubual juga wawancara bagi membicarakan krisis keyakinan yang berlaku terhadap Umno oleh orang-orang melayu.

Samada tindakan tersebut berdasarkan komitmen dan keperihatinan sebenar mereka terhadap permasalahan Umno dan orang-orang melayu atau sebaliknya cuba meraih simpati dan sokongan kembali  orang-orang melayu yang sealiran pandangan dan pendapat yang dikemukakannya, itu yang menjadi persoalannya dan sekaligus orang-orang melayu tetap meletakkan diri dan pandangan mereka  di dalam zon keraguan. Apakah mereka benar-benar ikhlas untuk mengembalikan martabat Umno atau ingin menunjukkan kepada orang-orang melayu bahawa, "Akulah sebenarnya pemimpin Umno yang layak menerajui kepimpinan Umno dan orang-orang melayu dan bukan orang itu...."

Sungguhpun demikian kita tertarik dengan satu daripada kesimpulan hasil dari analisa dan kajian yang dilakukan seperti yang tersiar di media cetak perdana, mereka mengatakan bahawa," Umno perlu mesra diri dengan agama dan budaya; mengemukakan gagasan agama yang besar dan tepat; menukar taktik bengis kepada kasihkan agama; mengangkat al-Quran dan Hadis untuk perjuangan; tetapkan pendirian terhadap yang haram dan halal."

Kesimpulan tersebut sebenarnya telahpun berada di minda dan pemikiran sebilangan besar ahli-ahli Umno terutamanya mereka yang berada di peringkat bawahan. Hasil dari kesedaran, keinsafan dan hasrat di hati kecil mereka untuk kembali kepada Islam berserta peraturannya telah mengakibatkan mereka menolak Umno secara perlahan-lahan apabila mengetahui kehendak dan hasrat mereka tidak dipedulikan oleh kalangan pimpinan tertinggi mereka. Maka di sinilah sebenarnya dilema keyakinan terhadap Umno, kepimpinan dan perjuangannya. Samada dilema itu berlaku di kalangan orang-orang melayu dalam Umno tidak terkecuali sebenarnya itulah juga dilema sebahagian besar umat melayu di negara ini yang ragu dan tidak lagi mehu menyokong dan berdiri teguh di belakang Umno yang suatu ketika dahulu adalah sebuah parti melayu terbesar di negara ini.

Kalaulah sedemikian hasrat umat melayu termasuk kalangan ahli Umno, maka Umno harus mengorak langkah dan melakukan perubahan segera terhadap seluruh dasar, jentera dan kepimpinan parti mereka sekiranya mereka masih mahu meletakkan sisa pengharapan mereka di dalam meraih kembali sokongan orang-orang melayu. Dan kepimpinan Umno perlu segera memenuhi kehendak ahli mereka yang lebih ramai dan bukan memenuhi kehendak individu-individu yang berkepentingan samada dalam parti mahupun kerajaan. Perlu diingat juga bahawa sebarang perubahan yang ingin dilakukan terhadap parti Umno mestilah meletakkan Islam sebagai dasarnya sebagaimana yang dimahukan oleh orang-orang melayu dan bukan perubahan seperti 'mengekalkan Presiden parti' atau 'menghadkan kempen dalam pemilihan kepimpinan' seperti yang berlaku sebelum ini.

Sekiranya enggan dan tidak mahu kembali kepada kehendak orang-orang melayu, adalah lebih baik diBUBAR'kan sahaja Umno kerana parti seperti itu sudah tidak releven dan tidak boleh dijadikan dahan tempat bergantung lagi!!

Ntzalim
5.30pm